imbas kembali

147 16 1
                                    

Kwangsoo menarik beg luggagenya turun dari ferry yang dinaiki. Joongki sudah turun terlebih dahulu kerana dia hanya memakai beg sandang saja.

" Joongki tunggu lah aku "

Kwangsoo terasa cuak joongki berjalan cepat sangat meninggalkan dia. Menyesal pula dia bawa barang banyak banyak padahal mereka hanya menginap disitu sehari semalam je.

" Aku ingat ramai lah orang orang terkenal kat sini tapi ini apa gelap! Memang betul betul gelap la..jalan pun aku tak nampak "

Kwangsoo mengomel sorang sorang.

" Mana orang ya "

Joongki mula masuk ke dalam hotel. Dia melihat hotel tu yang kosong. Penyambut tetamu pun tiada dihadapan.

" Tiada orang ke hotel ni"

Jawab kwangsoo yang tidak henti bercakap.

" Memang tiada orang pun hotel ni "

Kwangsoo terlopong mendengar jawapan joongki.

" Apa maksud kau? hotel ni xde orang ?"

Fikiran kwangsoo mula berfikir yang macam macam.

" Memang la takde orang kan aku cakap dengan kau kita akan stay dekat hotel..dekat private island kwangsoo ..."

Joongki menjentik dahi kwangsoo

Kwangsoo yang terasa sakit didahi hampir saja menghadiahkan joongki satu penumbuk. Nasib baiklah joongki ini kawan dia.

" Maafkan saya "

Joongki dan kwangsoo terjerit bersama kerana terdengar suara yang kedengaran tiba tiba dibelakang mereka. Padahal tadi punyalah sunyi sepi sampaikan boleh dengar bunyi angin lalu.

Bila mereka toleh ke arah belakang. Seorang lelaki bersaiz kecil dan tinggi lebih kurang dengan joongki berada dibelakang mereka. Dia berpakaian suit bewarna hitam dan rambutnya yang kelihatan agak messy sikit. Matanya pula agak besar dan mukanya kecil.

Entah dari mana lelaki ini muncul mereka pun tidak tahu.

" Nama saya jin woo saya pengurus hotel dekat sini"

Beg yang dipegang tadi dilepaskan. Kwangsoo mendekati lelaki itu dengan lebih rapat.

" Saya nak tanya mana pekerja hotel dan semua orang?"

Soalan itu pula yang ditanya kwangsoo kepada jinwoo.

" Pekerja saya ? Hotel ni kekurangan pekerja. Hanya 6 orang saja yang kerja disini. Jadi kalau hotel kami tiada tetamu selalunya mereka pulang awal atau ada didapur..makan makan"

Kwangsoo tidak percaya.

" Makan makan? Tak ke pelik bunyinya tu? Lagi lagi asal plak tempat ni takde orang. Ni kan hotel lama?"

Kwangsoo mula bertanya macam detektif. Baginya tidak masuk akal hotel lama tiada tetamu.

Selalunya yang lamalah ada regular customernya.

" Hotel ni dah lama tapi dah lama juga tutup,kami baru buka dua tahun lepas..jadi tak ramai yang tahu tempat ni"

Kwangsoo menggaru garu dagunya. Dia masih lagi tidak percaya dengan kata kata jin woo.

Joongki membuka zip begnya. Dia tidak kisahkan perbualan kwangsoo dan jinwoo. Dia tahu benar perangai lee kwangsoo yang banyak cakap dan suka bertanya banyak. Telefon bimbit iphone6 dikeluarkannya.

" Jap,dekat sini takde line ke?"

Joongki bertanya apabila dia nampak bar di telefonnya kosong.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now