Bab 48

82.8K 1.2K 70
                                    

Aku jatuh melutut ke bawah. Pipi aku yang terasa sakit dan kebas aku pegang. Air mata turun dengan laju. Aku menangis di tepi dinding. Sampai hati kau Hakim buat aku macam ni. Sampai hati kau mempersoalkan siapa aku. Bukan ke kau tak kisah siapa aku?

Kau mungkir janji. Sebab inilah aku tak nak kahwin dengan sesiapa. Sebab benda macam ni lah yang akan buat hubungan kita berantakan. Tapi aku tak sangka begitu cepat ia berlaku sedangkan perkahwinan kita tak sampai 3 bulan lagi. Begitu hebat dugaan Mu, Ya ALLAH.

Belum sempat aku menceritakan segalanya, kau sudah menuduh aku yang bukan-bukan. Tapi macam mana dia tahu tentang kejadian siang tadi? Tentu Mike yang bagitahu. Sial punya Mike. Tak dapat aku, kau main kotor pulak.

Apa aku nak buat sekarang? Hakim mesti tak mahu dengar penjelasan aku. Mungkin muka aku pun dia tak mahu pandang. Aku menangis dengan kuat lagi. Sakit sangat. Sakit kerana Hakim tidak mempercayai aku. Sakit kerana kata-katanya. Sakit kerana dia masih anggap aku sebagai pelacur.

Selepas tangisan aku reda, aku bangun ke bilik air untuk mengambil wuduk. Tiada apa yang harus aku buat melainkan mengadu dan berdoa kepada ALLAH. Disebabkan telekung ada di dalam bilik Hakim, aku memakai jubah yang mama berikan. Kemudian aku menyarung stokin dan memakai tudung. Aku bentangkan sehelai tuala bersih ke lantai untuk dijadikan sebagai sejadah. Moga amalan aku diterima.

Aku terjaga dari tidur. Rupanya aku masih di atas lantai. Mungkin aku terlelap ketika berzikir selepas solat. Aku lihat jam di handphone. Sudah pukul 6 suku. Segera aku mengambil wuduk untuk solat subuh.

Selepas solat, aku keluar dari bilik. Pintu bilik Hakim aku pandang. Masih tertutup rapat. Lantas aku menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Aku tahu mungkin Hakim tidak akan menjamah makanan yang aku buat, tapi mana tahu kalau dia lapar sangat. Tak la aku kalut nak menyediakan sarapan nanti. Lagipun, malam tadi dia tak makan apa pun.

Selesai memasak, aku menuju ke biliknya. Jam sudah ke angka 8 pagi. Selalunya waktu ini dia sudah keluar bersarapan. Aku berdiri di depan pintu. Aku cuba mendengar sekiranya ada sebarang bunyi dari dalam bilik, tapi sepi. Aku masih teragak-agak untuk mengetuk pintu. Takut dihamunnya lagi. Selepas beberapa minit, aku beranikan diri untuk mengetuk. Selepas beberapa ketukan,tiada suara yang menyahut. Hakim ni ada ke tak dalam bilik ni.

Aku cuba membuka pintu. Klik. Pintu boleh dibuka. Eh, tak kunci. Aku menjengahkan kepala sedikit untuk melihat ke dalam. Rupanya Hakim masih tidur. Aku tolak pintu dengan perlahan dan masuk ke dalam bilik. Perlahan-lahan aku mendekati Hakim yang sedang lena. Aku duduk melutut di tepi katil. Wajahnya aku tenung.

'Rindunya saya dengan abang.' Bisik ku dalam hati.

Jari aku hinggap di pipinya. Eh, panas. Terus tapak tangan aku menyentuh dahinya. Demamlah. Panas sangat badan dia ni. Aku mula panik. Tak tahu apa yang ingin aku lakukan. Aku pula jenis memang jarang demam. Setahun sekali pun payah nak demam. Setakat selsema batuk tu je la.

Aku duduk di sebelahnya. Aircond aku matikan. Dah la demam, duduk dalam sejuk lagi. Bebel aku sendiri.

"Abang.... Abang demam ni. Bangunlah. Jom pergi klinik." Aku cuba mengejutnya. Badannya bergerak sikit. Matanya terbuka sedikit. Mungkin terkejut melihat aku di sebelahnya, terus tangannya menepis tangan ku. Hish.... Sakit pun masih kuat lagi.

"Abang.... Janganlah degil. Jom pergi klinik. Saya risaulah." Pujuk aku. Matanya terpejam lagi.

"Keluar.... Jangan sentuh aku. Jijik aku." Jeritnya lemah. Aku terpana mendengar kata-katanya. Hati aku sedikit terguris tapi aku cuba untuk senyum.

"Tak pe kalau abang nak marah saya pun, yang penting kita pergi klinik dulu." Kata aku.

"Keluar!!! Aku sakit sebab kau, sebab tu aku nak kau keluar. Makin sakit aku dibuatnya. Keluar!!" Jerit Hakim lagi. Aku terus bangun dan berlalu pergi tanpa berkata apa. Sempat lagi aku menutup pintu biliknya.

Aku menyembamkan muka ke bantal. Aku menangis semahunya. Tak tahu apa lagi yang perlu aku buat. Melihat dia kesakitan membuatkan aku bertambah sedih. Mungkin betul katanya, sebab aku dia sakit. Perlukah aku keluar dari sini? Adakah aku patut terima balasan aku kerana menipu suami sendiri?

Aku masuk semula ke biliknya sambil membawa dulang berisi segelas air dan semangkuk bubur yang baru aku masak. Panadol yang aku jumpa di dalam kabinet dapur pun aku bawa sekali. Hakim sedang tidur lagi. Dulang itu aku letakkan di meja sebelah katil. Handphone Hakim yang berada di atas lantai aku ambil dan aku mencari nombor telefon mamanya. Aku masukkan nombornya ke dalam handphone aku. Kemudian aku letakkan kembali handphone Hakim di atas lantai. Mujur dia tidak sedar.

"Abang.... Abang....  Saya ada bawakan makanan ni. Ubat pun ada, nanti abang makan ye. Saya tau abang tak nak tengok muka saya. Saya minta maaf ye. Saya keluar dulu. Abang jaga diri baik-baik tau." Aku terus keluar dari bilik tanpa menoleh ke arah Hakim lagi. Air mata yang menitis, aku sapu.

Selepas menghantar pesanan kepada mama, aku terus mengangkat beg baju yang sudah aku sediakan sejak dari tadi lagi. Aku tak mahu tinggal di sini lagi. Kalau ini yang Hakim nak, aku turutkan. Rasanya Hakim pun tak mahu dengar penjelasan aku. Dia lebih percaya apa yang dia nampak. Tak apalah, aku redha.

Setelah memastikan keadaan rumah sempurna, aku terus menuju ke pintu rumah dengan cepat. Aku takut terserempak dengan mertua aku. Tentu masalah lain akan timbul pula.

'Abang, maafkan saya.' Aku pun melangkah keluar dari rumah tanpa hala tuju.

G.R.OWhere stories live. Discover now