Jadi Kau Dah Tahu?

146 12 3
                                    

Kwangsoo bangun kembali setelah dia tercampak untuk kali yang ke empat oleh makhluk yang berada dalam badan youngjae. Bajunya sudah seratus persen. Badannya juga sudah basah seperti sedang mandi.
Dengan pasir yang menyelaputi rambut,baju dan seluarnya lagi.

" kenapa kau kacau aku?"

Suara kwangsoo berubah. Riak wajahnya juga berubah. Dia tidak lagi memanggil youngjae dengan namanya lagi.

" Kau memang tak pernah mengalahkan?"

Makhluk itu kembali membalas.

" Aku memang tak akan pernah mengalah kau tahu?"

Kwangsoo membalas sinis

" Kau kena pergi dari sini"

Makhluk itu langsung tidak bergerak saat dia melontarkan kata kata. Nampak gayanya dia sudah bersedia untuk menolak kwangsoo lagi.

"Kenapa aku kena pergi? Sini tempat aku "

Kwangsoo masih lagi berdegil. Suaranya kedengaran garang dan kasar membalas.

" Kau kena pergi sebelum terlambat. Dengar cakap aku"

Dia masih lagi mendesak kwangsoo supaya kwangsoo segera pergi meninggalkan hotel ini.

" Kau merayu pada orang yang salah. Kenapa aku kena pergi dari sini? Aku ada beribu sebab untuk tinggal disini"

Kwangsoo mengungkapkan jawapan yang tidak disangkakan. Mereka tidak bersuara untuk seketika. Ditemani dengan bunyi hujan dan dentuman guruh mereka berpandangan..

" Kau lepaskan aku..aku akan beri kau ganjaran "

Kwangsoo cuba menawarkan sesuatu untuk youngjae. Bibirnya mengukirkan senyuman.Dia sengaja bermain helah untuk menyelamatkan diri. Sudah beberapa kali dia ingin mengejar jinwoo namun terbantut disebabkan youngjae.

" Kau nak apa dengan jin woo?"

Suara halus mula kedengaran dari mulut youngjae. Kali ini jelas sekali menunjukkan bahawa lelaki yang sedang bercakap sekarang bukanlah youngjae.

" Kejap nama kau siapa?"

Kwangsoo bertanya dengan riak wajah yang pelik. Agak aneh kwangsoo tidak mengingati nama youngjae padahal youngjae la orang pertama yang dia kenal dalam group bap dan dia la juga yang membawa kwangsoo mengenali ahli yang lain

Jawapan yang ditanya tidak berbalas. Situasi menjadi lebih aneh.

Apa yang lebih aneh ialah cara pandangan kwangsoo adalah sama seperti pandangan youngjae.

Kwangsoo memandang youngjae dengan tepat. Hujan semakin lebat dari tadi. Kwangsoo merendahkan kepalanya dan menutup mukanya mendekati pasir.

Tingkah laku kwangsoo tiba tiba lain.

" Kau..kadang kadang aku dapat rasakan ada aura jahat dalam badan kau tapi tidak lama..siapa kau sebenarnya?"

Makhluk dibadan youngjae masih lagi bersuara.

" Jadi..kau dah tau? "

Kwangsoo mengangkat badannya tanpa menggunakan tangan. Dia kini berdiri. Berdiri menghadap youngjae.

Kwangsoo tersenyum sinis

" Aku dah agak"

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Keseluruhan mata kwangsoo menjadi hitam. Dia ketawa mengilai ngilai.


********

Joongki terbaring diatas sesuatu yang sejuk. Dia cuba membuka matanya yang berat itu. Dia sukar untuk melihat imej yang lebih tepat dihadapannya. Badannya tidak dapat digerakkan. Apa yang dia dapat rasakan ialah rasa yang teramat sejuk dan mungkin rasa itu yang membuatkan badannya membeku. Pipinya kanannya dapat merasakan seperti beratus jarum halus yang bertubi tubi jatuh tanpa henti. Joong ki menggunakan segala kekuatan yang ada untuk meminta tolong.

" to..long saya..."

Suaranya kedengaran serak dan perlahan. Badan joong ki tidak henti henti menggigil kesejukkan.

" Sesiapa..tolong"

Joongki hanya mampu berserah kepada takdir agar ada sesiapa yang lalu berhampiran dan dapat menolongnya.

" to long.."

Suaranya menjadi makin lemah..nafasnya juga semakin berat. Joong ki mendengar seperti seseorang sedang berjalan menghampirinya. Ada bayang hitam yang betul betul dihadapan joong ki.

" tak..bukan kau..aku nak manusia yang tolong aku"

Joongki menjerit ketakutan. Bahunya dipegang. Dia dapat rasakan badannya diangkat tetapi dia terlalu lemah untuk membuka mata dan akhirnya joongki terlelap sekali lagi.

" Jangan biarkan badannya terus sejuk. Biarkan tuala ni dekat atas dahinya "

Suara seseorang yang kedengaran sudah lanjut usia didengari joongki. Dia membuka perlahan matanya. Cahaya yang terhasil daripada lilin lilin yang diletakkan didalam bilik itu menyakitkan mata joongki pada awalnya.

Joongki menggosok matanya beberapa kali kerana dia sukar melihat. Dia cuba untuk bangun tetapi dihalang lelaki itu.

" kamu kena rehat dulu"

Orang tua itu menahan joongki daripada terus bergerak.

" saya dekat mana ni?"

Joongki memandang keadaan disekelilingnya. Ada dua orang kanak kanak lelaki memandangnya dengan takut. Seorang berumur empat tahun dan seorang lagi berumur tujuh tahun.

" Macam mana saya boleh ada dekat sini?"

Joongki memegang badannya yang dilihat dipakaikan baju dan seluar yang baru.

" Pak cik jumpa kamu dekat titi terapung tu. Dalam hujan hujan kamu terbaring atas tu."

Tuala dikepala joongki diambil kembali dan diletakkan ke dalam mangkuk yang berisi air suam.

" Pak cik ni..."

Joong ki memandang wajah lelaki tua itu betul betul. Jika dilihat dia sepertinya pernah berjumpa dengan pak cik itu sebelum ini.

" Saya pernah jumpa pak cik kan?"

Joong ki cuba bertanya. Kali ini joongki duduk dalam posisi bersila.

" Ada ke kamu jumpa pak cik? Bila?"

Muka pak cik itu terkejut. Memori lamanya cuba diingat kembali. Maklum sajalah umur sudah lanjut pastinya dia mudah lupa.

" Masa saya tanya pak cik mengenai kubur didalam hutan ni.."

Pak cik itu mengerutkan dahinya. Tangannya menggaru dagunya yang tidak gatal

" Oh kamulah yang tanya mengenai kubur Kang Yooma?"

Joongki cuba mengingati semula nama tunang abangnya itu. Dia menggelengkan kepala

" Bukan Yooma..tapi min ah "

Pak cik itu mendekati joong ki.

" Tapi kubur yang pak cik tunjukkan tu yooma."

Joongki menunjukkan reaksi seperti tidak percaya.

" Jangan bergurau pak cik "

Joong ki menunjukkan senyuman tawarnya itu

" Pak cik tak bergurau. Lepas kamu pergi kubur tu pak cik ada terjumpa kawan kamu dan berikan rantai kepada dia. Pak cik suruh dia kasi rantai tu dekat kamu"

Joong ki menggelengkan kepala. Dia langsung tidak menerima sebarang rantai dari kwangsoo.

" Jadi itulah yang kwangsoo sembunyikan dari aku"

Joong ki berbisik. Jadi betul la sangkaan dia pada masa itu. Kwangsoo ada menyorokkan sesuatu darinya.

" Saya tak terima rantai tu"

Joong ki memberitahu.

" Kenapa kwangsoo tak beri rantai tu dekat aku "

Joongki mengeluh. Dia rasa sedih dengan sikap kwangsoo sejak datang ke pulau ni.

" Boleh pak cik tahu apa yang jadi dekat kamu dan kenapa kamu datang ke pulau ni?"

Joong ki memandang wajah pak cik itu. Hatinya berbelah bagi untuk memberitahu kisah yang sebenar.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now