Bab 11

134K 1.8K 45
                                    

Encik Hakim membawa aku ke restoran barat untuk menjamu selera. Aku begitu tersentuh akan layanannya. Juga rasa gembira. 3 tahun aku di kota besar ini, ini kali pertama aku makan di luar. Selalunya aku akan masak atau Mummy Allen akan menyuruh orang suruhannya membelikan makanan.

Ini juga kali pertama aku makan makanan mewah. Ada beef steaks, spaghetti dan juga chicken chop. Memang sedap. Aku begitu teruja dapat menikmati semua hidangan. Nampak tak aku begitu jakun dengan ini semua. Masa kat kampung dulu, mana pernah makan ni semua. Paling mewah, ayah akan bawa balik KFC. Itu pun jarang sekali dapat merasa.

"Seleranya makan sampai tak ingat saya kat depan ni." Kata Encik Hakim. Alamak!! Malunya. Gelojoh sangat ke aku makan?

"Ops, sorry. Dulu tak mampu nak makan macam ni. Ada orang belanja, tak kan saya nak malu-malu. Rugi oooo!" Seloroh ku. Cuba menutup malu.

"Baguslah kena dengan selera awak. Nanti saya bawak datang sini lagi." Kata Encik Hakim sambil menghulurkan tisu.

Wah!! Nak bawa aku lagi? Nampaknya ni bukan kali terakhir dia bawa aku keluar. Yes! Sorak ku dalam hati.

"Jom tengok movie." Ajaknya.

"Hah? Movie?" Soal ku terkejut. Ingat terus ke bilik. Hehehe....

"Yelah. Tengok wayang."

"Saya tau la movie tu tengok wayang. Ingat saya ni tak tau speaking ke? Saya ingat kita nak terus ke rumah awak... ke atau hotel ke...." kata ku teragak-agak. Dia ketawa perlahan. Ingat kelakar?

"Cik Lia nak pergi rumah saya ke?" Soal Encik Hakim. Dia merenung tepat mata ku. Ah tidak...!! Kenapa aku berdebar-debar ni?

"Erm.... erm.... saya.... cuma ikut Encik Hakim je. Saya dibayar." Jawapan selamat aku berikan.

"Sebelum tu, stop call me Encik Hakim. Panggil je la Hakim." Pintanya.

"And call me Lia without cik kt depan." Pintaku pula. Adil dan saksama.

"Deal. Okay Lia, jom tengok movie." Dia menghulurkan tangannya.

Aku menyambut tangannya. Rasa bahagia datang menjengah lagi. Rasa bangga bergandingan dengan Encik Hakim. Ops.... Hakim. Dah la hensem. Gayanya seperti budak muda zaman sekarang. Malam ni dia memakai t-shirt berkolar dan berseluar jeans. Rambutnya di pacakkan. Alahai.... melting tau.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi ketika kami keluar dari panggung wayang. Hakim cadangkan kami ke restoran mamak untuk menikmati secawan teh panas untuk menghilangkan rasa ngantok dan kesejukkan angin malam.

"Lepas ni kita ke desaru jom." Hakim memulakan perbualan setelah kami hanya berdiam diri menikmati teh tarik. Desaru? Jauhnya. Aku ni memang dibayar untuk jalan-jalan ke? Oh ya, desaru banyak hotel dan chalet. Mesti dia nak check in di situ.

"Saya ikut je." Jawab ku pendek.

"Cepat habiskan. Nanti lambat pulak sampai."

Huish.... tak menyabar pulak mamat ni. Aku tak lari manalah. Kami kembali masuk ke dalam kereta. Hakim memandu dengan tenang. Tak laju tak juga perlahan. Dan dia kembali senyap. Mungkin dia tak suka berbual dalam kereta kot. Aku mula rasa mengantuk. Dan akhirnya aku tertido.

Aku tersedar dari tidur bila rasa tiada pergerakkan kereta. Aku membuka mata perlahan. Hakim tiada di tempat pemandu. Mana pulak mamat ni pergi, dah la gelap. Aku mula rasa takut. Aku ni diculik ke? Aku sudah berfikir macam-macam. Tiba-tiba pintu sebelah pemandu dibuka dari luar. Hakim masuk sambil tersenyum pada ku.

"Kita dah sampai, jom turun. Saya nak buat unggun api." Kata Hakim.

Hah? Unggun api? Tak faham. Kita kat mana ni. Dah la gelap gelita. Bukan sepatutnya kita dah check in mana-mana hotel ke. Pelbagai soalan datang di fikiran aku tika ini. Tapi akhirnya aku mengangguk dan membuka pintu.

G.R.OWhere stories live. Discover now