Keputusan Zelo

184 30 2
                                    

Zelo tidak bergerak walau dipanggil yongguk.

Yongguk: zelo, kenapa?

Yongguk berasa aneh dengan tingkah laku zelo yang tiba tiba

Zelo: apa kata kita biar jinwoo tolong kita

Yongguk mempamerkan muka tidak percaya dengan apa yang dia baru dengar tadi

Yongguk: jangan buat hal la zelo cepat ikut hyung ..kenapa percaya dekat orang luar pula ni.

Yongguk berjalan beberapa langkah tetapi terhenti apabila dia melihat zelo masih lagi disitu.

Zelo: gerak hati saya suruh saya percaya dekat dia hyung.
Walaupun dia orang luar.

Yongguk: zelo..kamu cakap nak tolong hyung cari mereka yang lain.

Zelo: saya minta maaf

Yongguk: ze..lo!

Yongguk terjerit sedikit kerana hilang sabar dengan sikap zelo yang melulu itu.

Zelo sedikit kaget dengan jeritan yongguk tapi hanya mendiamkan diri.Dia tidak berani memandang yongguk ditambah lagi dengan menggendong jongup dibelakang memberikannya rasa berat.

Nafas ditarik sedalam boleh.

Pintu lif ditahan oleh jinwoo bagi mengelaknya ditutup.

Yongguk cuba memujuk tapi tidak berhasil.

Yongguk: okay ..kalau macam tu yang kamu fikir kamu pergi la tapi hyung nak cari mereka dekat sini juga

Zelo hanya mengangguk. Tangan jinwoo di lif tadi dilepaskan. Pintu lif tertutup.

Yongguk terpaksa membiarkan zelo mengikuti apa yang dia mahu.

Sejujurnya Yongguk berasa macam mimpi kenapa zelo boleh bersikap sedemikian padahal dulu zelo selalu mengikut apa yang dia cakap.

Yongguk: gerak hati?

Yongguk tersenyum sinis.

Dia teruskan juga berjalan. Melihat disetiap bilik yang ada dengan harapan dapat berjumpa dengan mereka.

Yongguk: joongki mana kau..!

Yongguk menjerit sedikit memanggil nama joongki sambil masuk disatu bilik. Suis lampu dibuka.
Bilik yang tadinya gelap gelita disinari dengan cahaya lampu yang cantik sekali.

Yongguk: lawanya bilik ni

Bilik itu kelihatan agak besar berbanding bilik yang dia pernah masuk sebelumnya. Bilik itu dihiasi dengan dinding yang bewarna biru laut dan dipenuhi dengan bunga mawar bewarna putih yang hampir memenuhi ruang bilik itu

Dia berjalan ke arah sesuatu yang lebih menarik perhatiannya.

Gambar yang bersaiz besar ditatap yongguk lama sebelum dia tersedar sesuatu yang ganjil.

Yongguk: kenapa lelaki dalam gambar ni sama dengan muka himchan?

Yongguk bercakap sendirian. Timbul tanda tanya kenapa lelaki dalam gambar itu kelihatan seperti himchan.Adakah ianya kebetulan ataupun ada sesuatu yang perlu dirungkaikan oleh yongguk sendiri. Dia sedar himchan telah lama hilang dan tidak dapat dijejak. Sukar untuk mencarinya berbanding yang lain. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar.

4.04 pagi

Bunyi tangisan kedengaran dari luar bilik mengejutkan yongguk.

Telefon bimbitnya pantas disimpan kembali ke dalam poket. Tangisan itu masih lagi berlanjutan walaupun yongguk menunggu beberapa minit di dalam bilik. Malah bunyinya bertambah kuat dari sebelum mungkin kerana " benda " itu sedar yongguk berada disitu.
Yongguk menarik nafas sedalam yang boleh sebelum memberanikan diri ke luar.

Dia memandang ke arah ruang koridor tetapi tiada siapa disitu.

Yongguk: tapi tadi..memang ada dengar bunyi orang menangis.

Dia sengaja bercakap sendirian bagi melegakan hatinya.

" bunyi...."

Suara halus dari arah belakang mengejutkan yongguk. Dengan secara semula jadinya yongguk memusingkan badannya ke belakang.

Daehyun berada betul betul didepan yongguk. Matanya tertutup oleh rambut dibahagian depan. Daehyun tunduk memandang ke arah lantai lama.

Kaki yongguk melangkah ke arah daehyun.

Yongguk: daehyun?

Perlahan tangan yongguk memegang bahu daehyun.

Daehyun: Daehyun? siapa daehyun?

Daehyun mendongakkan mukanya memandang tepat ke arah yongguk. Matanya menjadi hitam. Mata putihnya turut bertukar menjadi hitam.

Badan yongguk tergerak ke belakang.

Suara mengilai keluar dari makhluk yang merasuk daehyun.

Daehyun: kau cakap kau nak tinggalkan tempat ni kenapa kau tak tinggalkan?

Yongguk menelan air liur beberapa kali sebelum mula bersuara.

" ini hantu yang rasuk jongup tadi ke?"

Yongguk bercakap dalam hati.

Yongguk: Aku nak kawan kawan aku balik baru aku dan kawan kawan aku akan keluar

Daehyun: tapi kau jenis yang tak tepati janji

Yongguk: apa maksud kau?

Pantas yongguk menjawab.

Daehyun: sebelum ni kau cakap kau nak keluar jika aku lepaskan budak tu jadi .. aku lepaskan kau. Kali ini pula kau cakap pasal kawan kawan kau jadi..aku tak boleh lepaskan kau

Senyuman yang menggerunkan dari makhluk yang merasuk daehyun menaikkan degupan jantung yongguk.

Yongguk berjalan mengundur perlahan lahan.
Daehyun turut melakukan hal yang sama dengan senyuman yang masih lagi terukir diwajahnya.

Dengan keberanian yang ada yongguk memusingkan badannya dan lari namun disebabkan dia terlanggar sesuatu yongguk terjatuh kebelakang.

Yongguk: young ..jae..

Youngjae memandang yongguk dan mata youngjae turut bertukar menjadi hitam.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now