Beranikan Diri

113 7 1
                                    

Saat mereka meneruskan perjalanan daehyun cuba untuk memberanikan diri semasa dihadapan.Dia meniup kata kata semangat dalam dirinya. Tangannya berasa sejuk dan agak menggigil tapi disebabkan keadaan gelap mereka tidak perasan akan situasi itu.

“ Kenapa dia tak balas apa apa,bukan selalunya dia ke yang akan jadi ketua arah itu arah ini..tapi kenapa kali ni dia senyap? Tak macam dia langsung”

Daehyun bermonolog dengan diri sendiri. Omelannya dapat didengari zelo.

Zelo: siapa yang senyap?

Zelo yang memang jenis terus bertanya tanpa usul periksa menunggu jawapan daehyun.

Daehyun: ini..

Belum sempat daehyun menjawab zelo sudah memotong ayatnya.

Zelo: hey! Hati hati la jongup jangan jalan laju sangat..nanti jatuh macam mana. Dah la kat belakang sekali

Zelo tergelincir semasa menuruni anak tangga dan hampir membuatkan dia terjatuh.

“ Belakang sekali...”

Daehyun dapat mengagak ayat itu.

Daehyun: Zelo tadi siapa yang paling belakang?

Daehyun memegang pemegang tangga sambil bercakap.Keadaan yang gelap membuatkan mereka berhati hati lebih lebih lagi dikawasan tangga.

Zelo: yongguk hyung kalau tak silap.Tadi saya nak last sebab saya paling tinggi dengan kwangsoo tapi yongguk asyik berdiri dekat tempat tu je. Kalau saya berdiri belakang dia kan dia akan berdiri belakang saya balik

“ Yongguk bukan jenis yang suka dekat belakang...dia suka dekat depan”

Daehyun menambah lagi.

Hati hati kalau dia dah keluar mungkin dia akan cari badan lain”

Daehyun: jinwoo!

Daehyun teringat akan kata kata jinwoo sebentar tadi. Mungkin dia cuba untuk memberikan amaran kepada mereka. Jinwoo sedar akan perkara itu akan berlaku dan mungkin sebab itu juga dia buat eye contact dengan zelo tapi zelo tidak faham.

Zelo: Knapa dengan jinwoo?

Zelo bertanya risau dan bercampur pelik. Baru semalam dia bersembang panjang dengan jinwoo. Dah anggap macam kawan baik pula.

Daehyun: Jinwoo da kasi amaran dekat kita semua tadi.Ahh..baru perasan

Daehyun memberitahu jelas.

Jongup: Bukan tadi je dia kasi amaran. Sejak mula lagi dia dah kasi amaran cuma kita je yang tak nak dengar atau tak perasan  Sejak dia kasitau peraturan hotel ni. Sejak dia gaduh dengan joongki dan kwangsoo pada awal. Sejak dia selalu ada dalam lif. Sebab dia tahu apa yang ada dalam lif tu..jinwoo nak protect kita

Daehyun dan zelo tersentak. Mereka terkejut dengan kata kata jongup. Entah kenapa jongup ringan mulut pula untuk memberitahu pasal jinwoo.

Daehyun: kita kena minta tolong jinwoo..kalau betul dia akan tolong kita

Zelo mula memegang belakang baju jongup kerana takut perkara sama berulang. Lagipula dia memang tak suka memegang pemegang tangga kerana merasakan ianya kotor dan tiada siapa yang pernah membersihkannya

Zelo: kenapa?

Daehyun tidak membalas.

Daehyun: Kalau apa apa jadi dekat hyung..korang selamatkan diri.

Zelo: Ahhh!! Apa ni.. Tak lawak la

Zelo memarahi daehyun yang bercakap bukan bukan.

Daehyun: Tak..bagitahu je

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now