Aneh

74 10 0
                                    


"Kejap.."

bunyi seseorang mengetuk bilik membangunkan dae ul dari jaganya. Dia masih berada dalam keadaan mamai dan mengantuk. Dengan jalan yang tidak betul dan terhuyung hayang dia membuka pintu.

"Hello?"

Dae ul bersuara apabila tiada sesiapa yang berada didepan pintu biliknya. Agak aneh sebab baru tadi ada orang yang mengetuk pintu bilik dia.Dae ul menutup pintu biliknya dengan marah. Geram pula siapa yang mengacau tidurnya atau mungkin dia bermimpi saja tadi.Belum sempat dia landing diatas katil sekali lagi pintu diketuk. Dae ul bangun dan segera membuka pintu.Langkahnya agak cepat kali ini kerana dia sudah tidak mengantuk. Namun masih sama. Tiada sesiapa disitu.

"Weh kalau nak main main pergi tempat lain jangan bilik aku juga!"

Daeul menjerit marah.Bengang betul dengan orang yang mengacau dia pada waktu waktu sebegini.Lepas puas marah Dae ul membiarkan saja pintu biliknya terbuka.Bengang dikacau dae ul protes. Lagipun senang untuk dia menangkap sipengacau itu jika pintu terbuka.Saat dae ul memandang ke depan dia dapat rasakan macam ada orang yang sedang berdiri dibelakangnya saat itu. Dia cuba untuk menoleh dan terkejut melihat seorang lelaki dengan kot labuhnya sedang memandang dae ul.

"Encik..encik nak apa?"

Dae ul bertanya perlahan. Sebenarnya perasaan takutnya masih belum hilang.Dia masih rasa berdebar.Lelaki itu menyorokkan tangannya dibelakang.Dia menundukkan pandangan ke bawah.

"Saya nak rantai yang awak ambil tadi"

Dae ul sedar lelaki dihadapannya ini ada niat yang tertentu.Suara garau lelaki tersebut menambahkan lagi rasa cuak.

"Rantai?rantai apa ya?Saya tak faham"

Dae ul sengaja berlakon. Dia tidak mahu memberikan rantai itu kepada lelaki itu. Rantai itu dia jumpa berdekatan dekat dengan jeti semasa mengambil gambar pulau itu. Agak pelik bagaimana lelaki itu tahu yang dia yang mengambil rantai itu padahal tiada sesiapa yang berada disitu waktu dia mengambil rantai.

"Jangan pura pura naif"

Lelaki itu membalas biasa.

"Saya jumpa rantai tu tadi jadi ianya milik saya"

Dae ul berani berkata kata.Keras kepala dan tidak mahu mengalah dae ul membalas sinis.

Lelaki itu ketawa dan melihat dae ul dengan pandangan marah.

"Kau tak tahu apa yang kau buatkan budak?"

Lelaki itu menunjukkan pistol pada dae ul sambil tersenyum. Dia mengacukan pistol itu ke arah dae ul.

"Cakap.Mana rantai tu"

Lelaki itu melangkah ke hadapan dan dae ul bergerak ke belakang. Dia sedar dia berada dalam bahaya sekarang.Mungkin jika dia tidak belagak tadi perkara sedemikian takkan berlaku.

"A..aku.."

Dae ul tergagap gagap berbicara.

"Aku apa"

Lelaki itu sengaja memprovok dae ul. Dae ul memandang ke kiri dan ke kanan melihat dimana kayu besbol yang dia bawa dari rumah.Memang sengaja dae ul bawa kayu besbol kerana dia tahu akan ada samseng yang akan mengacau dia membuat kerja dimana dia berada.

"Apa dekat belakang kau!"

Lelaki itu menjerit kuat mengejutkan dae ul.

"Belakang aku?"

Dae ul turut sama memusing ke arah belakang dan terkejut melihat ada makhluk yang bertempek ditingkapnya. Matanya terbeliak seakan akan ingin terkeluar. Rambutnya panjang dan seakan menjalar. Lidahnya bercabang.Dae ul berjalan ke belakang.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now