Zelo

59 4 0
                                    

"Aku tak sedar yang jinwoo tu sebenarnya anak pengurus hotel ni."

Zelo tergelak kecil.

"Sayang..dia anak lelaki tak guna tu"

Nampak luahan rasa kecewa pada riak wajah zelo. Ye la. Lelaki yang dia fikir seperti kawan baik tu rupanya memang anak pemilik hotel ini rupanya.

" Aku rasa mesti kau pun xsedarkan aku ni siapa?"

Zelo terdiam. Dia masih memandang seunggi. Dia cuba untuk meneka apa yang seunggi cuba katakan. Kenapa? Siapa seunggi sebenarnya. Kenapa sejak dari awal seunggi asyik mendesak zelo untuk selamatkan diri dan pergi. Kenapa riak wajahnya sedih tiap kali berbicara dengan zelo. Walaupun kadang kadang ada riak sinis diwajah.

"Kau percaya tak kalau aku cakap yang mereka langsung x salah?"

Seunggi kembali menolong jinwoo.Susah betul untuk menasihatkan zelo rupanya.Hatinya keras seperti batu. Seunggi menjadi sedih. Lihat saja muka zelo seunggi sudah berasa sayu dihati.

"Salah atau xsalah diorang adalah keturunan orang yang dah menyebab mak ayah aku mati"

Zelo masih menaruh dendam.

"Kau tahu zelo,semua yang jadi tu kadang kadang bersebab"

Seunggi bercerita dengan nada sedih.

"Kalau kau nak tahu....

*waktu dulu *

" Nama atuk ada dekat buku tu?"

Jaejin terkejut mendengar suara jinhwan menyebut nama atuknya. Dia tahu betul apa yang buku tu boleh buat. Atuknya ada kata yang bukan calang calang orang boleh mendapat buku itu. Buku itu amat berbahaya dan jika nama kita ada dekat buku tu habislah!

Jaejin pantas meninggalkan mereka yang lain. Wajah atuknya sudah terbayang diingatannya.

" Kenapa nama atuk"

Jaejin berlari sambil tidak mengendahkan seunggi yang mengikutinya dari belakang.

"Seunggi!"

Jinhwa menjerit nama seunggi.

seunggi terhenti.Dia memandang jinhwan yang masih terbaring diatas pangkuan jinwoo.

"Nama kau.."

Seunggi tersenyum.Dia tahu apa yang jinhwa cuba sampaikan.Seunggi terus meninggalkan mereka.

"Jangan pergi!"

Jin hwa menjerit,Dia tidak sangka dia menangis semahunya.Jinwoo hanya memandang tanpa berkata apa.

Semasa dikampung.

"Kenapa ni!!"

Jaejin melihat sekitar kampung habis marak dengan api.Tidak dia tahu kenapa mereka boleh menjadi begitu.

"Atuk!!" Jaejin menjerit nama atuknya.

Seunggi juga panik melihat keadaan yang huru hara dengan api yang marak.Aneh.Mana penduduk yang lain.Kenapa rumah mereka semuanya boleh terbakar.Seunggi terdengar seseorang merintih kesedihan. Dia cuba mencari bunyi tersebut.

"To..long.."

Perlahan kaki seunggi menapak.

"Siapa dekat sana?"

Seunggi cuba untuk memanggil.

"Seunggi..tolong.."

Seunggi terdengar suara yang dia kenal. Hara merupakan jiran seunggi.Dia berkahwin dengan orang bukan dari pulau ini. Sama seperti mak dan ayah jaejin,seunggi,jinwoo dan jinhwan.

"Hara!"

Seunggi melihat hara terdampar berdekatan dengan semak.Darah memenuhi ruang belakang badannya.Seunggi terus meletakkan kepala hara diribanya.

"Hara! Siapa buat semua ni dekat kau?"

Perasaan hiba mula hadir.Sedih.Siapa yang sanggup mencederakan ibu yang sedang sarat mengandung itu.Tidak berhati perut betul.

"Ketua kau.."

Hara menjawab sedih.

"Ketua?Kenapa dia buat begitu?"

Seunggi seperti tidak percaya dengan jawapan yang diberikan Hara. Walaupun dia tidaklah berapa suka dengan ketuanya juga.

"Hara kau kena kuat."

Seunggi bangun dan cuba untuk mencari bantuan. Tangannya digenggam kuat membuatkan dia terduduk kembali.

"Jangan bangun! Tolong..tolong aku lahirkan anak ni.Bawak dia pergi dari sini"

Hara merayu.Seunggi mematikan niatnya.Dia tidak reti untuk menjadi bidan tetapi Seunggi cuba dengan sebaik boleh.Berharap yang baby itu dapat dilahirkan.Mengambil masa yang lama untuk melahirkan baby itu.

"Hara,kau dapat anak lelaki"

Seunggi bersuara selepas baby itu selamat dilahirkan. Berpeluh dia menolong Hara melahirkan anak itu dengan sedaya upaya.

" hara?"

Seunggi melihat hara tidak sedarkan diri. Beberapa seketika hara perlahan tubuh hara mula  hilang. Tidak sangka Hara rupanya telah tiada. Seunggi masih kaku. Terkejut melihat apa yang berlaku. Apa yang perlu dia lakukan pada budak kecil yang masih ditangannya itu. Kot hitam yang dipakai seunggi dari tadi ditanggal. Dia cepat cepat membalut bayi itu dan bergerak ke arah bot. Dia tahu yang baby itu takkan selamat jika dia masih berada dipulau ini.Dia melihat doktor yang seperti ingin pulang menaiki kapal persendirian.

" Encik! Encik Hoshi!"

Seunggi berlari lari anak. Matanya memandang sekitar. Dia tidak mahu ada yang melihat.

" ye saya?"

Hoshi memberhentikan langkah. Dia tahu keadaan sedang darurat. Macam macam benda buruk boleh terjadi tapi dia tetap prihatin. Takut kalau ada yang memerlukan bantuannya.

" Tolong saya. Tolong jagakan budak ini untuk saya"

Seunggi seperti cemas.

" Apa maksud awak ni? Ni anak sape?"

Hoshi terkejut dengan permintaan seunggi yang seperti tiba tiba. Anak siapa yang seunggi berikan padanya untuk dijaga. Hoshi berasa sangsi.

" Encik kena tolong saya jaga budak ni. Nyawa dia dalam bahaya."

Seunggi menambah. Dia tahu ada sesuatu yang pelik terjadi pada orang kampung dia. Dia tahu juga benda buruk akan terjadi dipulau ini lambat laun sebab kehadiran gadis bernama min ah

" saya..saya akan jaga dia "

Hoshi melihat wajah bayi itu dan terus menerima pelawaan seunggi.

" Pastikan encik jangan pernah bagitahu sesiapa pasal bayi ni."

Seunggi berharap sangat Hoshi tidak membuat nyawa bayi itu dalam bahaya.

" Saya..saya sayang bayi tu"

Seunggi menahan rasa sebak. Dia teringatkan Hara yang telah pergi demi melahirkan budak kecil itu.

" Saya janji. "

Hoshi mengangguk faham.

" Terima kasih"

Kelihatan seunggi seperti sedang menahan sedih. Dia segera berlari sebelum dipanggil hoshi lagi

" Ikut saya. Keadaan dekat sini dah tak selamat."

Hoshi tahu mengenai kebakaran diperkampungan dekat dengan pulau itu. Dia ingin membantu Seunggi dan berharap seunggi selamat.

" Saya kena selamatkan kawan saya"

Hoshi terdiam. Dia melihat seunggi berlari sampai ke dia terus hilang dari pandangan mata.

" Jangan risau. Saya akan jaga anak ni"

Zelo memandang seunggi lama. Dada dia terasa sebak. Tidak sangka seunggi yang menyelamatkannya selama ini berada dihadapannya.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now