Sudah seminggu aku tinggal di rumah Hakim. Aku masih dingin terhadapnya. Ditanya sepatah, aku jawab sepatah. Dia tanya berpatah-patah, aku tetap jawab sepatah. Tiada lagi isu perkahwinan yang dibangkitkan oleh Hakim. Dia melayan aku dengan baik sekali.
Setiap pagi, Hakim akan ke tempat kerja. Dan aku pula, akan keluar bilik bila dia sudah pergi. Bila dia pulang, aku terperap dalam bilik. Malam baru kami bersua muka. Itupun waktu makan malam. Hakim banyak bercerita tentang itu ini, tapi aku hanya mendengar.
"Lia, we need to talk." Kata Hakim saat aku ingin kembali ke bilik. Aku patah balik dan duduk di ruang tamu.
"Apa dia? " Soal ku dingin.
"Hmm.... Jadi, apa perancangan Lia? Dah seminggu Lia kat sini. Seminggu saya memikirkan hal ni. Saya dah tak tahu apa nak buat lagi. Saya buntu." Jawab Hakim.
"Awak dah beli saya, Hakim. Terpulang pada awak. Saya ikut. Kalau awak nak saya tinggal sini, saya ikut. Kalau awak nak saya keluar dari sini pun, saya boleh keluar." Hanya itu jalannya. Aku pun dah tak tahu nak fikir. Seminggu di sini buat aku mati akal.
"Kahwin dengan saya. Awak boleh mulakan hidup baru. Awak lahirkan anak-anak untuk saya. Saya janji saya akan menjaga dan bahagiakan awak." Gulp. Isu ni dibangkit lagi. Kali ni masuk pulak soal anak. Hakim.... Hakim....
"Berapa kali saya nak cakap, saya tak boleh kahwin dengan awak. Bukan dengan awak je, dengan lelaki mana pun. Susah ke nak faham?" Aku mula meninggikan suara.
"I know. But why? Awak perempuan dan saya lelaki. Awak tak percaya pada jodoh ke Lia? Awak patut bersyukur, masih ada lelaki boleh terima awak seadanya." Hakim mula bangun. Riak wajahnya tampak serius.
"Hakim.... tuhan pun saya dah tak percaya, apalagi jodoh saya. Ya....."
Pang....! Satu tamparan hinggap di pipi aku. Aku terkejut bercampur sakit. Cilaka kau Hakim. Aku menggosok bekas tamparan di pipi aku. Tak la sakit mana pun, tapi kerana orang yang menampar aku adalah Hakim, itu yang menambahkan kesakitan. Hakim menggengam rambutnya seolah terkejut dengan tindakkannya sebentar tadi.
"Sorry Lia. Saya tak sengaja." Hakim cuba menyentuh pipi aku. Aku menepis kuat tangannya. Tiba-tiba air mata aku tumpah. Aku menangis?
Belum sempat aku menghamburkan marah, pintu rumah Hakim diketuk. Kami berdua serentak menoleh ke pintu. Hakim bangun dan menuju ke pintu rumahnya. Pintu rumah dibuka dari dalam. Kemudian seorang wanita dan seorang lelaki masuk ke dalam rumah. Mereka berdua terkejut melihat aku berada di situ. Aku memandang Hakim.
"Mama, ni Lia. " Hakim memperkenalkan aku kepada tetamu itu. Wajahnya kelihatan risau. "Lia, this is my parents."
"Along.... along tahu tak apa along buat ni? Berdua-duaan dalam rumah." Kata Puan Aminah. Wajah Hakim di tenungnya.
"Hmm.... Lia, salam." Itu sahaja yang mampu Hakim katakan. Aku masih dalam mood terkejut. Terus aku bangun dan bersalam dengan keluarga Hakim. Mereka memandang aku dari atas ke bawah. Waktu itu aku hanya memakai sleeveless dan shortpant sahaja.
"Anak, boleh tak tinggalkan kami bertiga untuk berbincang." Encik Sofian bersuara. Aku hanya senyum dan menggangguk.
"Tunggu, Lia." Hakim menahan aku dari melangkah.
"Mama.... Papa... kami nak kahwin." Kata Hakim. Tersentak aku dibuatnya. Hakim buat hal lagi. Ibubapa Hakim nampak terkejut dengan permintaan anaknya. Mereka terdiam. Mamanya mengurut dada.
"Along, papa tunggu kat rumah malam ni jugak. Datang seorang. Kami balik dulu." Encik Sofian meminta diri untuk pulang. Puan Aminah hanya mengikut suaminya tanpa memandang kepada kami.
Hakim menghantar mereka ke pintu. Selepas mereka dah pergi, Hakim kembali ke ruang tamu. Dia kelihatan risau sekali. Dia hanya duduk dan seperti memikirkan sesuatu.
"Aku tak nak kahwin." Kata aku pendek.
" Tolonglah Lia.... Jangan tambah masalah saya lagi. Please....." Rayu Hakim. Matanya merah.
" Kau yang timbulkan masalah ni. Aku serius..... AKU TAK NAK KAHWIN!!" Aku mula menjerit. Entah syaitan mana merasuk aku. Aku bukanlah seorang yang pemarah.
Hakim bangun kerana terkejut.
" Stop it, Lia. Okay..... kalau kau tak nak kahwin, kau ganti balik duit aku 100 ribu yang aku dah bagi pada amoi tua tu. Perempuan tak pandai bersyukur! Cukup bagus aku dah keluarkan kau. Kenapa? Kau suka sangat ke tayang tubuh kau pada jantan-jantan kat luar sana? Pergi sana!!! Tapi bayar balik duit aku! Kalau tak, jangan harap aku nak lepaskan kau." Hakim melepaskan kemarahannya. Dia lantas terus keluar dari rumah itu
Aku terkejut. Badan aku menggigil mendengar jeritan Hakim. 100 ribu? Itu harga kebebasan aku? Kenapa Hakim sanggup bergadai demi aku? Apa istimewanya aku? Aku hanya seorang G.R.O. Tak layak hidup bahagia.
Aku menangis. Ya. Aku menangis setelah sekian lama aku mengeraskan hati aku demi teruskan hidup. Aku menangis kerana aku rasa bersalah. Aku menangis kerana kemarahan Hakim. Aku menangis kerana ada lagi orang yang baik di dunia ini.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)