Rahsia Joongki

188 26 7
                                    

Joongki melihat yongguk sampailah yongguk hilang dari pandangannya dan berkata

“Aku nak tanya kau sesuatu tapi takpe la”

Kata katanya cukup tersirat.

Dia mencari disetiap bilik yang ada sampailah dia masuk disuatu bilik yang besar dan kelihatan mewah

“ Banyaknya bunga mawar putih”

Joongki berkata sambil melalui bunga bunga putih itu.

Dia melihat gambar yang  lama tergantung dibilik.

“ Gambar ni..”

Joongki melangkah lebih dekat pada gambar itu. Dia menyentuh gambar itu dengan perlahan

“ Song Daeul”

Joongki tersenyum dan matanya bergenang.Hatinya pedih ibarat disiat siat dengan pisau.

“ How are you brother?”

Air matanya akhirnya terjatuh ke pipi.

*****

Zelo menyepi sampailah mereka sampai ditingkat bawah.

Zelo: kita nak pergi mana ni?

Badan jonggup diangkatnya sedikit tinggi. Dia terus berjalan mengikuti jinwoo.

Ada dua cabang jalan dan jinwoo mengikut disebelah kanan.

“ oh  kiri ni ruang makan”

Zelo sempat melihat tanda kecil yang ditampal di dinding.

Mereka melalui jalan yang jongup dan daehyun hampir tersilap amik dulu.

Jinwoo masih lagi tidak berkata apa apa. Dia hanya membiarkan saja zelo bercakap sendirian. Disetiap sisi kanan kiri dan atas jalan itu dihiasi dengan dinding kaca yang dalamnya terdapat air laut bewarna biru dan ikan ikan kecil berenang disekelilingnya.

Pemandangan yang cantik itu memukau sesiapa yang melihat.

Jinwoo berhenti berjalan. Zelo hampir saja melanggarnya dari belakang kerana terlalu tertarik dengan pemandangan tadi. Mereka berada dihujung jalan.

Jinwoo menarik langsir yang menutupi pintu kayu dan membuka kunci pintu tersebut dengan rapi.

Zelo hanya tergamam dan masih lagi melihat sekeliling. Berat yang diangkatnya tidak terasa langsung sebab terlalu teruja dengan apa yang dia lihat tadi.

Jinwoo: oi masuk lah.

Jinwoo memandang zelo dengan pandangan pelik.

Zelo: ah..okay okay

Bilik itu besar, bersih sekali dan hanya dihiasi dengan rak buku yang tinggi,sofa dan meja panjang dekat dengan tingkap.

Jinwoo: kau nak angkat budak tu sampai bila bila ke.

Kata jinwoo sambil memanaskan sesuatu.

Zelo tersedar dari lamunannya.

“ Aih dia ni da la kecik nanti aku pijak sampai lenyek macam lempeng baru tau”

Kata zelo geram sambil membaringkan jongup diatas sofa.

Kedua dua belah bahunya digerakkan bagi menghilangkan lenguh.

Jinwoo meletakkan dua cawan kopi panas

Jinwoo: apa? Pijak sampai jadi lempeng?

Jinwoo bertanya kembali pada zelo

Zelo yang sedar bicara sendiriannya tadi didengari oleh jinwoo hanya tergelak.

Jinwoo menghilangkan diri dicelah rak buku yang tinggi bagi mencari sesuatu.

Zelo: macam mana la dengan yongguk,daehyun,youngjae dan himchan.

Jongup yang masih lagi tertutup matanya ditatap zelo. Jongup kelihatan seperti tidur sahaja pada waktu itu.  Zelo keliru,marah dan sedih dengan apa yang berlaku pada ahli kumpulannya. Dia tidak tahu hendak lepaskan pada siapa atau bicarakan pada siapa. Pada awalnya mereka begitu gembira dapat bercuti tetapi tidak jangka perlu melalui perkara yang tidak diingini sebegini pula.

Jinwoo datang dengan membawa buku besar yang kelihatan agak usang 

Buku itu diletakkan diatas meja dihadapan zelo.

Senarai tetamu hotel golden cha 1996

Zelo: awak nak buat apa dengan senarai tetamu tu?

Jinwoo: ada sesuatu yang saya nak tunjuk dekat awak sebenarnya.

Jinwoo mendiamkan diri sebelum menyambung ayatnya 

Jinwoo: okay see..saya akan tolong korang tapi kalau rancangan ni  menjadi.

Zelo: apa maksud awak kalau menjadi?

Jinwoo: sebelum ni..tak pernah jadi benda yang jadi sekarang. Kena kacau semua

Zelo: maksudnya?

Zelo keliru.

Jinwoo: korang kena rasuk? Benda tu tak pernah jadi.

Zelo: mustahil la takkan takde

Jinwoo: tak, memang takde pelancong yang datang duduk sini pun memang takkan langgar peraturan macam korang buat if kalau ada pun diluar pengetahuan saya mereka akan okay sampai check out.

Zelo: habis macam mana awak nak tolong kami? Ataupun awak tipu je tadi.

Zelo mengagak.

Jinwoo: saya boleh tolong tapi sebelum tu saya nak tanya awak pasal lelaki yang tinggi tu

Pertanyaan jinwoo mengejutkan zelo

Zelo: kwangsoo..kenapa dengan kwangsoo?

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now