"Joongki bangun"
Joongki terasa badannya diawang awangan.Seseorang sedang berbisik memanggil namanya.Suara yang dia tidak kenal.
"Siapa?"
Cahaya yang terang benderang mampu membutakan pandangan Joongki.Lelaki dihadapannya kabur.Dia tidak dapat mengenali siapakah gerangan empunya badan dihadapannya itu.
"Cepat sedar dan keluar dari sini"
Suara itu mendesak joongki.
"Aku dah sedarlah apa kau merepek!"
Joongki membentak marah,badannya yang sakit sakit membuatkannya jadi lebih baran.
"Selamatkan kawan kawan kau"
Joongki cuba bangun tetapi badannya terasa sangat lemah dan sakit.Dadanya main utama yang membuatkannya lemah.
"Kenapa dengan dada aku ni"
Joongki memegang dadanya.Dia terdiam.Mukanya pucat.
"Aku dah mati ke?"
Joongki bertanya sendiri.Dia tidak dapat rasa akan bunyi jantungnya berdegup.Entah kenapa Joongki tidak panik.Seperti merelakan saja dia mati begitu saja.
"Belum..kau kena lawan perasaan tu dan bangun.Itu saja cara untuk selamat"
Suara itu jelas meyakinkan Joongki.
"Aku kena selamatkan min ah dan jumpa abang aku"
Joongki berkata lain.Dia terjatuh saat cuba untuk bangkit.
"Lemah betul badan aku"
Joongki kaget saat melihat tangan kanannya seakan hilang perlahan lahan.
"Abang tak pernah panggil kamu.Semua itu perangkap."
Joongki melihat jelas wajah lelaki dihadapannya itu.Daeul.Daeul yang sedang berdiri melihatnya sekarang.
"Daeul hyung."
Joongki memanggil.Perlahan air matanya mengalir.Akhirnya mereka bersua.Dia tersenyum.
"Tetapi saya datang kesini sebab abang yang panggil."
Joongki menjelaskan kekusutan dimindanya.Setahu dia pada awalnya Daeul yang memanggil dia .Hal itu yang membuatkan Joongki bertekad untuk datang ke hotel ini.
"Semua itu permainan min ah. Dia cuma hendakkan lelaki yang menyerupai abang dan memasukkan benda lain ke dalam badan lelaki itu."
Joongki terdiam.Tidak sangka dia dipermainkan oleh benda lain.Geram pula bila difikirkan balik.Punyalah dia semangat untuk menolong abangnya.
"Himchan.Nama lelaki itu himchan.Saya akan tolong dia."
Joongki teringat akan lelaki yang kelihatan seperti abangnya itu.Dia tidak begitu rapat dengan himchan.Malahan dia seakan lupa samaada dia pernah berbicara atau tidak dengan himchan sebelum ini.Seakan mereka tidak mempunyai memori bersama.
"Bukan dia.Selamatkan dua orang tu dulu.Mereka nyawa nyawa ikan."
Joongki membuat reaksi pelik.Dua orang?Siapakah mereka?
"Siapa?"
**************************************************************************************************
Jongup berjalan tanpa hala tuju.Dia sejujurnya telah mati akal.Apa yang diberitahu lelaki itu mula menjadi benar.
"Sesiapa tolonglah."
Jongup berhenti melangkah saat dia mendengar suara kuat seseorang tengah menjerit.Jantung dia seakan hampir terhenti.Iyalah sape saja yang tak akan terkejut saat mendengar suara orang menjerit padahal suasana sunyi sepi awal awal tadi.Kakinya digagahkan juga untuk berjalan kerana dia tahu dia akan terlambat jika melengahkan masa.
"suara tadi macam.."
Jongup berjalan mengikut kata hatinya.Dia dapat rasakan suara tadi bukanlah suara makhluk halus atau suara lain tetapi suara tadi ialah suara ahli kumpulannya sendiri.Sampai dipintu kecemasan Jongup memberhentikan langkah.
"Aku harap betullah sini"
Pintu kecemasan dikuak.
"Yongguk hyung?"
Jongup memanggil nama yongguk hyung saat dia melihat yongguk disebalik pintu itu.Dia menggerakkan yongguk tapi dia sedar yongguk kelihatan parah.Jongup berganjak kebelakang.Dia sepertinya terduduk diatas sesuatu.Bila ditoleh.Jongup dapat rasakan dia terduduk diatas seorang manusia.Jongup dapat rasa ada telefon diatas lantai.Dia membuka telefon itu dan dia bernasib baik kerana telefon itu mengeluarkan cahaya.Wallpaper ditelefon itu menunjukkan gambar youngjae.Barangkali telefon itu adalah milik youngjae.
Perlahan....
Jongup sedar badannya basah.Cahaya yang hadir dari telefon membolehkan Jongup lihat kenapa badannya basah.
"Darah siapa ni"
Jongup menolak lelaki yang dia terduduk tadi kerana terlalu cemas.
"Youngjae"
Wajah youngjae tidak dapat dilihat sangat kerana ditutupi dengan darah dan rambutnya.
Jongup segera merasa nadi ditangan youngjae.Dia tergerak kebelakang.
"Takkanlah.."
Jongup terkedu.
*ulangtayang
"Kau tak nak aku kasi hint dekat kau...mana tahu kau tak percayakan aku"
Seunggi menahan Jongup dari pergi selepas dia menyebut nama seseorang.
"Hint apa?"
Jongup berani bertanya.Seunggi memandang Jongup lama.Seperti sukar dia untuk memberitahu apakah hintnya itu.
"Kawan kau dua orang tu maybe akan pergi"
Jongup seperti takut untuk mendengar lagi.
"Apa maksud kau?Kenapa kawan kawan aku yang mesti kena!Kenapa!"
Jongup membalas marah.
"Sebab mereka cakap besar?Atau sebab mereka suka tegur?"
Jongup teringat saat didalam kereta.
Daehyun: Weh jaae,se kau bayangkan kalau yongguk hyung bawak kita pergi tempat berhantu camne?
Youngjae: Aku rasa kita takkan selamat.
Daehyun: Asal kita pulak?Kau lah.
Youngjae: Sebab kita yang paling berani.Dalam cerita hantu selalunya yang paling berani yang akan kena.
Daehyun: Habis Himchan?
Youngjae: Hilang kena sorok.
Daehyun: Yongguk?
Youngjae: Dia yang suka protect orang tu.
Daehyun: Zelo?
Youngjae: Disebabkan aku sayang adik kita sorang ni..aku bagi dia selamat ar.Dia tak kena apa.
Daehyun: Kau ni dah macam penuliskan?
Daehyun ketawa berdekah mendengar susunan Youngjae.
Saat dihadapan hotel.
Youngjae: Tak gunalah Dae! Apa yang kau cakap betul jadilah!
Youngjae menumbuk Daehyun.
Daehyun: Habislah kau jae...habislah...
Daehyun menakut nakutkan Youngjae
Youngjae: Aku harap mulut celupar aku tak bawak kita dalam masalah.
Youngjae kedengaran risau saat memikirkan apa yang telah dia cakapkan tadi dikereta.
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Misteri / ThrillerSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...