Joongki yang pelik

205 34 0
                                    

Bilik Himchan menjadi tempat untuk yongguk duduk . Dia cuba untuk  menelefon himchan dengan harapan dijawab. Ringtone lagu milik himchan kedengaran menyebabkan yongguk perasan himchan tidak membawa telefon.

" Budak ni..mana la dia pergi"

Yongguk semakin risau.

" Himchan tak balik lagi ke hyung"

Zelo memasuki bilik himchan sambil menggosok gosok matanya tanda mengantuk.

" Belum. Kamu tidur la nanti hyung kasitau kalau dia dah balik. "

Yongguk cuba untuk sedapkan hati zelo. Dia perasan yang zelo itu masih mengantuk.

" Okay.."

Zelo tidur diatas katil himchan sambil memeluk bantal.

" Tidur sini pula dia "

Yongguk menepuk nepuk belakang zelo seperti seorang ayah pada anaknya.

"Hyung..kalau ada apa apa jangan tinggalkan saya"

zelo bercakap dengan nada perlahan.

"Ye la..hyung janji"

Yongguk tersengih saat mendengar suara zelo seperti budak lima tahun itu.

"Mana la himchan ni.."

Yongguk bercakap didalam hati. Dia risaukan himchan sebab selalunya dia tidak akan keluar tanpa beritahu sesiapa kecuali jongup dan daehyun. Mereka berdua suka melanggar peraturan.

Selepas beberapa minit...

 "Ah...awak bang yongguk kan?"

joongki memasuki bilik himchan dengan hanya memakai singlet dan seluar jeans pendek bewarna putih. Yongguk memandang joongki dengan lama sebelum menjawab.

"Yeah joongki hyung"

yongguk bangun dan menyalam tangan joongki.

"Tak payah la panggil saya hyung saya tak selesa "

joongki memberikan senyuman lebar pada yongguk.

"Yah..okay"

yongguk sambung duduk diatas katil . 

"Yongguk..."

Joongki memanggil yongguk,pandangan dia sukar ditafsir.

"Awak datang ke pulau ni sebab nak rasa pengalaman hantu juga ke?"

Yongguk terdiam. Apa maksud joongki?

Joongki yang sedar dengan riak wajah yongguk itu tergelak. Dia sedar bang yongguk tidak tahu bahawa tempat ini berhantu. Mungkin juga bang yongguk tidak sedar yang tempat ini pernah diviralkan dulu di internet sebagai hotel berhantu/pulau yang berhantu.

"Jadi..awak tak tahu yang..."

Dia membongkokkan badannya dan melihat muka yongguk dengan lebih dekat

"Berhantu?"

Yongguk mengalihkan pandangannya ke arah bawah.

"Joongki jangan main main"

Dia cuba bangun tetapi disekat joongki hingga membuatkan dia terduduk semula.

"Dengar saya tak main main"

Joongki memberikan pandangan serius pada yongguk. Tangannya memegang bahu yongguk.

"Saya datang sini sebab watak yang akan saya pegang dalam wolf boy,saya perlu menghayati watak"

Terang joongki.

"Kami datang sini sebab nak bercuti.."

Yongguk mengeluh.

"Tapi saya yang sebabkan mereka berada dalam keadaan begini.."

Joongki senyap. Dia sepertimasih ada rahsia yang disimpan


Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now