Daehyun terbangun dari tidur setelah beberapa lama tidur. Dia melihat mereka semua sudah lena dibuai mimpi termasuk zelo yang tidur diatas lantai dan beralaskan beg sandang jongup. Daehyun membuka sweater yang dipakai dan menutupi badan zelo. Dia tidak sampai hati membiarkan zelo tidur dalam keadaan sedemikian. Lagipun dia dah anggap zelo dan ahli yang lain macam keluarga sendiri.
“ Kesian pula budak ni”
Dia mencari bayang jinwoo yang tidak kelihatan. Setiap penjuru bilik dicheck daehyun. Nampak gayanya dia telah pergi.
Mungkin dia telah beredar apabila zelo tidur.
“ Biarlah dengan jinwoo tu”
Daehyun memegang perutnya yang kembali berbunyi. Dia sebenarnya masih berasa lapar. Susah bagi daehyun untuk menahan lapar. Dia bersabar pun sebab si jinwoo tu yang menyuruh dia jangan keluar dari bilik.Dia melihat jam yang menunjukkan sudah pukul 4.38 pagi.
Daehyun check setiap sorang yang tidur untuk memastikan bahawa mereka betul betul lena diulit mimpi dan bukannya tidur tidur ayam. Keutamaan diberikan pada yongguk,kalau dia tahu daehyun keluar pasti teruk dia akan dimarahi.
Niat untuk mengambil makanan dari biliknya tetap diteruskan. Walaupun dia rasa takut tapi dia juga rasa lapar.
Daehyun menepuk nepuk kuat pipinya berulang kali sebagai semangat.
Daehyun menunggu lif sambil memandang ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Perasaan risau masih bersarang dalam diri dia.
Apabila pintu lif terbuka daehyun cepat cepat masuk. Didalam lif daehyun memikirkan perkara yang indah saja. Sampailah pintu lif terbuka dan dia dapat keluar. Nasib tiada apa yang berlaku.
Bayang bayang yang menakutkan mula terhias diminda kosong daehyun tanpa amaran. Beberapa kali dia cuba untuk membuka pintu bilik tetapi tidak berhasil. Tangan dia pula menjadi sejuk akibat perasaan takut yang hadir.
“ pintu ni kenapa tak boleh buka”
Pintu menjadi tempat perasaan marah daehyun. Ye lah takut punya pasal.
Dia mendongak ke atas dengan perlahan. Pintu itu diperhatikannya lama. Bibirnya terukir senyuman dan dia ketawa selepas itu.
Perasaan takutnya kembali hilang.
“ Adoi daehyun...kau ni..macam mana nak buka ni kan bilik lain..ni bukan bilik kau. Tu baru bilik kau..daehyun..daehyun”
Daehyun ketawa dengan perangai diri sendiri.Mungkin perasaan takut telah mengaburi matanya. Nasib baik tiada yang melihat kalau tidak tak ke malu dibuatnya.
Dia memusingkan badannya kebelakang. Ke arah bilik sebenarnya. Buka saja pintu sepantas kilat daehyun menyusup masuk. Beg besar dia ditarik dari dalam almari dan diselongkar. Plastik berwarna merah diambil dan dia segera keluar kembali.
Segalanya memakan masa hanya sepuluh saat.
Pergerakannya diatur pantas kerana dia tidak mahu bertembung dengan sesuatu yang tidak diingini. Mahu pengsan kalau dia kena sorang sorang
Belum sempat dia hendak kembali menunggu lif dia melihat seseorang yang betul betul berada dihadapannya.
Daehyun membesarkan matanya seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat.
“ Weh kau pergi mana? Lama kot menghilang. Kau risaukan semua orang tau tak? ”
Daehyun terus memeluk lelaki yang berada dihadapannya itu. Pelukkan menjadi semakin erat tetapi dia terus berhenti memeluk kerana badannya yang sakit tadi tiba tiba rasa sakit kembali.. Perasaan lega hadir dalam diri daehyun.
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Mystery / ThrillerSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...