Keluar Dari Sini

220 32 3
                                    

“ Kau okay tak?”

Joongki memandang yongguk yang senyap didalam lif dari tadi. Dia sepertinya kusut memikirkan sesuatu.

Yongguk tidak menjawab dan dia terus mendiamkan diri sampailah mereka sampai ditingkat 4.

Mereka berdua berjalan bersama melalui ruang diantara bilik itu. Joongki berhenti dan ingin membuka pintu hotel manakala yongguk lebih tertarik pada cermin besar dipenghujung jalan itu dan teruskan berjalan.

“ Eh boleh buka.”

Pintu yang cuba dibuka song joongki berhasil. Anehnya pemegang pintu ditingkat empat ini kelihatan agak lama. Mudah dibuka pula tu.

Tanpa sebarang perasaan takut Joongki mulai masuk ke bilik hotel itu dengan langkaj yang perlahan. Keadaan dibilik hotel itu sangat mewah dan cantik berbanding bilik hotelnya.

“ Anybody here?”

Joongki cuba memanggil.

“ Hurry up! Should i speak in korea?”

Dia cuba berinteraksi.

Angin sejuk melalui badan joongki. Dia sedar dengan pergerakan itu. Joongki tersenyum

Joongki mula menoleh ke belakang dan melihat jongup berada betul betul seinci dari dia.

“ Bagus la kau ada kat sini..yongguk cari korang..”

Jongup tidak membalas.

Dia hanya memandang ke bawah.

Joongki memegang bahu jongup dan tanpa dia sedar jongup turut memegang tangannya. Dia dapat rasakan kedinginan tangan yang sejuk beku itu melalui sentuhan.

“ Kau siapa...”

Jongup bertanya. Dia memandang joongki dengan wajah yang geram.

“ Aku song joongki”

Dia menjawab selamba. Senyuman lebar dilemparkan pada jongup namun tidak dibalas

“ hotel ni bukan tempat kau ”

Jongup menjawab kasar. Joongki yang baru sedar bahawa jongup telah dirasuk terdiam. Dia tidak sangka begini perasaan takut apabila berdepan dengan makhluk yang menakutkan.

“ sini pun bukan tempat kau ”

Joongki berani melawan.

Mata jongup menjadi merah menyala apabila mendengar joongki berkata begitu. Dia menolak joongki dengan kuat sehingga joongki terjatuh.

Joongki yang terlalu terkejut dengan situasi yang tidak dapat dijangka itu tergamam. Dia tidak dapat melawan.

Tidak cukup dengan itu hantu yang merasuk jongup turut mencekik leher joongki dengan kuat.

“ Ah..ak..ak..aku tak boleh bernafas!”

Joongki cuba melawan tapi tidak berhasil.

Ketawa hantu yang merasuk jongup didengari yongguk

“ Bunyi apa tu?”

Yongguk yang sedar dengan kehilangan joongki berlari ke arah bunyi tersebut.

“ Jongup! Lepaskan dia!”

Yongguk terkejut melihat moon jongup mencekik joongki. Setahu dia jongup bukanlah lelaki yang begitu.

Jongup menoleh ke arah yongguk dengan tangannya yang masih mencekik joongki.

“ wae?”

Suara halus yang keluar dari mulut jongup mengejutkan yongguk. Dia tahu yang itu bukan jongup.

“ Tolong siapa pun kamu tolong berhenti”

Yongguk bergerak perlahan ke arah jongup. Pandangan tepat masih diarahkan pada yongguk.

“ Kamu yang kena berhenti. Berhenti tinggal dekat sini dan balik!”

Yongguk berhenti melangkah.

Wajah joongki semakin pucat.

Dia semakin sukar untuk bernafas.

“ Habis apa yg kami semua perlu buat?”

Yongguk bertanya.

“ keluar dari hotel ini”

Suasana menjadi tegang. Yongguk perlu memberi jawapan secepat yang mungkin sebelum apa apa yg buruk berlaku pada joongki

“ Baik. Kami akan keluar dari hotel ini. ”

Selepas beberapa saat jongup melepaskan cengkaman dari leher joongki. Dia terjatuh ke lantai. Joongki turut melakukan hal yang sama. Yongguk segera mendekati jongup yang pengsan itu

“ Jongup..bangun la..ini yongguk hyung..”

Yongguk menepuk nepuk muka jongup perlahan dengan harapan dia akan bangun.

Tapi malang sekali jongup tidak bangun.

“ Kau pergi la hantar jongup ke bilik. Aku tolong cari yang lain.”

Joongki memberi cadangan.

“Serious kau nak cari sorang?”

Yongguk risau. Joongki mengangguk.

“ Kalau macam tu aku hantar jongup ke bilik dulu lepas tu aku akan datang balik okay?”

Yongguk sebenarnya risau jika benda lain pula yang akan terjadi pada joongki.

Yongguk menggunakan segala kekuatan yang ada dan mengendong jongup dibelakangnya.

“ jongup kya..kau makan apa sampai berat mcam ni ”

Yongguk berjalan ke arah koridor hotel dan menunggu lif.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now