masih rasa sedih

154 18 1
                                    

Yongguk terjumpa jinwoo yang sedang mengunci pintu biliknya.

Jinwoo: kau buat apa kat sini?

Yongguk yang tiba tiba muncul dihadapannya mengejutkan dia pada mulanya.

Ye la bagaimana yongguk tahu dia berada di tempat ini. Ditambah lagi dia baru saja mengurung kwangsoo dan joongki di dalam bilik

Yongguk: aku nak minta tolong kau.

Yongguk menyatakan keinginannya. Pada awalnya dia berasa ego ingin meminta tolong daripada jinwoo kerana berasa marah lagi dengannya tetapi disebabkan jongup, yongguk terpaksa merendahkan egonya itu. Dia perlu membantu moon jongup.

Jinwoo: jap..macam mana kau boleh tau aku kat sini?

Jinwoo mula berasa curiga jika yongguk turut sama berkomplot dengan kwangsoo dan joongki untuk mengenakan dia. Mana tau sebab pagi tadipun yongguk dan mereka berdua tidak berpuas hati dengan dia.

Yongguk: aku tanya pekerja hotel tu kau kat mana dan dia kasitau aku kau dekat sini tu yang aku datang sini..kenapa?

Yongguk menyoal kembali.

Jarinya menarik narik hujung rambutnya sambil bercakap. Memang itu sudah menjadi tabiatnya jika dia berasa awkward dengan orang tu atau situasi yang agak janggal dia akan menjadi begitu

Yongguk: kawan aku tu dia sakit. Badan dia sejuk teruk. Aku nak minta tolong kau telefon doktor suruh datang ke sini.

Yongguk meneruskan bicaranya apabila jinwoo tidak membalas kembali pertanyaannya.

Jinwoo: nak telefon? Sini mana ada talian sebenarnya

Jin woo berjalan ke arah yongguk

Yongguk: haritu jongup boleh je telefon saya.

Yongguk memberitahu. Dia rasa aneh bila jinwoo berkata sedemikian.

Jinwoo: jongup?

Jinwoo bertanya kembali.Dia bukannya tahu nama mereka semua pun. Dia cuma ingat beberapa nama saja. Seperti zelo dan kwangsoo.

Yongguk: kawan aku yang dekat dalam lif tadi. Semalam dia boleh je telefon aku

Yongguk menjelaskan dengan harapan jinwoo faham.

Jinwoo: Pelik.Sebab kalau kat sini nak telefon ke tempat lain memang tiada talian. Sini kan pulau terpencil

Jin woo terus berjalan sebelum berhenti dan berkata.

Jinwoo: tapi di sinikan.. memang hotel kami ada lantik seorang doktor untuk rawat pelanggan hotel kalau ada kes emergency..
Tapi sekarang dia ambil cuti emergency.

Yongguk: habis kawan aku macam mana?

Yongguk mula risau. Dia risau jika keadaan jongup menjadi lebih teruk

Jinwoo tidak memandang ke arah yongguk.

Jinwoo: tunjukkan aku mana kawan kau mungkin aku boleh tolong.

Yongguk mengangguk bersetuju.

Yongguk: Aku harap kau boleh tolong

Jinwoo: aku boleh tolong

Jinwoo mempamerkan senyuman lebar

Yongguk berjalan bersama jinwoo

*****

Daehyun,youngjae,zelo dan himchan pergi meninjau keadaan jongup di dalam bilik. Mereka lihat jinwoo dan yongguk seperti sedang berbual

Himchan: yongguk macam mana dengan jongup?

Himchan mendekati yongguk dan jinwoo yang sedang berborak berdekatan tingkap itu.

Yongguk: tu dia tengah tidur. Badan dia tiba tiba jadi sejuk masa masuk hotel tadi.

Himchan mula menunjukkan ekspresi muka yang sukar ditafsir.

Yongguk: asal?

Yongguk menegur himchan.

Himchan: Dia memang sejuk sebelum dia lemas lagi yongguk.
Masa aku bawa dia turun masa dekat dalam lif pun dia macam pelik je. Macam ada yang tak kena.

Himchan menggaru kepalanya yang tidak gatal

Yongguk teringat situasi didalam lif tadi. Jongup memang bertindak agak pelik. Menjerit tidak tentu pasal.

Yongguk: Aku..harap sangat jongup akan elok balik.

Dia memandang youngjae,daehyun dan zelo yang duduk berkerumun dekat jongup. Mungkin mereka pun turut risaukan jongup sama seperti dia.

Jinwoo: sekarang dah pukul berapa kamu semua tak makan ke?

Jin woo menegur mereka yang kelihatan agak lapar.

Zelo: kami nak turun makan la lepas ni

Dia masih lagi memandang wajah jongup sambil membalas.

" Jongup hyung kenapa dengan kamu "

Zelo berbicara dalam hati.

Jinwoo keluar dari bilik.

Zelo: saya nak bersihkan badan dulu la hyung

Zelo bergerak meninggalkan bilik selepas itu. Entah kenapa dia tidak boleh tinggal lama dalam bilik jongup kalau tak mesti dia akan berasa sedih

Yongguk: jinwoo kata jongup tidak boleh ditinggalkan sorang sorang. Siapa yang nak tolong temankan jongup masa kita semua makan?

Youngjae: saya boleh jagakan dia.

Youngjae menawarkan diri.

Yongguk: baik lah kalau macam tu. Kami semua pergi makan dulu kamu tolong jagakan dia.

Yongguk dan himchan turut keluar dari bilik.

Daehyun: bukan kau ke yang paling lapar tadi?

Daehyun bertanya pada youngjae. Setahu dia youngjae la yang paling bising merungut kata yang dia lapar.

Youngjae: aku lapar tapi aku yang sebabkan jongup lemas dan jadi macam ni. Jadi takkan aku nak tinggalkan dia dan suruh yongguk hyung yang jagakan dia.

Youngjae memegang tangan jongup. Tangan jongup yang sejuk dirasai youngjae.Dia masih rasa bersalah. Daehyun memandang youngjae dan tahu apa yang youngjae rasakan.

Daehyun: Kau jangan sedih, nanti aku suruh jinwoo hantarkan makanan dekat kau.

Bahu youngjae ditepuk perlahan oleh daehyun.

Dia turut meninggalkan youngjae bersendirian dengan jongup.

Youngjae: jongup aku minta maaf.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now