Kisah Lama

176 22 2
                                    

Jinwoo: dia..begini..susah saya nak terangkan.

Jinwoo nampak susah sangat untuk berkata kata.

Jaket diatas sofa turut diletakkan diatas meja.

Jinwoo: ni jaket budak tu saya terambik masa bergelut dengan dia dalam lif

Zelo: kenapa dengan jaket ni?

Jinwoo: saya takde niat nak menuduh atau apa tapi masa saya check jaket ni saya perasan yang dalam poket dia ada kertas macam jampi .

Zelo: jampi?

Zelo tidak faham.

Jinwoo: kertas jampi atau sihir seperti memanggil sesuatu yang telah tiada? Macam mana nak cakap..

Jinwoo cuba menerang tapi akhirnya kertas itu dikeluarkan dari poket jaket dan diberikan pada zelo.

Zelo melihat isi kandungan kertas itu. Dia mengusap kedua belah lengannya setelah baca didalam hati kerana terasa seram sejuk.

Zelo: macam mana kwangsoo ada kertas ni..

Jinwoo menggelengkan kepala tanda tidak tahu

Jinwoo: saya ingatkan awak dengan dia kawan

Zelo: kawan tapi taklah rapat sangat

Zelo menjawab tapi otaknya masih lagi berfikir mengapa kertas itu ada dijaket kwangsoo.

Jinwoo: itu satu..ini lagi satu yang buat saya curiga.

Buku itu dibuka dibeberapa halaman.

Jinwoo: lihat..kwangsoo
dan joongki pernah datang ke sini dulu sebulan yang lepas.

Zelo memandang ke arah senarai itu. Otaknya ligat berputar mencari segala kemungkinan yang ada. Dia teringat akan kwangsoo yang kata dia datang awal daripada mereka masa tu.

Zelo: tapi saya musykil juga kenapa awak tulis nama mereka pada buku senarai tetamu pada 1996?

Jinwoo:  Saya rasa dah sampai masa saya ceritakan kenapa. Saya tau semua kisah ni pun dari diari arwah ayah saya.

Jinwoo mengurut dahinya beberapa kali sebelum meneruskan bicaranya.

Jinwoo: Hotel ni kepunyaan ayah saya yang siap dibina pada tahun 1996. Hotel ni dapat tetamu yang ramai pada mulanya. Kalau awak boleh lihat pada senarai tetamu dalam buku tu. Tapi betul la apa orang kata berita gembira tu hanya sekejap. Orang pulau ni mula..

Zelo: orang pulau ni? Pulau ni ada orang?

Zelo mencelah.

Jinwoo: ye la memang ada orang. Orang pulau ni atau penduduk pulau tapi kami panggil mereka orang pulau.Rumah mereka  berdekatan hotel ni mula membuat aduan pada pihak hotel dengan cakap tetamu yang menginap dihotel ni membuang sampah merata-merata,mengotorkan air laut,membuat bising atau mabuk waktu malam tapi pihak hotel sendiri tahu yang orang dipulau ni tidak suka dengan orang luar.Perkara tu semua mengganggu ketenteraman mereka jadi ayah saya telah tetapkan peraturan untuk tetamu hotel tetapi disebabkan segelintir tetamu yang tidak mengikut peraturan..

Zelo ketawa sedikit menghentikan bicara jinwoo

Zelo: Oh patut la awak tak suka orang yg langgar peraturan.

Jinwoo: yea..sebab orang yang langgar peraturan selalunya orang yangbermasalah.

Kata Jinwoo biasa

Zelo: okay continue your story Mr Jinwoo

Zelo menunjukkan barisan giginya yang tersusun rapi itu.

Jinwoo: sampai la satu tahap orang pulau ni mula menghantar gangguan pada hotel ni dalam bentuk sihir. Malam malam tetamu dihotel akan diganggu makhluk makhluk yang menakutkan tetapi yang peliknya pekerja disini tidak nampak atau tidak diganggu.

Zelo: Patut la awak tak kena apa apa

Zelo menambah.

Jinwoo: saya teruskan cerita. Perkara jadi lagi teruk apabila berlaku kematian seorang wartawan disebabkan pergaduhan antara penduduk pulau ni dengan pekerja hotel. Daripada bertikam lidah sampailah bertumbuk dan ada yang keterlaluan mengeluarkan pisau sampai tertikam wartawan yang cuba meleraikan pergaduhan sampai mati.

Zelo: Ahh kesiannya wartawan tu tak pasal pasal dia pula yang kena..siapa nama dia?

Jinwoo menggelengkan kepala.

Ekspresi sedih ditunjukkan kerana dia betul betul menghayati cerita itu

Jinwoo: zelo..

Suara jinwoo yang bertukar serious mengejutkan zelo.

Zelo: ya?

Jinwoo: sumpah kalau awak menyelit lagi time saya cerita saya akan stop bercerita

Kelihatan jinwoo marah betul dengan telatah zelo.

Zelo: um..okay saya minta maaf. Teruskan bercerita

Jinwoo: ayah saya buat bilik terakhir yang wartawan itu tinggal di tingkat empat masa hari terakhirnya sebagai tanda mengingati wartawan itu. Dengan potret dan bunga bunga mawar bewarna putih. Keesokkan harinya pekerja hotel menemui tunang wartawan itu membunuh diri ditingkat lima dan sekali lagi ayah saya buat bilik perempuan itu sama persis dengan tunang dia.Gangguan bermula dari situ..

Zelo mula memeluk jongup kerana takut.

Jinwoo: orang pulau dikacau sehingga mereka melarikan diri dan tinggal ditempat lain. Kalau awak perasan tinggal satu dua rumah je dekat dengan hotel ni. Lepas tu tiada gangguan dah sampai la tahun selepas tu hotel kami ditingkat empat terbakar. Semua tetamu ditingkat empat tidak dapat diselamatkan. Keadaan hotel menjadi lebih teruk dan tidak terkawal sampai tetamu akan dirasuk atau hilang jika mereka pergi ke tingkat empat atau lima jadi ayah saya buat peraturan yang saya cakapkan pada awak ..tapi sekali lagi ramai je tetamu tak nak dengar nasihat sampai hotel ditutup pada june 1997.

Jinwoo meminum kopi setelah habis bercerita panjang lebar.

Zelo: hotel ni..ditutup? Habis..

Zelo memandang jinwoo dengan pelik.

Jinwoo: saya buka balik pada december tahun lepas

Zelo menghela nafas lega

Zelo: boleh saya tanya lagi?

Jinwoo memandang untuk beberapa saat dan mengangguk memberikan persetujuan.

Zelo: pasangan yang mati tu dikebumikan dekat sini ke?

Jinwoo: yang saya tahu lelaki tu keluarga dia ambil dan kebumikan ditempat mereka dan mayat perempuan itu pula dikebumikan dipulau ni sebab tiada siapa yang tuntut.

Zelo menelan air liur mendengar ungkapan akhir dari jinwoo itu.





Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now