wake up

78 10 0
                                    


Suasana menjadi sunyi sepi. Sejak tadi pulau itu ditemani dengan hujan dan guruh berpasangan yang seperti tidak mahu pergi. Suasana didalam hotel yang pada mulanya ada kebisingan menunjukkan ianya berpenghuni kini sunyi sepi. Sesekali kedengaran bunyi tapak kaki dan bunyi pintu yang dibuka dan ditutup menjadi pemecah sunyi. Seseorang sedang mengerang kesakitan ditangga kecemasan.Rengekkannya seakan budak kecil yang baru saja dipukul dan meminta pertolongan.Yongguk dapat rasakan badannya terasa sakit saat dia terbangun dari jaga.Sakitnya bukan biasa biasa.Yongguk bukanlah seorang yang lemah.Dialah yang paling kuat menahan kesakitan dan jika melakukan aktiviti lasak badannya tidak sakit seperti ini.Digagahkan juga  yongguk untuk bangun untuk meminta bantuan.Entah kenapa dia rasakan badannya seperti baru saja dibelasah oleh seseorang. Bergetar sendi sendi badannya saat dia cuba untuk bergerak walaupun sedikit.Jujur kepalanya juga terasa sakit dan berpusing pusing. Perasaan pening dan nak muntah pun ada pada waktu itu mengalahkan orang mengandung. Badannya terasa dingin.Sejak tadi yongguk dapat rasakan bajunya basah. Tidak pasti apa yang membasahkan bajunya samaada bumbung hotel itu bocor ataupun baju yongguk dibasahi oleh peluhnya sendiri. Angin malam menghembus hembus badan yongguk sehingga dia berada dalam kesejukkan.Perasaan sakit, keliru,takut dan kesejukkan.Situasi yang paling teruk dihadapi oleh yongguk sekarang.Kalau boleh mahu saja yongguk menjerit kuat memarahi semua yang menyebabkan mereka terkandas dalam hotel ini dan jika difikirkan balik salahnya adalah berpunca dari yongguk juga.

"Kenapa ni"

Yongguk bertanya sendiri. Dia cuba mengingati apa yang berlaku sebelum dia pengsan. Yongguk keliru kenapa dia boleh berada ditempat ini sendirian tanpa ditemani rakan rakannya yang lain padahal baru saja tadi mereka semua berkumpul kecuali himchan, joongki dan si pelayan itu.Dia kenal sangat rakan rakannya walau seburuk mana pun perangai mereka tetapi  mereka jenis setia kawan. Mereka akan tetap bersama even benda buruk itu akan mengenai mereka. Beberapa saat ingatan itu dapat ditangkap di kotak fikiran yongguk.Apa yang dia ingat cuma  dia dapat rasakan ada seseorang yang cuba memegang tangannya didalam gelap.Yongguk yang naif pada masa itu hanya membiarkan saja.Semakin lama keadaan tangan yang sejuk itu seperti mengubah tempat. Perasaan sejuk beku itu meresapi tangan yongguk pula Dia tidak dapat bergerak. Mulutnya seakan terkunci dan dia melihat kilauan mata lelaki itu memandang ke arahnya.

"Kwangsoo..."

Yongguk teringat akan sesuatu.Pandangan mata kwangsoo agak liar pada saat itu lagipula matanya saja yang bersinar terang semasa didalam gelap. Paling pelik warna matanya pada waktu itu menjadi coklat.Agak keterlaluan kwangsoo dapat memakai contact lens dalam keadaan huru hara ini.Ditambah pula dengan senyuman sinis yang dihadiahkan kwangsoo padanya pada waktu itu.Tetiba sakit pula hatinya dan dia tidak mahu berdendam. Malas pula untuk memikirkan tentang kwangsoo yang sememangnya bermasalah sejak mula mereka berjumpa. Banyak pula wayang dan putar belit dalam setiap bicara kwangsoo. Entah betul atau tidak.Perasaan sakitnya menandingi perasaan marahnya pada saat ini.Setiap kali bergerak yongguk akan menjerit. Seakan dia berada berdekatan dengan pintu keluar kecemasan.Yongguk berdoa didalam hati banyak kali supaya ada orang yang menemukannya. Dia sedar dia tidak larat.

"Aku kena minta bantuan" yongguk meniup kata semangat pada diri sendiri.

Dia meraba didalam kelam malam. Pintu yang terbuka sedikit seakan memberi cahaya. Saat sibuk mencari jejak tangannya dapat merasa seseorang disebelahnya sedang terbaring. Perasaan berdebar debar hadir. Rupanya yongguk bukanlah berseorangan disitu dari tadi. Ada seseorang yang sedang "menemani " yongguk tanpa dia sedar. Dia menelan air liur. Yongguk cuba melihat tanpa bergerak. Kilat yang memancar dicermin membuatkan lelaki itu dapat dilihat.

"Youngjae?"

Suara yongguk tersekat. Dia dapat melihat darah membasahi muka youngjae.Yongguk terkesima. Sekali lagi kilat memancar. Kali ini yongguk dapat melihat berapa banyak darah yang mengalir dari badan youngjae sehingga mengenai badan yongguk. Patutlah dia berasa dingin tadi, rupanya air yang disangka mengenai bajunya adalah darah youngjae.

"Apa yang jadi sebenarnya?"

Yongguk tidak faham.Perasaan takut menjalar dalam dirinya. Dia cuba untuk menggerak youngjae tapi tidak  berhasil.

"Jae..bangun..bertahan aku tahu kau sakit. Aku pun sakit"

sepi. Tiada sebarang jawapan yang diberi.

Menggunakan segala semangat dan kudrat yang ada yongguk memukul mukul badan youngjae dengan harapan youngjae akan sedar tetapi tidak.Youngjae masih kaku dan tidak menunjukkan tanda yang dia akan sedar. Fikiran yongguk menjadi kusut. Dia memikirkan sesuatu dan melihat ikatan kain ditanggan yang melambangkan simbol cool.Yongguk menanggalkan segera ikatan kain ditangannya dan diikat ketat dikepala youngjae berharap ianya akan membantu youngjae sedikit sebanyak.

tangan kanan youngjae dipegang kemas.Yongguk berdoa.

"Jae.."

suara yongguk menjadi serak. Matanya ditakungi air. Perlahan air mata jantannya jatuh membasahi pipi. Semakin lama semakin deras.Bunyi seseorang yang tiba tiba menjerit kuat mengejutkan yongguk. Dia menggigil dalam ketakutan. Belum pernah yongguk berada dalam situasi yang sebegitu.Yongguk membatukan diri.Dia tidak bergerak mahupun bersuara.Matanya hanya ditutup serapat yang boleh. Kalau boleh dia cuba untuk tidak mahu mendengar sebarang bunyi lagi. Untuk beberapa minit bunyi jeritan itu semakin kuat. Sepertinya ingin mengganggu mental yongguk.Pegangan ditangan youngjae masih tidak dilepaskan.Dia tidak mahu meninggalkan youngjae jika sebarang benda yang akan berlaku disitu.Sepanjang masa itu yongguk hanya mendengar bunyi pernafasannya yang kedengaran kuat. Mungkin kerana perasaan takut,cemas yang menguasai dirinya pada ketika itu. Belum sempat perasaan cemasnya hilang yongguk terdengar suara orang menyanyi. Suaranya semakin lama semakin hilang.Lagu yang cuba dinyanyikan yongguk tidak dengar kerana dia cuba bercakap dengan dirinya sendiri pada waktu itu. Taktik itu digunakannya supaya tidak lebih takut.Kali ini dia cuba menguatkan mentalnya, fizikal yongguk sudah sakit. Apa yang dia ada sekarang hanya kekuatan dalaman. Jika dia tidak kuat mungkin dia akan menjadi gila.

Yongguk mengesut ke belakang. Badannya disandarkan dekat dinding.

Yongguk berasa takut. Dia menoleh ke sebelah kanannya kerana terasa dipegang sesuatu.Yongguk menjerit kuat kerana melihat lembaga dengan muka yang menakutkan memandangnya tepat. Kakinya tidak berhenti henti cuba untuk menendang ke arah lembaga itu yang seperti ingin merangkak ke arah yongguk.

"Pergi sana!! Jangan ganggu aku!!"

Dia menutup matanya dan menendang berkali kali sehingga yongguk terbaring. Siapa sangka jeritan yongguk sungguh kuat sehingga kedengaran bergema.Dia cuma berhenti apabila yakin bahawa lembaga itu tidak lagi berada dekat dengannya.Terasa seakan ngilu dikedua dua betis dan lutut yongguk pantas bergerak.

Lututnya dipegang kuat.

"Ah..sakit ..lutut aku.."  Yongguk masih lagi dalam keadaan posisi baring. Mukanya mengenai kepala youngjae dan sedar mukanya telah dilumurkan dengan darah tersebut secara tidak sengaja tetapi yongguk terlalu lemah untuk mengelap kembali.Sakitnya itu bertambah tambah kerana kemunculan lembaga yang tidak dijangka itu mengeruhkan lagi keadaan.Lututnya seakan dihiris hiris.

"Aku akan mati ke?"

Yongguk berbisik sendiri.Dia dapat mendengar bunyi hujan yang menitis nitis menimpa bumi.Memori memori lama mula bermai dibenak fikiran yongguk yang kosong itu.

Yongguk turut dapat merasakan denyutan yang sungguh luar biasa dilututnya yang membuatkan dia menjerit saat bergerak. Kedua dua lutut yongguk seperti tidak dapat dirasa apabila yongguk pegang kerana kesakitan yang amat sangat.Giginya berlaga diatas dan dibawah. Peluh dirasai mengalir dipipi. Denyutan jantung dan nafasnya yang sangat kuat dapat dirasai sendiri.Perasaan sakit yang sukar ditafsir. Perlahanpandangan matanya menjadi kabur. Ada kedengaran bunyi tapak kaki seseorang yang menghampiri mereka.Entah itu adalah petanda baik atau tidak yongguk sendiri tidak tahu. Yongguk cuba untuk menjerit tetapi tidak berhasil kerana dia sendiri sedang berada dalam kesakitan. Semakin lama bunyi tapak kaki itu semakin dekat dan selama itu juga pandangan yongguk semakin kabur. Bila bila masa saja dia dapat terlelap kembali.Seakan akan ada seseorang sedang bercakap dengannya tetapi yongguk tidak dapat mendengar.Pendengarannya sudah tertutup. Dia terlelap kembali. Berharap kesakitan yang dialami yongguk hilang saat dia sedar nanti.





                                                                     

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now