tidak puas hati

170 19 0
                                    

Semasa mereka semua sedang bersarapan jinwoo yang hilang untuk seketika mula menghadirkan diri. Dia menepuk kedua dua belah tangannya sehingga mereka semua diam.

Jinwoo: kamu semua boleh pergi ke dapur

Kata jinwoo pada tiga pelayan hotel yang berada disitu.

Zelo dan jongup yang masih lagi mengambil makanan kerana masih lapar cepat cepat duduk dikerusi.

Selepas pelayan pelayan tersebut pergi ke dapur jinwoo mula bersuara.

Jinwoo: Saya suruh kamu semua berkumpul disini kerana nak kasitahu sesuatu.

Yongguk: kami dah tahu. Kami semua ingat apa yg berlaku semalam.

Yongguk memotong cakap. Zelo memandang ke arah jinwoo. Zelo tahu yang jinwoo tidak suka apabila dia sedang bercakap ada yang mencelah.

Selepas menarik nafas yang panjang jinwoo mula menyambung kembali ayatnya

Jinwoo: semalam keadaan menjadi huru hara sebab kekacauan oleh makhluk halus yang mengganggu korang jadi..

Kwangsoo tergelak

Kwangsoo: Jadi apa? Kau nak panggil bomoh? Suruh halau hantu hantu tu semua? Karut!

Jinwoo tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Jinwoo: kalau begitu saya ingin terangkan yang sesiapa saja yang melanggar peraturan akan dikenakan denda rm300

Kwangsoo: gila ke! Sebab peraturan pelik macam tu kami kena bayar kalau langgar?!

Kwangsoo bangun dari tempat duduk.

Jinwoo: Gila kamu cakap? Saya buat semua ni sebab ada yang degil tak nak ikut peraturan dan saya nak kamu semua selesa sampai kamu semua balik.

Suasana senyap dan semua membatukan diri. Setiap orang seperti memikirkan sesuatu

Jinwoo: yang penting kamu semua tidak boleh pergi ke tingkat empat atau lima.

Yongguk: saya takkan pergi.

Yongguk mencelah kata sekali lagi

Jinwoo: baguslah kalau kamu dengar cakap.

Jawab jinwoo spontan.

Yongguk: sebab saya nak balik dengan kawan kawan saya hari ni juga.

Jinwoo membuat muka.

Jinwoo: balik? Tapi awak buat tempahan hotel ni untuk 4 hari 5 malam.

Yongguk mula bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah jinwoo

Yongguk: aku tak kira. Aku nak balik dan kau kena sediakan kenderaan untuk kami balik.

Yongguk menjadi kasar.

Jinwoo: kali ni kau kena rendahkan ego kau dan kali ni juga kau kena ikut cara aku. Dekat hotel ni aku ketua dan bukan kau

Yongguk menggetap gigi tanda geram. Dia sedikit tercabar apabila jinwoo mempersoalkan sikapnya seperti seorang ketua.

Nada jinwoo tidaklah sekeras dan sekuat yongguk tetapi maksud ayatnya sangat menyakitkan hati

Joongki: tapi kita orang yang bayar jadi kita orang boleh buat sesuka hati

Joongki yang hanya diam dari tadi mula bersuara.

Jinwoo: kamu bayar sebab untuk kami sediakan tempat tinggal dan makanan..tapi setiap hotel ada peraturan dia sendiri jadi kamu semua kena ikut.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now