Saat menunggu lif mata yongguk liar melihat keadaan disekitarnya. Degupan jantungnya pula masih lagi laju sebab masih lagi terkejut Suasana sunyi membuatkan dia bertambah gerun. Apa apa saja boleh berlaku ditempat macam tu.
" satu saat ibarat lima minit "
Rungut yongguk didalam hati. Ditambah lagi jongup di papahnya dibahu menyakitkan lagi hati.
Pintu lif terbuka. Yongguk cepat cepat masuk dan tekan butang turun. Yongguk melepaskan nafas panjang setelah masuk.
Di dalam lif dia dapat rasakan dirinya diperhatikan seseorang. Bila dia pandang kebelakang dia kaget sebab jinwoo betul betul memandangnya tanpa sebarang reaksi. Pandangannya cukup menakutkan. Dengan matanya yang besar, berbadan kecik, berambut selerak ( mungkin kerana trend) dan dia memiliki gigi taring atau fang ketika bercakap pasti kelihatan." Aku cakap jangan datang tingkat empat dengan lima..korang still tak nak dengarkan"
Mendatar saja suaranya tetapi sangat tersirat.
" Kau diam boleh tak?! Aku tengah kusut pasal kawan aku dan kau dengan peraturan merepek hotel kau "
Yongguk meninggikan suara. Pandangan dialihkan dihadapan semula.
" Peraturan tetap peraturan"
Jinwoo membalas.
Pintu lif terbuka dan yongguk segera keluar tanpa mengendah kan Jin woo.
" semua orang degilkan"
Jin woo menghabiskan ayat,dia tergelak kecil dan pintu lif tertutup.
******
Pintu bilik diketuk berkali kali. Zelo yang ketakutan cuba memberanikan diri bersuara.
" siapa tu?"
Dia tidak mendengar sebarang jawapan tetapi ketukkan masih lagi kedengaran. Zelo pula still lagi menyorok didalam selimut bersama kwangsoo yang pengsan.
" Siapa tu?!"
Nadanya dikuatkan sedikit. Walaupun dia berasa cemas tapi dia cuba lawan perasaan itu.
Bunyi ketukkan hilang.
" Yongguk hyung"
Zelo segera meluru keluar dari tempat sembunyinya saat mendengar nama yongguk. Pintu bilik dibuka. Kelihatan yongguk dan jongup yang masih juga pengsan dipapah yongguk.
" Kenapa dengan jongup?"
Zelo bertanya sambil menunjukkan riak wajah terkejut.
" Tolong hyung letak dia atas katil dulu baru kita cakap"
Jawab yongguk dengan suara yang tidak larat.
Jongup dibaringkan diatas katil atas bantuan zelo. Yongguk turut sama baring disebelah jongup. Tak sampai beberapa minit dia bangun. Mata yongguk tertarik pada selimut diatas lantai itu
" Zelo kenapa dengan selimut tu?"
Yongguk menunjukkan jari telunjuknya ke arah selimut yang baginya agak pelik keadaannya.
" Ahh..lupa tu kwangsoo"
Kata zelo sambil berjalan ke arah kwangsoo. Dia mengeluarkan kwangsoo dari selimut dan duduk disebelah kwangsoo
" Kenapa dengan dia?"
Yongguk membetulkan cara duduknya. Aneh betul kenapa zelo balut kwangsoo macam popia.
" Tadi dia nampak benda yang tak sepatutnya tu jadi camni, pengsan."
Terang zelo.
" Korang pun kena kacau juga ke?"
Zelo hanya mengangguk.
Kwangsoo mula bangkit dari tempat baringnya. Dia duduk disebelah zelo. Pandangannya pelik. Yongguk seperti bersedia jika sesuatu terjadi. Zelo pula terkejut melihat kwangsoo tiba tiba bangun dalam keadaan sebegitu. Tidak sampai beberapa saat kwangsoo tiba tiba menjerit bagai kena histeria. Zelo pula tanpa dia sedar menghadiahkan sebiji penumbuk dimuka kwangsoo. Mungkin dia terlalu terkejut. Kwangsoo tergerak ke tepi. Mukanya dipegang kuat.
" Ah..ah..muka aku.."
Yongguk dan zelo memandang satu sama lain ibarat berkomunikasi melalui gerak hati.
" Muka aku yg kacak"
Mereka berdua menghelakan nafas lega selepas kwangsoo menghabiskan ayat itu.
" Korang ni kenapa? Kau ni kenapa tumbuk aku ha!"
Kwangsoo cuba untuk menendang zelo kerana geram tapi berjaya dielak.
" Maaf la dah hyung menjerit tiba tiba.. dah la saya lemah semangat"
Senyuman tanda minta maaf dipamerkan.
" Banyaklah lemah semangat aku lagi lemah semangat"
Balas kwangsoo sambil mencebik.
" Kalau muka aku lebam siap ye ko zeli"
Zelo membuat muka marah apabila kwangsoo salah sebut nama dia.
" Zelo la "
Balas zelo tegas. Dia tidak berapa suka bila seseorang seperti ingin memperlekehkan nama dia.
" Yup! Zelo. Aku baru salah cakap nama dah marah."
Kwangsoo bangun dan mendekati cermin.Dia melihat mukanya dengan agak lama.
Yongguk mengambil selimut dibawah dan selimutkan pada jongup yang masih lagi belum bangun
" Hyung mana mereka yang lain?" suara zelo kedengaran sedih.
" Entah la tadi joongki cakap.."
Yongguk segera berdiri. Dia terlupa akan janji dia pada joongki. Dia janji akan kembali lepas hantar jongup dibilik.
" Kenapa?"
Zelo bertanya cemas.
" Hyung kena pergi tingkat empat sebab hyung da janji"
Zelo turut sama bangun.
" Saya nak ikut"
Hasratnya diungkapkan.
" Korang..kenapa dengan cermin ni "
Suara kwangsoo menarik perhatian yongguk dan zelo. Mereka berdua mendekati kwangsoo yang masih lagi berdiri dihadapan cermin.
Kelihatan pantulan diri kwangsoo dicermin tetapi " dirinya" itu memandangnya dengan pandangan tajam. Mereka bertiga tergerak kebelakang. Pantulan diri kwangsoo itu pula seakan akan ingin keluar dari cermin.
" Zelo..gerak jongup!"
Yongguk menjerit kuat.
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Mystery / ThrillerSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...