Daehyun dan youngjae mengangkat yongguk bersama dan menghumban dia ke dalam air. Lepas melakukan kekejaman pada yongguk mereka berdua bertempiaran lari kerana takut dimarahi yongguk. Zelo sempat menarik youngjae daripada lari.
Daehyun dapat meloloskan diri.Youngjae: zelo pembelot!! Daehyun !! Tolong aku!!
Zelo hanya mempamerkan senyuman jahatnya pada youngjae.
Youngjae cuba untuk lari tapi siapa sangka zelo lebih kuat daripadanya.
Daehyun yang pada mulanya cuba untuk menolong youngjae mematikan keinginannya. Dia lihat yongguk mula berjalan dekat dengan youngjae. Jika dia tolong pasti dia turut tertangkap sama. Zelo dan yongguk sama sama menarik youngjae dan membaling dia ke dalam air sama seperti yang mereka berdua lakukan pada yongguk tadi.
Daehyun: maafkan aku youngjae.
Jongup pula sedang menimbus pasir diseluruh badan himchan kecuali kepalanya.Himchan tidak habis habis bercakap tanpa henti.
Himchan: diorang cakap elok kalau kita buat macam ni..
Daehyun mendekati jongup.
Daehyun: jongup jom kita mandi
Daehyun menarik narik tangan jongup supaya bangun.
Himchan: oiii! Habis hyung macam mana!!
Himchan cuba untuk bergerak tapi tidak boleh.
Daehyun: nanti kitaorang balik la..dekat je pun
Daehyun melambai lambaikan tangannya ke arah himchan.
Jongup pula hanya mengikut daehyun.Himchan: tapi..budak daehyun ni bukan betul pun otak dia..nanti dia balik masuk hotel tinggal aku dekat sini.
Himchan bercakap sorang sorang
Yongguk: kau ni himchan cakap sorang sorang pulak.
Yongguk menarik kerusi lipat yang disediakan oleh pihak hotel ke arah himchan. Dia duduk bersebelahan himchan.
Zelo: hyung! Hyung ambik kerusi tu dekat mana?
Zelo bertanya pada yongguk. Dia pun ingin duduk di kerusi sama seperti yongguk
Yongguk: dekat depan hotel tu ada banyak kerusi lipat, ambil je dekat situ.
Yongguk memberitahu.
Zelo: tak payah bayar?
Zelo bertanya.
Yongguk: tak payah
Zelo berlari laju selepas mendengar jawapan yongguk.
Yongguk: budak ni laju betul dia lari
Yongguk menegur. Himchan pula ketawa
Himchan: ye la kau masa budak budak pun lari macam tu juga
Himchan menyakat yongguk
Yongguk: banyaklah kau..macamlah aku ni tua sangat
Yongguk tergelak mendengar ayat himchan. Pemandangan ditepi pantai memang menyenangkan walaupun tengah hari tetapi keadaan awan yang menutup sinaran matahari dan angin yang menyejukkan badan sungguh menenangkan yongguk.
Youngjae menyarungkan pelampung pada badan jongup. Dia dan daehyun mengangkat jongup bersama sama.
Jongup: Ahh..korang janganlah bawa aku ke tengah laut ...
Jongup cuba untuk meronta tapi tidak berhasil untuk melepaskan diri
Sampai paras air dekat dengan leher baru mereka berhenti bergerak.
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Mystery / ThrillerSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...