Himchan masuk ke dalam biliknya sambil bercakap
Himchan: semalam aku mimpi aku jumpa dengan perempuan cantik.
Katil itu menjadi tempat dia baring. Senyuman terhias diwajahnya kerana bagi himchan mimpi itu indah sekali. Bila difikirkan semula mimpi itu macam realiti dan bukannya fantasi.Telefon diatas katil dicapainya sebelum melihat banyak miss called daripada yongguk
Himchan: apa la aku buat sampai tak sedar yongguk telefon banyak sampai macam ni..dan..kenapa lah yongguk ni telefon aku padahal bilik dekat je
Himchan tergelak.Telefon diletakkan semula diatas katil. Tuala diatas kerusi dicapainya sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
Pakaiannya ditanggalkan. Himchan terpandang ke arah cermin. Dia melihat dilengannya terdapat kesan lebam bewarna ungu. Kesan itu tidak dapat dilihatnya tadi kerana dia memakai baju berlengan panjang.
Himchan: ni sebab aku tidur dekat bawah meja ke
Matanya dipejam rapat. Dia cuba mengingati semula apa yang berlaku. Dia teringat lengannya ditarik kuat oleh seseorang
" Jangan pergi..."
Wanita itu memegang erat lengan himchan. Rintihan wanita itu yang memaksa himchan supaya tinggal dengannya
" saya kena pergi ..kawan kawan saya cari saya."
Himchan menarik kuat lengannya yang dipegang oleh wanita itu. Himchan berlari ke arah kepulan asap putih dan hilang.
" Da..eul!!!"
Jeritan kuat dari wanita itu menyedarkan himchan kembali. Dia bernafas dengan bunyi nafas yang kuat. Himchan memandang ke arah cermin dan berkata.
" Semalam tu bukan mimpi"
*********
Joongki menggerakkan kwangsoo supaya bangun. Beberapa cara digunakan joongki supaya kwangsoo bangun dari lenanya tetapi masih tidak berhasil.
Joongki: jangan cakap dia mati masa tidur
Suatu imaginasi buruk bermain dibenak fikiran joongki. Kalau si kwangsoo mati habislah dia masuk penjara kerana mungkin dituduh membunuh. Dah la semalam dia tak sengaja menumbuk kwangsoo sebab terlalu beremosi
Joongki menghalakan dua jarinya ke arah bawah hidung kwangsoo untuk mengetahui samaada kwangsoo masih bernafas ataupun tidak. Mulutnya terkumat kamit membaca doa
Joongki: sebaik bernafas
Joongki memegang lengan kwangsoo dan secara tiba tiba kwangsoo bangun sambil mengadu sakit
Kwangsoo: sakitlah tangan aku joongki
Joongki yang sedikit cuak mengundurkan badannya kebelakang.
Joongki: aku tak buat apa apa pun la aku pegang camtu je asal dengan lengan kau?
Kata joongki sambil memuncungkan mulutnya.
Kwangsoo: aku rasa sebab aku jatuh semalam lah terhentak kat lantai..rasa sakit lain macam.
Kwangsoo mengadu sakit yang masih lagi dirasainya.
Joongki: kau..kau kena kejar dengan hantu tu asal? Sebaik semalam aku nampak dan angkut kau bawa masuk bilik aku kalau tak tidur la kau dekat tangga kecemasan tu sejuk sejuk.
Kwangsoo: aku pun tak tau kenapa aku kena kejar sebenarnya. Takde sebab kot. Oh kau yang angkat aku terima kasih..
Kwangsoo tersenyum lebar pada Joongki dan joongki tidak membalas apa apa dia cuma melihat kwangsoo dengan pandangan yang kosong. Kwangsoo yang perasan dengan reaksi joongki tu terus berkata
Kwangsoo: kau asal pandang aku macam tu? Scary tau tak.
Kata kwangsoo yang agak takut dengan perubahan ekspressi muka joongki
Joongki: Aku akan jadi lagi scary kalau kau tak jawab soalan aku ni.Mana kertas jampi tu?
Kwangsoo mengalihkan pandangannya kearah lain. Dia sepertinya mula memikirkan sesuatu.
Joongki: yaahh kwangsoo aku cakap mana?
Joongki berang. Cepat benar joongki ini bertukar karakter.
Bahu kwangsoo dipegang joongki kasar. Dia memandang tepat ke arah kwangsoo.
Kwangsoo: sebenarnya aku mungkin..
Joongki: mungkin kau cakap?! Mungkin apa? Mungkin kau dah hilangkan?!!
Joongki menguatkan nada suaranya memotong bicara kwangsoo.
Kwangsoo menelan air liur beberapa kali sebelum membalas.
Kwangsoo: dengarlah dulu joongki.. aku rasa aku letak dalam jaket aku dan si jinwoo tu yang teramik jaket aku masa aku bergelut dengan dia dalam lif.
Pegangan dibahu kwangsoo dilepaskan. Joongki bergerak ke arah pintu bilik. Satu tumbukan diarahkan pada pintu geram.
Joongki: tak habis habis dengan budak jinwoo tu kau tengoklah nanti apa yang aku akan buat dengan dia.
" bunyi seseorang bercakap"
Joongki segera membuka pintu dan dia lihat tiada siapa didepan biliknya. Padahal tidak sampai seminit pun dia mendengar suara itu.
" Tadi aku ingat ada orang"
Joongki berkata didalam hati.
Kwangsoo: woi joongki asal kau keluar.
Joongki menutup pintu kembali
Joongki: kau pergi balik bilik kau dan mandi lepas tu turun ruang makan si jinwoo tu ada benda nak cakap.
Kwangsoo bangun dari katil dan keluar
Kwangsoo: pasal kertas jam..
Pintu ditutup sebelum kwangsoo habis cakap
Kwangsoo: kau ingat kau siapa nak layan aku macam sampah!
Kwangsoo meluahkan perasaan marahnya yang membuak buake
sambil berjalan ke arah lif
Diam tak diam rupa rupanya tindak tanduk kwangsoo diperhatikan.
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Mystery / ThrillerSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...