Persoalan yang tiada jawapan

134 12 0
                                    

Jin woo berdiri didepan pintu masuk hotel. Dia memandang ke arah langit yang dihiasi awan awan hitam dan ditemani kilat yang tidak henti memancar.Dia mengambil payung yang terletak ditepi meja melayan tetamu itu. Payung dibuka dan jinwoo berjalan keluar hotel. Payung dipegang kuat kerana hujan hujan yang agresif jatuh diatas payungnya dengan laju dan kuat seakan akan memberikan amaran. Sebelah tangan memegang lampu suluh dan sebelah lagi memegang payung amatlah menyukarkannya. Jinwoo perlu keluar dan meredah hujan sedikit kerana kotak elektrik utama tidak berada didalam bangunan. Ianya terletak ditepi luar bangunan.

Bajunya dibasahi dengan air hujan sedikit kerana tempias hujan yang masih lebat dan tiada tanda tanda berhenti.

Jin woo mengeluarkan kunci dari poket seluarnya. Setelah membuka kunci pintu bilik itu dibuka perlahan tetapi disebabkan keadaan yang berangin pintu itu tertolak kuat dan menghempas dinding dan menghasilkan bunyi yang kuat.Dia menyuluh keadaan didalam bagi mencari kotak tersebut

Angin diluar amat kuat menolak segala yang ada dipantai. Ombak yang kelihatan besar pula tidak berhenti memukul pesisiran pantai.

Dia memandang kotak suis utama itu

Tiada kerosakkan serius yang berlaku. Cuma suis utama saja yang terjatuh.

“ Mungkin sebab guruh kuat tadi yang buatkan suis utama ni terjatuh sendiri kot”

Jin woo menyedapkan hati.

Suis utama ditolak keatas.Hotel yang gelap kini bercahaya kembali.

“ nasib baik..”

Jin woo menarik nafas lega. Dia segera menoleh kebelakang apabila mendengar bunyi pintu yang seakan diketuk.

“ Nasib baik apa?”

Seorang lelaki berbadan sederhana berada dibelakang jinwoo. Badan lelaki itu basah lenjun. Pandangan mata lelaki itu sukar ditafsir.

“ Kau kawan zelo kan? Kau buat apa dekat luar ni?”

Jin woo selamba bertanya

Jin woo sebenarnya berasa aneh melihat lelaki  dan dia bukan jenis yang senang mengingati nama orang lain jadi dia terpaksa bercakap sambil menyebut nama yang diingatnya.

Dia perlukan masa untuk menghafal nama orang.

Lelaki itu tidak membalas. Dia menjeling tajam ke arah jinwoo.

Jin woo berasa tidak sedap hati lalu berkata

“ Kau kenapa?”

Dia melemparkan soalan apabila perasaannya berasa tidak sedap dengan situasi sekarang.

Jinwoo mula berjalan mendekati “ kawan zelo” itu.

“ Keluarkan mereka dari sini sekarang”

Lelaki itu bercakap tetapi nada suaranya kedengaran agak berlainan dari sebelumnya.

Jin woo terdiam. Dia cuba memproses jawapan yang diberikan lelaki itu tetapi tidak dapat.

“ Kau cakap apa ni?mereka? Aku xfaham”

Dia bertanya kembali. Lampu suluh masih lagi ditangannya.

“ Sini tak selamat untuk mereka. Baik mereka pergi sebelum terjadi apa apa lagi ”

Jawapan yang diberi membuatkan jinwoo sedar apa yang dimaksudkan sebenarnya. Dia dapat melihat aura gelap mengelilingi badan lelaki itu

Jin woo tidak membalas. Dia berjalan ke hadapan.. Dia sepertinya ingin melepasi lelaki itu.

“ Kau jangan lupa perjanjian itu jin woo ”

Lelaki itu memegang lengan jinwoo. Dia tidak bagi jin woo pergi begitu saja

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now