Bab 2

216K 1.5K 32
                                    

Aku tersedar dari lena bila mana ada tangan yang menggoncang tubuhku. Aku mengeliat. Selimut nipis itu aku tarik hingga ke paras dada. Berkira untuk menyambung tidur.

"Lia.... wake up. Times out. Kite dah nak balik ni." Baru nak sambung tidur, ada suara yang mengejutku. Aku membuka mata perlahan. Kelihatan Tasya sedang berdiri sambil memeluk tubuh.

"Kau nak apa?" Tanya ku tanda tak puas hati. Aku sangat letih.

"Balik la bodoh. Dah pukul 5 ni. Mummy dah tunggu kat luar tu. Cepat sikit. Sedap kau tidur yer." Jawab Tasha. Kedengaran ada marah disitu.

Aku bangun dari pembaringan dan pandang sekeliling. Eh, aku masih di kelab. Ingat kat bilik aku sendiri tadi. Aku memberikan sedikit senyuman pada Tasha yang sedang memandang ku.

"Sorry Sya. Aku ingat kita kat rumah tadi. Oh gosh!!!! Aku tidur bape lama Sya. Mampus aku. Tentu Mummy marah." Aku segera turun dari katil dan menyarung dress. Rambutku yang sedikit kusut aku betulkan. Lantas terus menarik lengan Tasya keluar daru bilik.

Kami keluar dari kelab bila Mummy Allen tidak kelihatan didalan.

'Mampus aku. Pasti kejap lagi pipi aku jadi mangsa tamparannya.'

Mummy Allen mencekak pinggang ditepi kereta. Wajahku dipandang lama. Tasya sudah lolos masuk ke dalam kereta.

"Hello princess..... sleep well?" Tanya Mummy Allen. Jarinya mengelus lembut rambut ku. Aku hanya membatukan diri. Menunggu tamparannya hinggap dipipi.

"Sorry mummy." Balasku.

"Its okay. Nasib baik dia bayar harga lena u. He such a good guy, right?" Aku menelan air liur. Mike bayar untuk masa tidur aku ke? Thanks god.

"Tapi.... kalau u tidur lagi. U tau kan apa yang I akan buat." Sambung Munmy lagi. Aku masih kaku. Mata masih memandang wajah didepanku. Tak berani menundukkan muka. Pantang bagi mummy bila sesiapa yang memalingkan muka bila dia sedang bercakap.

"Yeah.... I know. Sorry." Jawabku pendek.

"Bagus. Get in the car now."

Sampai ke apartment kami, aku terus mandi. Salin baju dan terus ke dapur mencari apa yang boleh dimakan.

Tasya masuk ke dapur. Wajahnya muram.

'Apsal pulak minah ni?' Bisik ku dalam hati.

"Lia.... aku tak sanggup lagi. Jom kite blah dari sini." Tasya memulakan bicara. Dia meneguk sisa air milo ku didalam cawan.

"Bukan ke kau yang sendiri datang menempah bala kat sini. Sekarang kau menyesal?" Balasku.

Ya. Tasya yang rela datang ke sini tanpa dipaksa. Berbeza dengan aku. Dia rela. Aku terpaksa. Dia ingat sini sekolah asrama? Boleh keluar masuk sesuka hati bapak dia. Sendiri buat sendiri tanggung.

"Correction. Terpaksa. Bukan rela. Kau pun tahu cerita aku kan. Habis kau tak nak blah dari sini? Kau suka? Mestilah kau suka kan? Tidur pun orang bayar harganya." Dalam berkata, sempat lagi minah ni memerli aku.

"Terpaksa macam aku ni, Sya. Baru terpaksa. Kau pun nampak dengan mata kau sendiri. Kau rela datang sini. Tak ada sape yang heret kau. Kau yang dengan RELA menyerah tubuh kau untuk dorang." Jawab ku marah. Sengaja menguatkan perkataan rela tu. Tasya mendengus kuat. Tak puas hati la tu.

"Kau nak aku ulang bape kali cerita aku, Lia. Sial la kau. Jadi selama ni kau tak percaya aku la kan?" Tasya turut meninggikan suara.

"Jadi kau nak salahkan aku? Kau yang pilih datang sini. Kau ada pilihan kau sendiri. Banyak kerja kat luar sana. Tapi kenapa tempat ni yang kau tuju. Sekarang kau nak blah? Kau ingat senang? Kau ingat ni sekolah belajar cara-cara bersetubuh ke? Lepas graduate, kau boleh blah? Bodoh." Balas aku. Geram. Marah.

Aku tahu Tasya terpaksa. Tapi dia ada pilihan. Orang banggang je buat pilihan macam Tasya buat. Otak letak kat lutut.

"Aku pun nak blah la dari sini. Kau ingat aku suka ke hidup macam ni. Aku sendiri tak tau bila bende bodoh ni akan berakhir. Berapa banyak dosa dah aku dapat. Aku nak menghadap tuhan aku pun, aku rasa jijik dengan diri aku." Aku membalas lagi tanpa sempat Tasha bersuara. Tasha terdiam. Kau hadam kata-kata aku tu.

Tasha dengan rela datang ke tempat jahanam ni. Dia terpaksa menyerahkan tubuhnya. Katanya, dia hidup sebatang kara. Macam aku. Ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan. Dan paling tak sangka, mereka meninggalkan hutang yang banyak untuk Tasya tanggung. Hari-hari 'along' datang menyerangnya. Kadang-kadang Tasha dikasari oleh kuncu-kuncu 'along'. Tasya tak sanggup lagi. Tempat kerja bertukar-tukar. Kerana mereka mengganggu Tasya disitu.

Oleh sebab tak tahan menanggung semua itu, Tasya datang ke sini. Meminta Mummy Allen membayarkan hutangnya dengan mempertaruhan harga dirinya dan nyawanya. Dan kini, hampir 5 tahun Tasya menghambakan diri di sini. Sekarang dia nak blah? Agak-agak Mummy Allen benarkan ke? Apatah lagi, Tasya salah seorang top G.R.O di kelab.

Celaka.

G.R.OWhere stories live. Discover now