Apa rancangan mereka?

147 19 0
                                    

“ Haritu aku letak dekat tandas tapi tak jumpa pulak ”

Kwangsoo berjalan dikoridor sebelum tangannya ditarik kasar. Kwangsoo terdorong ke belakang dan jatuh. Hampir saja kepalanya terhantuk ke dinding, sebaik dia masih dapat mengawal keseimbangan badannya

Kwangsoo: oi! Apa ni!

Kwangsoo menjerit kesakitan kerana diperlakukan sedemikian. Joongki yang berdiri didepan kwangsoo membiarkan saja kwangsoo terduduk diatas lantai

Joongki: mana kertas tu?

Soalan yang mampu mengubah mood kwangsoo. Kwangsoo cepat bangkit dan memegang punggungnya yang sakit dengan kedua dua belah tapak tangannya.

Kwangsoo: aku ..aku belum jumpa lagi.

Satu pukulan hinggap dibelakang badan kwangsoo.
Kwangsoo melompat kesakitan sebelum perasan joongki memukulnya dengan tali ditangan.

Kwangsoo: woi! Ko nak bunuh aku ke apa pukul aku pakai tali tu.

Jeritan kwangsoo hampir saja didengari diseluruh hotel.

Joongki: apa kau cakap ni..takkan la aku nak bunuh kau. Tali ni untuk ...

Joongki memandang ke kiri dan ke kanan sebelum berbisik.

“Ikat seseorang ”

Kwangsoo: oh..okay siapa?

Joongki tidak membalas. Kwangsoo mula curiga. Joongki ni kadang kala otaknya bukannya betul.

Ada kejahatan yang tersembunyi disebalik wajah comelnya.

Joongki: Kau pandang aku lama lama asal? Suka?

Joongki mengganggu kwangsoo yang sedang memikirkan apa rancangan si joongki seterusnya.

****

Youngjae dan daehyun berbaring diatas katil. Daehyun leka bermain telefonnya manakala youngjae seperti termenung memikirkan sesuatu. Pintu bilik dibiarkan buka kerana mereka memanggil zelo dan jongup untuk datang ke bilik daehyun. Sengaja mereka memilih bilik daehyun kerana agak strategik untuk berbincang perkara rahsia.

Daehyun: kau fikir apa?

Telefonnya diletakkan ditepi.

Youngjae: apa yang jadi kat tandas tadi.

Daehyun mula bersandar di tepi  katil.

Daehyun: kau dengar sesuatu ke?

Dengan perasaan ingin tahu daehyun bertanya

Youngjae: Si Jinwoo tu kata dia tahu rahsia kwangsoo..maksud aku dia tahu apa yang kwangsoo sedang rancangkan.

Sedang mereka berborak daehyun menunjukkan isyarat diam menggunakan jari pada youngjae. Dia terdengar bunyi pintu lif terbuka.
Mereka berdua memandang ke arah pintu bagi melihat siapa yang akan datang

Bunyi tapak kaki yang tadinya kedengaran mula senyap.

Mereka berdua terkejut kerana ternampak bahagian rambut seseorang didepan pintu yang sepertinya sedang mengintai mereka berdua.Sedikit demi sedikit mereka mula sedar siapakah gerangan empunya rambut tersebut. Youngjae membaling bantal ke arah orang tersebut.

Daehyun: zelo yaaa!! Asal kau mengendap macam tu suspens tau!

Zelo mengangkat kembali bantal yang dibaling diatas lantai. Dia tersengih sengih sebelum duduk diatas katil bersama mereka berdua.

Zelo: saja la. Saja nak tau apa yang korang berdua borakkan.

Daehyun tiba tiba lompat dari katil dan menutup pintu.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now