"Jin Hwan memegang buku ditangannya dengan kemas."
Buku itu telah menjadi sebahagian daripada hidupnya sejak beberapa tahun yang dulu.
Rambutnya dibiarkan basah untuk berasa lebih dingin. Baju besar lengan panjang bewarna merah menjadi pilihan hati disarung dibadan.
Jin hwan menyandarkan badan diatas sofa empuk dibilik ayahnya. Lampu lampu bewarna warni menghiasi keseluruhan bilik.
Sesekali dia menyelak helaian buku itu satu demi persatu. Nama nama pelanggan yang pernah berada dalam hotel ini disenaraikan didalam buku itu.Perasaan sedih dan marah mula terbit dalam diri jin hwan.
"Kalau aku cerita pun mereka takkan percaya"
cawan yang berisi teh suam dihirupnya sampai habis.
Jin hwan meletak kembali buku itu diatas meja. Buku yang jin hwan jumpa pada sehari selepas dia lemas.
"Kau tak perlu cerita jin hwan..."
Suara halus mula kedengaran. Jin Hwan segera menutup kedua belah telinganya.Matanya ditutup rapat. Jin hwan takut mendengar suara itu.
"Pergi sana!!! Kau jahat!! Kau jahatt!!"
Jin Hwan menjerit sekuat hati.
" Kau dan aku..kita berdua sama "
Suara ghaib itu memprovok.
"Diam!!! Aku dengan kau tak sama!!!"
"Aku dengan kau takkan pernah sama!!!"
"Pergi sana! Pergi sana jangan kacau aku!!"
Jin hwan menjerit tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.Pintu bilik kedengaran diketuk berkali kali tetapi tidak dipedulikan Jin Hwan. Dia berterusan menjerit. Jin hwan tidak mahu mendengar suara bisikkan itu lagi.
"Kita kawan jin hwan"
Suara itu membalas lagi.
"Aku...aku tak nak jadi kawan kau!!"
Jin Hwan mencapai cawan dan membalingnya dan tanpa dia sedar balingannya itu mengenai abangnya yang masuk ke dalam bilik.
Suasana menjadi sepi.
Jin hwan membuka matanya.
"Jin woo..aku..." Tergagap gagap jin hwan berkata kata.
Jin Hwan terkejut melihat darah yang mengalir dipermukaan
tangan jin woo.
"Kenapa Jin Hwan?"
Tiada reaksi yang hadir di muka jinwoo.Dia kelihatan tenang dan biasa.
Jin woo membongkokkan badan dan mengumpul kaca yang pecah dan dibuangkan ke dalam bakul sampah.
Sapu tangan yang berada dalam kocek seluar jin woo dikeluarkan dan dibalut kemas ditangan yang berluka itu.Darah masih kelihatan disapu tangan jinwoo.
"Aku..aku dengar suara tu lagi jin woo..suara yang asyik suruh aku buat benda jahat"
Muka jin hwan nampak sangat pucat. Jinwoo yang sedar dengan perubahan jin hwan segera mendekati adiknya itu. Belakang badan jin hwan diusap perlahan.
"Jangan risau aku ada dekat sini dengan kau. Benda tu tak boleh buat apa apa dengan kau okey?Kau jangan risau"
Lembut bicara yang dilemparkan jin woo pada jin hwan. Dia ingin menenangkan jin hwan yang tengah berada dalam keadaan cemas itu.
"Aku takut jin woo..makin lama keadaan makin teruk"
Jin hwan memberitahu kerisauan dalam hatinya.
"Kau lawan suara tu Jin hwan. Jangan ikut cakap dia. Aku tahu kau boleh" Jin woo memberi nasihat kepada jin hwan.
"Tapi..kadang kadang aku tak dapat nak ubah apa yang dia cakap"
Jin woo memandang Jin hwan .
"Takpe jin hwan. Kalau benda tu nak jadi. Ia akan jadi. Itu namanya takdir."
Matanya tertarik pada buku yang berada diatas meja itu.
"Jin hwan kenapa buku senarai tetamu.."
Saat jin woo memegang buku tersebut hatinya berbisik.
"Tapi buku senarai tetamu warna biru gelap..buku ni warna hitam"
Jin woo ingin membuka buku tersebut disebabkan perasaan ingin tahu.
"Jangan buka jin woo"
Jin hwan memegang tangan jin woo. Dia menghalang jin woo dari melihat isi kandungan buku itu.
Jin hwan kelihatan tersentak apabila memegang tangan jin woo.
"Aku tak nak kau pun jadi macam aku"
Senyuman pahit terukir dibibir jin hwan.
Perlahan dia melepaskan tangan jin woo.
Jin woo terdiam. Dia faham benar maksud jin hwan. Jin hwan sebenarnya seorang kanak kanak yang sama saja kelakuannya dengan kanak kanak normal yang lain. Perubahannya dapat dilihat apabila jin hwan bermain dititi pulau itu dan terjatuh lemas tetapi berhasil diselamatkan. Selepas itu dia mula bermimpi pelik, nampak perkara yang orang lain tidak nampak dan paling menakutkan apa yang dia cakap selalunya akan berlaku. Perlahan jin hwan yang peramah dan periang berubah menjadi pendiam dan murung.
Jin hwan dia merupakan pengerusi hotel ini jika diikutkan nama kerana minatnya dari dulu. Jin woo ingin menjadi seorang peguam. Disebabkan perubahan yang berlaku pada jin hwan mereka ditukarkan tempat oleh ayah mereka.
"Jin hwan..."
Jin woo memeluk jin hwan.Kalau boleh dia ingin bertukar tempat dengan jin hwan kembali sebab dia tahu yang jin hwan suka mengendalikan hotel ini berbanding diri sendiri.
"Jin woo kalau kau jadi peguam aku jadi pengurus hotel ni boleh tak?"
Jin hwan berjalan diatas pasir sambil melambaikan tangannya ke kiri dan ke kanan melakukan regangan.
"Apa maksud kau boleh? Boleh je la.."
Jin woo memberi senyuman selebar mungkin.
"Manalah tahu tak boleh..sebab kau kan abang"
Jin woo mengangguk faham.
"Tapi ayah pun dah bagitahu kau yang akan jadi pengerusi nanti. Janganlah risau risau"
Jin woo tergelak dan memandang jin hwan dengan lama
"Tapikan... jin hwan.."
Jin woo mencuit jin hwan sambil menunjukkan ke arah rambut.
"Kenapa?"
Jin hwan bertanya.
"Rambut tu tak boleh panjang. Kena potong"
Mereka berdua sama sama ketawa.
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Misterio / SuspensoSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...