Salah Step..

171 19 3
                                        

Yongguk memapah jongup ke dalam lif. Disitu dia berjumpa dengan jinwoo

Jinwoo: kenapa dengan dia?

Jinwoo bertanya pada yongguk apabila perasan ada sesuatu yang tidak kena.

Yongguk: tadi dia lemas

Jawab yongguk sambil kepalanya memikirkan sesuatu

" kenapa badan jongup ni tiba tiba sejuk pula?"

Yongguk sedar perubahan suhu badan jongup yang secara tiba tiba menjadi sejuk beku apabila masuk ke dalam hotel.

Tangan yongguk turut terasa sejuk.

"Dia boleh pakai kot saya dulu "

Jinwoo menanggalkan kotnya dan diberikan pada yongguk.

Yongguk tidak teragak agak menyarungkan kot itu pada jongup bagi menghangatkan badan jongup

Jinwoo memandang jongup dengan pelik. Entah kenapa dia dapat rasakan sesuatu terhadap jongup

Jongup mula meragam. Dia memegang kedua dua telinga dengan kedua belah tangannya. Bunyi berdesing itu masih kedengaran.

" Ahhh bising lah!"

Jongup menjerit.

Jinwoo dan yongguk terkejut. Entah kenapa jongup tiba tiba menjerit.

Yongguk: kau kenapa jongup? Bunyi bising apa?

Yongguk bertanya aneh. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran di dalam lif itu

" bunyi..bunyi dinding lif ni dicakar cakar "

Jongup menghabiskan ayatnya. Yongguk segera membawa jongup keluar dari lif

Jinwoo tidak mengikuti mereka sebaliknya dia hanya berada didalam lif.

Jinwoo memandang ke arah atas selepas itu dia menutup matanya dan berkata.

" Dia pun boleh dengar "

Jinwoo tersenyum sinis

Yongguk membawa jongup masuk ke dalam bilik. Jongup masih lagi menggigil teruk. Yongguk menyalinkan baju jongup yang basah dengan yang baru kerana jongup tidak berupaya menukar pakaiannya sendiri. Dia menyelimutkan jongup dengan selimut tebal selepas itu.

" Jongup kau nak minum air ke?"
Tangannya diletakkan diatas bahu jongup yang sedang baring mengiring

" tak nak "

Yongguk menarik kerusi dan duduk disebelah katil jongup.

Selang beberapa minit jongup tertidur namun suhunya masih sama.

" ni sebab lemas tadi ke "

Yongguk tidak faham apa yang berlaku pada jongup. Dia risau akan keadaan jongup. Dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan jin woo untuk meminta bantuan dia.

Jongup dibiarkan sendirian sebentar didalam bilik.

******

Joongki dan kwangsoo berjalan ke bahagian jalan hotel yang mereka belum pernah lalu.Tali yang dipegang joongki diberikan pada kwangsoo untuk dipegang pula.

Kwangsoo: wahhh tengoklah ikan ikan tu semua

Tali panjang yang dililit dilehernya dipusing pusingkan dengan tangannya.

Kwangsoo terpegun memandang ikan ikan yang berenang disekelilingnya.

Kwangsoo: seni bina hotel ni pelik betul..maksud aku menakjubkan

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang