Mereka berdua turun makan akibat kelaparan
“ oi kwangsoo kau makan ke apa? Dah tiga pinggan kau lahap. Mula mula pasta, macaroni cheese lepas tu mee ni pun kau larat lagi makan? ”
Joong ki menegur kwangsoo mengenai gaya pemakanannya. Kwangsoo tidak membalas dia terus makan dengan khusyuk.
“ Kau juga yang tak ajak aku sarapan. Sekarang dah tengah hari dah aku makan la lebih”
Kwangsoo memberikan alasannya. Mee dihirupnya rakus.
“ Aku pun tak sarapan lah aku minum je”
Joong ki menjelaskan pada kwangsoo. Mungkin kwangsoo fikir dia makan pagi tadi padahal dia cuma minum.
“ Kau lain aku lain, kau kecik jadi kena makan sikit aku pulak tinggi kena makan banyak”
Kwangsoo masih lagi tidak mengalah dengan pendiriannya.
“ Suka hati kau la kwangsoo kalau kau gemuk ke apa nanti jangan mengadu dekat aku”
Joongki mula bangun dan beredar meninggalkan kwangsoo.
“ Ni jalan apa ni?”
Joong ki yang ingin melalui jalan itu mematikan niat dia apabila melihat tanda “ DILARANG MASUK” di letakkan ditengah jalan itu
Joongki mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.
“ Lupa la mana ada line dekat sini”
Jawab joongki.
“ Kau tak nampak ke tanda jangan masuk dekat depan kau tu”
Suara jin woo kedengaran dari belakang joong ki
Sinis saja bunyinya
“ Relaks la aku perasan kot. Aku cuma terlupa yang dekat sini takde line ”
Joong ki menjelaskan.
Jin woo seperti biasa. Hanya memandang dengan pandangan yang menakutkan.
“ Oh..okay aku pergi dulu.”
Joong ki menggaru garu kepalanya sambil berjalan kerana terlalu awkward dengan jinwoo.
Sampai saja didepan lif joongki meraba raba poket seluarnya.
“ Kejap..mana kertas tu..malam ni aku kena panggil lagi benda tu ”
Jika diikutkan dengan penjelasan bomoh yang joongki jumpa. Bomoh itu berkata joong ki perlu memanggil benda itu dua kali tidak lebih atau tidak kurang. Jika tidak sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Kali pertama memanggil adalah untuk memastikan benda itu ada disitu atau tidak. Kali kedua adalah untuk berkomunikasi dengan benda itu dan itulah tujuan joong ki sebenarnya.
Joong ki patah semula ke tempat yang dia lalui. Dia berjalan sambil matanya tajam memandang sekeliling. Mungkin kertas jampi itu tercicir semasa dia menyeluk tangan ke dalam poket seluar
Joong ki ternampak kwangsoo sedang bersembang dengan jin woo.
“ Oi joong ki ingatkan kau dah balik bilik tadi”
Kwangsoo menegur.
“ aku nak balik bilik tapi..”
Joong ki memandang jin woo.
“ Kau ada nampak tak kertas dekat atas lantai tadi?”
Joong ki bertanya pada jinwoo.
Jinwoo tidak menunjukkan sebarang reaksi.
“ Takde”
Joong ki mempamerkan muka tidak puas hati kerana dia yakin yang dia jatuhkan kertas berdekatan dengan tempat dia berjumpa dengan jinwoo.
“ kertas? Kertas apa?”
Kwangsoo mencelah.
“ Tiada apa jom kwangsoo balik bilik”
Joong ki mengajak. Dia sudah give up untuk mencari kertasnya yang hilang tu. Nampak gayanya dia perlu memikirkan plannya yang baru. Sudahlah dia kena balik malam ni juga. Tergendala sudah rancangan joongki.
**
“ Kau asal joongki dari tadi monyok je aku tengok”
Kwangsoo menegur joong ki yang sedang bersandar diatas sofa.
“ Kertas jampi tu hilang”
Joong ki berterus terang.
“ Kenapa kalau hilang pun bukan kau da baca ke tadi”
Kwangsoo mengagak. Dia memusingkan badannya memandang joongki sambil badannya yang masih diatas katil.
“ Kena dua kali la...”
Joong ki bercakap dengan nada yang panjang. Nampak sangat joong ki rasa sangat stress
“ Habis macam mana? Malam ni kita kena balik dah. Aku pun penuh lagi jadual sampai bulan depan”
Joong ki mengeluarkan bunyi tidak puas hati. Dia menggerak gerakkan badannya ke atas sofa itu.
“ Aku tak tahu biar aku fikir”
Kata joong ki . Dia memejamkan badannya sambil badannya bersandar diatas sofa.
Kwangsoo pula hanya bermain aplikasi game didalam telefonnya sementara menunggu joong ki berfikir
Selepas beberapa minit...
“ Aku ada rancangan. Kau cakap kau ada kawan yang rumah diorang kena kacau tu kan? ”
Joong ki tiba tiba bercakap. Kwangsoo yang sedang seronok bermain game terpaksa berhenti bermain dan memberikan tumpuan kepada joong ki
“ Oh ...group B.A.P kenapa dengan diorang?”
Kwangsoo dapat meneka siapakah yang dimaksudkan joong ki. Kwangsoo pernah ceritakan hal mereka kepada joong ki dulu.
“ Kau ajak diorang stay tempat ni. Pada waktu yang sama kita pun ada dekat sini, so si jin woo tu tak menang tangan la nak kawal setiap dari kita”
Joong ki menerangkan pada kwangsoo
“ Macam la diorang nak dengan rumah berhantu diorang lagi..aku rasa diorang tak kan tinggal sini la..sini pun aku kena kacau”
Kwangsoo membuat andaian. Kalau bagi dia pun dia tidak akan tinggal disini
“ Aku tak cakap kau kena bagitahu diorang tempat ni berhantu”
Joong ki membuat muka jahat. Kwangsoo yang berfikir seketika tiba tiba turut tersengih
“ Aku faham maksud kau”
********Sebelum pulang balik kwangsoo mencari cari loket itu didalam pasu yang dia simpan tetapi tidak dijumpai.
“ Siapa pula yang ambil ni”
Fikirannya menjadi kusut. Jika diikutkan pasti saja tiada siapa yang akan jumpa sebab tempat itu tersorok.
“ Nampak gayanya plan aku nak jual loket tu pun tergendala la”
Kwangsoo menarik rambutnya ke belakang
“ Aku pun kena ada plan kedua”

YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Misterio / SuspensoSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...