“ Kenapa mereka cakap ada sesuatu yang jadi semalam? Aku tak ingat langsung..yang aku ingat masa aku nampak cermin dekat tingkat empat tu”
Jongup berguling guling diatas katilnya. Dia memegang kepalanya yang beransur pulih. Dia tidak merasa sakit lagi. Telefonnya dicapai. Nombor rumahnya didail.
“ Tiada Talian ”
Hampir saja telefon itu dibalingnya kerana geram. Jongup berasa rindu sekali ingin menelefon emaknya. Sudah lama dia tidak bersembang dengan emaknya
“ Kejap boleh telefon kejap tak boleh telefon”
Jongup meradang.
Dia membuka perlahan pintu biliknya dan melihat kwangsoo dan joongki didepan bilik joongki. Mereka bersembang sambil memegang tali yang panjang.
“ dorang nak buat apa dengan tali tu?”
Nasib baik joongki dan kwangsoo tidak perasan dia sedang melihat mereka tadi.
Jongup mula rasa tidak sedap hati. Dia mengintai disebalik pintu sampailah kwangsoo dan joongki berjalan keluar selepas beberapa minit.“ Tali ...ahh biarlah ”
Jongup berjalan ke arah bilik himchan kerana bosan keseorangan. Yongguk kata padanya himhan juga tidak ikut mereka mandi dipantai.Dia mengetuk pintu bilik himchan hampir sepuluh kali tapi tidak dibuka.
“ Himchan!!! Kamu dekat dalam ke?!!”
Jongup menggunakan cara terakhir. Dia menjerit memanggil nama himchan namun masih lagi begitu. Pintu masih lagi tidak dibuka.
“ Dia pergi makan ke? ”
Jongup baru perasan jam sudah hampir pukul 11.00. Lama juga dia berbaring diatas katil. Padahal jongup rasa baru sepuluh minit saja dia baring dikatil
“ Cepat betul masa berlalu ”
Dia teruskan berjalan.
Semasa dia hendak menunggu lif jongup terdengar bunyi pelik seakan akan orang sedang bercakap berdekatan pintu tangga kecemasan.
Dia mendekati tempat itu dan bunyi pelik itu turut hilang.
“ Tadi aku dengar ada bunyi ”
Dia mula rasa tidak sedap hati.
Jongup berjalan setapak dua meninggalkan tempat itu sebelum terdengar kembali bunyi pelik itu. Paling aneh bunyi itu seperti beberapa inci darinya.
Jongup memandang ke belakang. Tiada sesiapa disitu. Dibelakangnya cuma jalan mati dan ada meja dan kerusi saja. Jantungnya mula berdegup kencang.
“ Takkanlah siang siang haripun ada ”
Jongup kaku. Dia tidak tahu ingin kembali memantau atau terus ke arah lif
“ Oi kau buat apa tu? ”
Himchan berada didepan jongup dengan membuat muka pelik.
“ Tak tadi .. Hyung kenapa saya ketuk pintu kamu tak buka?! ”
Jongup tidak mahu memberiahu hal yang sebenar pada himchan.
“ Kau merepek apa aku buka lah! Kau yang bla macam tu je lepas aku buka, aku panggil pun kau buat tak dengar je ”
Muka himchan nampak sangat bengang dengan jongup.
Jongup terdiam. Setahu dia himchan tidak buka pintu tu dan dia tak dengar pun suara himchan panggil nama dia tadi.
Jongup hanya mendiamkan diri.
“ ee..moon jongup kau kenapa? Kau sakit ke? Jomlah kita ikut diorang mandi pantai”
Himchan memegang tangan jongup sebelum dia lepaskan semula.
“ sejuk gila tangan kau”
Tangan jongup terasa sejuk seperti ais batu.
Jongup cuba memegang dahinya menggunakan tangan kanannya. Biasa. Tiada pun rasa sejuk seperti yang himchan katakan pada dia .
“ Dah la jongup jom cepat masuk kalau tak kau kena tinggal”
Himchan mula masuk ke dalam lif. Jongup mengikut dari arah belakang.
Jongup menutup kedua dua belah telinganya. Dia terdengar seperti bunyi lif sedang dicakar cakar dengan sesuatu yang tajam. Bunyi itu mengilukan sekali. Dia memandang ke arah himchan yang kelihatan agak biasa. Himchan seperti tidak mendengar bunyi itu seperti jongup. Ditambah pula himchan seperti bernyanyi nyanyi didalam lif.
“ hyung..”
Jongup cuba memanggil.
Pintu lif dibuka. Himchan keluar. Dia lihat jongup masih lagi didalam.
“ Jongup ...cepat keluar ”
Himchan memanggil jongup.
Jongup terus keluar dari lif. Bunyi ngilu itu pun turut hilang.
Dia menarik nafas panjang sebelum pergi mengikut himchan ke luar hotel.Himchan cuba menarik tangan jongup.
“ Eh pelik, tak sejuk dah tangan kau kat luar ni ”
Jongup tidak membalas. Dia sendiri tak faham apa yang sedang berlaku dekat diri dia.
Daehyun: oii koranngg cepatlah mandi!!
Daehyun memanggil mereka berdua dari jauh
“ Jongup jomlah mandi..kau ni asyik termenung je risau aku”
Himchan seperti risaukan jongup yang sepertinya pelik sedikit sejak pagi tadi.
“ ye la hyung ”
Jongup mengikut saja himchan.
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Mystery / ThrillerSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...