Hari ini hari pertama Hakim mula bekerja di tempat baru. Aku begitu teruja menyiapkan pakaiannya, buat breakfast. Oh ya, tiada lagi burger telur. Pagi ini aku masak nasi goreng untuknya. Pastilah resipi dari pakcik google. Aku masih budak baru belajar. Nasib baik mak mertua tak pernah suruh aku masak. Kalau tak, pasti malu.
"Hai sayang, masak apa hari?" Aku disergah Hakim ketika sedang menghidangkan sarapan pagi. Pinggang aku dipeluknya kemas.
"Nasi goreng pakcik google." Jawab aku. Hakim ketawa mendengar nama resipi.
"Pakcik google sayang mesti chef yang terbaik kan? Bau je dah buat abang kenyang." Gurau Hakim. Leher jinjang aku diciumnya.
"Mestilah. Kalau tak de pakcik google, dapur ni tak berasap tau. Eh abang ni, lepaslah....saya nak buat air kejap." Aku cuba melepaskan diri. Tapi pelukannya bertambah erat.
"Kejaplah.... Buat hilang rindu. Dah 2 bulan kita berdua je, tetiba terpisah kejap buat abang tak senang duduk je nanti." Hakim cuba merayu.
"Dah, abang tak payah mengada sangat. Pukul 5 nanti abang dah balik. Nak peluk saya ke, nak gomol saya ke, saya tak kisah pun. Sekarang ni duduk sini diam-diam." Aku berjaya lepaskan diri. Aku dudukkannya di kerusi dan terus ke dapur. Selepas menyediakan air nescafe kegemarannya, aku bawa ke depan. Eh, cepatnya makan.
"Abang ni biar betul.... Dah siap makan ke?"
"Dah sayang.... Bau nasi goreng ni buat abang tak tahan. Tu yang laju je tangan ni menyuap." Kata Hakim. Aku hanya menggeleng kepala.
Aku hantar Hakim ke muka pintu. Aku salam tangannya dan dia mencium dahi aku. Tak sangka, selalu tengok tv je adegan isteri hantar suami nak pergi kerja. Hari ni dia sudah rasai pengalaman itu. Kelakar pulak rasanya. Mana Lia yang brutal tu oii.....
Selepas Hakim sudah keluar, aku segera mencapai handphone. Segera nama Imran aku cari. Bukan sebab aku rindu dia, tapi Imran dah janji nak bagi aku berbual dengan Adam.
"Assalamualaikum, Im..... " Kata aku sebaik talian aku dijawab.
"helo.... Ni ciapa?" Ada suara budak kecil yang menyambut. Suara budak lelaki yang pelat bercakap. YA ALLAH, Adam ke tu? Air mata aku menitis.
"Hello.... Adam ke tu? Comelnya suara Adam, mesti Adam pun comel jugak kan?" Kata aku. Entah Adam faham ke tidak. Tapi selepas itu kedengaran suara Adam ketawa. Aku tersenyum sendiri. Aku menjadi semakin rindu dengan Adam. Kalau boleh, sekarang juga aku ingin ke sana.
"Lia....kiteorang dengar melalui loadspeaker ni. Mak pun ada." Suara Imran pula kedengaran. Mak Eton pun ada? Nampaknya Imran sudah ceritakan pada maknya.
"Assalammualaikum, Mak Eton. Mak Eton sihat? Rindunya Lia pada Mak Eton."
"Waalaikumsalam Lia. Mak Eton sihat. Bila Lia nak balik sini? Baliklah kampung kalau Lia rindukan kami." Jawab Mak Eton. Mendengar saja suara Mak Eton, air mata aku mengalir lagi. Tak terbalas jasanya kerana menjaga Adam selama ini.
"Insyaallah..... Kalau ada jodoh, kita akan berjumpa. Terima kasih Mak Eton kerana menjaga Adam. Lia malu sangat sebab susahkan semua."
"Tak pe, Mak Eton tak kisah. Mak Eton gembira dapat tahu yang Lia selamat. Erm... Lia, nanti kita berbual lagi ye... Adam ni merengek pulak nak susu." Aku dapat mendengar rengekan Adam. Kesian Mak Eton melayan karenah Adam. Mesti orang tua tu penat melayan budak kecil. Rasa bersalah pula hati ni.
"Lia....bila kau nak balik sini. Aku tak kan tanya ke mana kau pergi selama ni. Cukuplah kau datang sini jenguk Adam. Kalau kau nak amik dia sekali pun, aku tak larang. Bukan aku tak suka dia ada di sini, tapi dia perlukan kasih sayang kau. Lagipun, aku akan berkahwin tak lama lagi." Imran bersuara.
"Wah, kau nak kahwin ye? Tahniah, Im. Erm.... Aku faham. Insyaallah, aku akan usahakan. Aku minta masa sikit lagi. Aku pun malu banyak susahkan kau. Sorry Im." Jawab aku.
"Aku tak kisah. Aku sayang Adam macam anak aku sendiri. Tapi aku harap kau faham, aku kena jaga hati bakal mertua aku. Mak pun bukan sihat sangat sekarang ni." Terluah juga kata hati Imran. Aku mengangguk walaupun Imran tiada di depan aku.
"Okay, aku faham. Aku tak salahkan kau. Bagi aku masa sikit lagi. Nanti aku call balik. Assamalamualaikum.... " Aku terus matikan talian.
Matilah aku!!! Macam mana aku nak beritahu Hakim. Aku tak dapat jangka apa reaksi Hakim nanti. Boleh ke dia terima Adam? Kalau dia tak boleh, macam mana? Haruskah aku berpisah dengannya? Banyak kemungkinan yang aku fikirkan.
Aku bangun dan menuju ke bilik. Kotak rokok menjadi sasaran aku. Tabiat aku bila aku dalam keadaan tertekan. Rokok ni pun entah apa dah rasanya. Dah dua bulan kot rokok ni tak habis-habis. Aku cuma hisap bila aku dalam keadaan tertekan je. Entah bila nak habis. Teringin nak berhenti tapi aku perlukan ia ketika keadaan aku seperti sekarang. Insyaallah, perlahan-lahan aku akan cuba berhenti. Hakim pun dah mula membebel.
Aku kembali duduk di ruang tamu. Masih memikirkan cara untuk beritahu Hakim. Hati aku pula tak sabar nak jumpa Adam. Aku pernah meminta gambar Adam, tapi Imran tak bagi. Katanya, dia ingin aku melihat dengan mata aku sendiri. Imran memang sengaja mendera perasaan aku.
Akhirnya aku tertidur di atas sofa. Aku tersedar bila handphone ku berbunyi. Hakim yang menelefonnya. Lekas aku menjawapnya. Rindu pada sang suami.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)