Kwangsoo berlari sambil memandang ke belakang . Fikirannya memaksa diri untuk terus keluar daripada pulau ini tanpa meghiraukan keadaan mereka yang lain. Kwangsoo tidak belajar dari kesilapan yang lalu.Dia masih lagi selfish atau mementingkan diri sendiri.Semakin lama semakin banyak kejadian aneh yang berlaku walaupun dia merupakan salah satu punca utama tetapi kwangsoo tidak sanggup dan tidak kisah.Dia sanggup melakukan apa saja asalkan dia selamat.Dia menoleh ke hadapan dan melanggar sesuatu sehingga menyebabkan badannya tergerak kebelakang. Dadanya dipegang.Kwangsoo dapat rasakan seperti dadanya terhiris semasa melanggar "seseorang itu". Dia pasti dadanya telah terluka.
Dia tidak mampu melihat dengan jelas siapakah gerangan yang dilanggarnya itu kerana keadaan agak samar samar. Bayang bayang seseorang sedang bergerak.Namun disebabkan ketakutan kwangsoo terus berlari sehingga kepintu hadapan hotel. Kwangsoo dapat rasakan aura negatif yang berada dihadapannya.Dia cuba membuka pintu hotel tetapi kelihatan dikunci.Pintu dihentak kuat.Kwangsoo turut sama menjerit.
" Siapa dekat luar tolong selamatkan saya!"
Kwangsoo mengetuk ngetuk pintu sekuat hatinya.Disebabkan letih kwangsoo terduduk dihadapan pintu dan masih lagi dengan gerakan yang sama. "Makin lama aku dekat sini makin bahaya"
Kwangsoo berbisik sendiri. Pintu kaca itu diketuk dari luar. Kwangsoo mendongak keatas melihat siapa yang mengetuk tetapi tidak jelas kerana kabus yang menebal hadir. Bunyi seseorang sedang mencakar cakar kaca menghasilkan bunyi yang sangat mengilukan.Beberapa saat bunyi itu hilang.
"Siapa yang ada dekat luar tu"
Kabus semakin hilang tetapi kwangsoo perasan ada sekumpulan orang yang berjalan kearah hotel ini.
"Tolong!! selamatkan saya!!"
Kwangsoo menjerit gembira.Akhirnya ada juga orang yang mampu menolongnya keluar dari hotel ini.Semakin lama kwangsoo perasan ada sesuatu yang aneh mengenai "sekumpulan orang" itu. Dari jauh Kwangsoo dapat lihat ada yang tidak berkepala.Ada yang tidak berkaki dan menyeret nyeret diatas pasir.Kwangsoo menjerit sekuat hati.Tidak disangka dia melihat sesuatu yang mengerikan didepan mata.Dia ingin melarikan diri tetapi kakinya tidak dapat digerakkan.Kwangsoo memandang kebawah.Dia terkejut melihat ada lembaga yang sedang memegang kedua belah kakinya.Rambut yang panjang menutupi wajah lemabaga itu.Dia seakan ingin "memakan" kaki kwangsoo.
"Tak guna punya hantu!!"
Kwangsoo melawan diri sendiri.Dia memaksa dirinya untuk bergerak. Dia pasti jika dia tidak melawan lembaga itu akan mengambil alih badannya.Beberapa saat lembaga itu hilang dan kwangsoo dapat bergerak dan terus berlari ke dalam hotel. Kali ini dia berlari kearah bilik jinwoo.Dia tahu yang jinwoo pasti berada disitu. Dia mendengar namanya dipanggil. Kwangsoo berhenti berlari. Degupan jantungnya semakin pantas. Hampir saja Kwangsoo terjatuh kerana berhenti berlari tiba tiba.Anehnya laluan ke bilik jinwoo pasti tidak gelap dan bercahaya. Adakah disebabkan koridor itu diselubungi dengan air dan kaca ? Tiada jawapan. Kwangsoo menggenggam tangannya. Dia bersiap sedia apa yang akan muncul dihadapannya pada waktu itu. Didalam gelap tiada siapa yang menghadirkan diri. Kwangsoo mengeluh.
"Siapa disana?"
Kwangsoo meninggikan suaranya dan melihat jauh ke dalam kegelapan.Kalau kalau dia dapat rasakan pergerakan. Bunyi seperti seseorang merintih dalam kesedihan menaikkan bulu roma kwangsoo.
"Siap..aaa"
Kwang soo terkejut
Dia melihat seorang yang dia kenal berjalan terjengket jengket perlahan. Mukanya dibasahi darah.Bajunya yang bewarna biru kelihatan dibasahi dengan sesuatu sehingga membuatkan hampir semua warna bajunya tidak kelihatan biru lagi.Seluarnya dibahagian lutut kelihatan kotor sekali. Mukanya kelihatan menahan sakit.
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Misteri / ThrillerSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...