Macam mana hendak keluar?

130 10 0
                                    

Himchan hanya seperti kayu yang mendiamkan diri saja dari tadi. Dia berada didalam bilik yang sama seperti hari itu. Gadis yang bernama min ah itu keluar dan menyuruh himchan menunggunya disitu.

" Macam mana aku nak lari dari sini..pening betul"

Himchan berkata sendirian. Disebabkan dengan sikap tidak perasannya itu dia kini terperangkap kembali di tingkat lima seperti malam sebelumnya. Didalam fikirannya dia pasti mereka yang lain pasti cemas mencarinya dan yongguk pasti sedang marah dengan dia. Dia tahu kerana yongguk sudah mengingatkan dia sebelum ini bahawa jangan berpisah tetapi dia terlupa.

" Aku kena cuba juga"

Dia cuba mengintai keadaan diluar bilik. Terdapat ramai orang yang sepertinya bersembang antara satu sama lain. Mereka berpakaian dengan fesyen yang lama. Mereka bercakap sehingga suasana menjadi bising.

" Diorang ni hantu juga ke?"

Himchan berbisik. Kepalanya dikeluarkan sedikit dari pintu bagi memudahkannya melihat.
Sedang himchan leka mengintip kepalanya dilanggar oleh seseorang.

Himchan terduduk dan memegang kepalanya yang sakit tu. Entah siapalah yang sampai hati melanggar kepalanya. Pantang betul bagi himchan kepalanya diusik.

" Woi! Sakitlah!"

Himchan menjerit marah.

Apabila dia membuka mata semua orang yang bersembang dikoridor itu terdiam. Mereka memandang himchan dengan pandangan yang boleh kata seram. Mata mereka tidak berkedip walau sesaat pun. Himchan menelan air liur dia dapat rasakn mereka sedar siapa dia

Dengan perlahan seorang lelaki yang berbadan besar membuka langkah kecil mendekati himchan. Langkahnya diikuti mereka yang lain.

" Dapatkan manusia ituu"

Mereka memanggil manggil dengan ayat yang sama.

Himchan tidak dapat berfikir dua kali dia segera bangun dan menutup pintu.

Pintu hampir tertutup tetapi ditolak oleh mereka diluar. Jumlah mereka yang agak ramai menyukarkan himchan bagi menutup pintu itu sepenuhnya.

" Kenapa semua ni jadi dekat aku!!!"

Himchan menjerit kuat sambil menolak pintu dengan menggunakan seluruh tenaganya.

Pintu dapat ditutup dengan rapat. Himchan terus mengunci pintu bilik itu. Dia memegang bahagian dadanya. Dia dapat rasakan pergerakan jantungnya yang sedang bergerak laju.

Dahinya dibasahi oleh peluh kerana ketakutan tadi.

Semua yang jadi ini ibarat mimpu ngeri buat himchan. Dia perlu mengakhiri mimpi ngeri tersebut dengan usaha sendiri.

Pintu biliknya diketuk beberapa kali. Himchan tersentak. Dia segera mengundur kebelakang.

" sekarang apa pula"

Himchan berbisik dengan diri sendiri.

Tombol pintu kelihatan dipulas dari luar. Himchan menarik nafas sedalam boleh. Dia perlu bersedia dalam segala keadaan mustahil yang akan berlaku.

Pintu bilik itu berjaya dibuka. Bagaimana caranya himchan tidak tahu tapi apa yang dia pasti orang yang membukanya bukan manusia..

Min ah hadir disebalik pintu. Dia membawa dulang berisi makanan dan minuman. Senyuman manis dilemparkan pada himchan.. Pintu dibiarkan terbuka. Anehnya tiada lagi sekumpulan orang yang kelihatan menakutkan seperti tadi. Himchan memandang ke arah pintu yang terbuka tadi.

" Mana pergi mereka semua" dia berkata didalam hati. Baru beberapa minit saja tadi pintu bilik hampir dibuka mereka dan sekarang mereka hilang pula.

" Tadi saya ketuk pintu kenapa awak tak buka?"

Min ah bertanya dengan suaranya yang lembut

" Sebab tadi ada ramai orang yang tiba tiba nak masuk bilik ni tu saya kunci tu"

Himchan mengaku jujur. Minah seperti sedang berfikir.

" Kenapa?"

Himchan bertanya kembali. Min ah tidak menjawab.

" Macam mana awak boleh masuk?"

Himchan kembali dengan soalannya.

" Kan saya ada kunci"

Himchan mempamerkan muka tidak percaya. Min ah tidak memakai pakaian yang berpoket dan didulang itu pun tiada kuncinya.

" mana kunci tu?"

Himchan diselubungi dengan rasa ragu ragunya.

" Ada lah saya letak dekat ...awak ni nak tau sangt kenapa. Dah ni makan la makanan ni mesti awak dah lapar kan"

Min ah kelihatan mengubah topik.

Makanan diatas dulang dilihat himchan. Ayam goreng,sup,nasi putih dan air menarik nafsu makan himchan. Dia duduk diatas katil.Matanya tertarik pada juadah makanan itu. Tangannya memegang sudu dan bersedia untuk makan tetapi dia mematikan selera makannya itu. Sudu diletakkan kembali ke bawah.

" Aku tak boleh makan ni. Entah apa sebenarnya makanan ni ..aku tak boleh makan nanti mesti akan jadi lagi teruk "

Himchan berlawan dengan diri sendiri. Dia cuba untuk bertahan walaupun perutnya sudah beberapa kali berbunyi dan minta diisi.

" Kenapa awak tak makan"

Min ah memegang pipi himchan. Himchan menoleh ke arah lain sebagai signal dia tidak suka diperlakukan sedemikian.

" Awak ambil makanan ni dekat mana?"

Himchan bertanya dengan nada serius. Riak mukanya menunjukkan rasa tidak puas hati.

" Dekat bawah la "

Senyuman tidak lekang terukir dari wajah min ah.

" Jangan tipu saya boleh tak! Awak ingat saya tak tahu? Awak bukan manusia! Makanan ni..makanan ni entah entah halusinasi saya je "

Himchan menolak dulang itu sehingga terjatuh dan pinggan dan gelas hancur pecah berderai.

" Berani awak buat macam ni daeul "

Min ah berkata sambil air matanya mengalir jatuh ke pipi. Pada mulanya air matanya seperti biasa lama ke lamaan air matanya bertukar menjadi darah.

Himchan memandang ke arah pintu. Dia bersedia untuk lari. Pintu tiba tiba ditutup dan himchan berusaha untuk membuka pintu itu tetapi gagal. Pintu itu seakan dikunci dari luar.

" Lama saya tunggu awak daeul..lama..dan sekarang bila saya dapat jumpa awak lagi awak nak tinggalkan saya lagi?"

Himchan memusingkan badannya ke belakang.

" Saya bukan dae ul la ! "

Himchan menjerit kuat. Sakit betul hatinya dipaksa untuk mengaku sebagai orang lain..

" Awak dae ul "

Minah masih lagi berkeras.

" Mungkin lepas ni awak akan mengaku yang awak dae ul"

Dia mendekati himchan. Tangannya memegang kepala himchan.

Tidak lama selepas itu himchan mula rasakan kepalanya berat. Matanya berpinar melihat keadaan sekeliling. Matanya kelihatan kabur dan kepalanya kelihatan sakit.

Himchan terjatuh diatas lantai. Dia pengsan tidak sedarkan diri.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now