Mimpi

91 6 0
                                    

"Hello mak?"

suara daeul bertukar gembira apabila mendapat panggilan dari emaknya. Dia berada ditepi pantai memerhatikan min ah bermain ombak kecil.

"Joong ki dah pandai kenal huruf?"

Daeul terpaksa mengulangi bicara emaknya kerana tidak berapa dengar apa yang emaknya cakapkan.

"Baguslah kalau macam tu. Nanti kalau saya balik rumah saya nak dengar dia sebut satu persatu dekat saya"

Balas daeul dengan gembira.Masakan tidak gembira adiknya joongki itu pendiam nak mati. Kalau dipanggil nama kena tunggu beberapa minit baru dia membalas semula. Seakan dia berada didunianya sendiri.

"Daeul bila kamu nak balik?"

suara emaknya kedengaran risau.

"Lagi dua hari je lagi. Lepas tu saya akan balik dengan min ah.

Minah memandang apabila namanya disebut.Daeul membalas dengan senyuman nakal ke arah min ah.

"Emak mimpi pelik tentang kamu"

emaknya memberitahu pada daeul tanpa berselindung.

"Mimpi? Mimpi apa?"

Daeul berminat ingin tahu.

"Emak bermimpi yang kamu balik rumah. Tapi dalam keadaan yang berlumuran darah. Muka kamu pucat sekali. Kamu menangis dan peluk mak. Kamu cakap minta maaf"

Daeul terkedu. Dia tidak tahu ingin membalas macam mana mengenai mimpi emaknya itu.

"Emak..saya minta maaf kalau buat emak risau.Saya sayangkan keluarga kita sangat sangat. Saya janji lepas habis je kerja saya akan balik terus ke rumah okay mak? Lagipun...saya rindukan masakkan mak "

Daeul tersenyum senyum sambil berborak ditelefon.

"Kamu kalau berlaku sesuatu risau pasal diri sendiri dulu. Jangan sibuk nak tolong orang lain"

Daeul mengerutkan dahi.

"Emak..bukan dulu mak ke yang ajar saya.Kita kena tolong orang yang dalam kesusahan walaupun kita ni takde apa apa..mak lupa?'

Daeul tergelak diakhir ayat.Entah kenapa perasaannya turut berasa sayu tanpa sebab. Seakan sesuatu akan berlaku pada dia.

"Min ah sini kejap"

Daeul memanggil.

Min ah perlahan melangkah kearah daeul.

"Kenapa?"

Dia mendongak ke atas kerana daeul yang 15cm lebih tinggi darinya.

"Tutup mata..."

Daeul memberikan arahan.

"Kenapa kena tutup mata pulak?awak nak buat apa?"

Daeul tersenyum.

"Adalah..tutuplah mata"

Min ah mengikut saja arahan daeul dan menutup mata dengan perasaan berdebar debar.

Dia dapat rasakan ada sesuatu yang bergerak dilehernya.

"Sekarangg bukaaa"

Min ah terkejut besar apabila melihat rantai loket bewarna merah yang tersarung dilehernya.

"Daeul!!! Lawanya!! Bila masa awak beli??"

Daeul yang pada awalnya tersenyum gembira mematikan senyuman apaabila mendengaar perkataan beli dari min ah.

"Mmm..ada lah"

Daeul seakan menyembunyikan sesuatu.

"Lawalah..terima kasih daeul.."

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now