Tamat

97 11 2
                                    

" Jadi wish kau untuk tinggal disitu ke yongguk!"

Himchan memarahi yongguk didalam hatinya. Dia asyik berdoa yg yongguk berada diantara mereka pada waktu ini.

*******

Yongguk sedang memegang erat sesuatu dipoketnya yg diberikan zelo tadi.

" Aku harap. Aku dan kawan kawan aku selamat!"

Yongguk membuat hajat.

Zelo memberikan yongguk loket yg dicari kwangsoo dan joongki dulu. Rantai loket itu bernyala dengan cahaya yg terang dan membuatkan yongguk menutup matanya serapat yang boleh.

Yongguk melihat lelaki seperti lewat 40 an sedang berada didalam pejabat yang gelap. Dia sedang termenung menghadap komputer yang sedang bercahaya.

"Lelaki tu macam jinwoo"

Yongguk berbisik. Dia mendekati lelaki itu dengan perlahan.

"Macam mana awak boleh masuk?"

Yongguk terkejut. Lelaki itu seperti betul. Dia ingatkan dia masih lagi berada dalam mimpi seperti sebelum sebelum ini.

"Awak boleh nampak saya?"

Yongguk bercakap dengan muka yang tidak percaya.

"Awak merepek apa? Saya boleh nampak awak. Keluar dari sini! Kalau awak nak mencuri awak salah tempat"

Lelaki itu memarahi yongguk dan segera bangun dari tempatnya. Dia seperti mencari sesuatu didalam laci.

" Kejap..saya bukan pen.."

Yongguk terdiam melihat apa yang dipegang lelaki itu. Lelaki itu menghalakan pistol ke arah yongguk dengan pantas.

"Keluar atau saya akan tembak awak."

Yongguk hampir tergelincir kebelakang sambil jalan mengundur

"Saya tak tahu macam mana saya boleh ada dekat sini. Saya sebenarnya ada dekat hotel pulau private dengan kawan kawan saya. Jinwoo dengan "

"Jinwoo ?"

Lelaki itu menyebut nama jinwoo setelah yongguk sebut.

"Ye. Jinwoo. Dia yang dah bertukar jadi pelik dan..saya tak tahu mana kawan saya. Saya cuma buat wish yang kawan saya selamat tapi saya ada dekat sini"

Yongguk tidak tahu bagaimana untuk menerangkan keadaan sebenar pada lelaki yang mempunyai iras muka jinwoo tapi versi tua itu. Dia cuba cakapkan apa yang boleh.

" Awak pergi dekat hotel terbiar dekat pulau larangan tu ke?"

Lelaki itu mula meletakkan pistolnya kebawah.. kerusinya ditarik berdekatan meja..dia membuka lampu dan menyuruh yongguk duduk. Dia sepertinya berminat.

"Awak pergi dekat pulau dekat hujung bandar ni ke?"

Lelaki itu kembali menyoal. Seperti tidak sabar untuk mengetahui jawapan.

Yongguk melihat sekeliling.

" Hujung bandar?"

Yongguk bertanya lagi. Jujur. Dia pun tak tahu dia dimana sekarang.Lelaki itu menyebut nama tempat yang memang dekat dengan tempat mereka pergi..

"Ye. Saya dengan kawan kawan saya pergi ke pulau tu"

Yongguk mengiyakan.

"Ada apa dekat pulau terbiar tu? Masih ada orang lagi ke?"

Yongguk menggangguk dan selepas itu menggeleng.

"Saya...tak tahu macam mana nak cakap tapi mula2 ada je orang tapi lama lama baru sedar benda tu tak wujud."

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now