Bab 46

84.7K 1K 15
                                    

Sudah seminggu berlalu, aku masih tidak memberitahu hal berkenaan Adam kepada Hakim. Sepanjang minggu aku resah. Nasib baik suami aku tu sudah bekerja. Bila dia ada di rumah, aku berpura-pura jadi isteri yang gembira dan manja. Padahal, dalam hati ini penuh dengan pelbagai soalan. Sejujurnya aku takut memberitahunya.

Setiap kali aku ingin menceritakan hal Adam, pasti tak jadi. Aku takut sangat. Andai kata Hakim dapat menerima, adakah keluarganya dapat menerima juga? Nanti aku dituduh sebagai seorang penipu pula. Kalau ikutkan, memang aku menipu tapi semuanya bersebab. Lagipun, aku memang tak pernah memikirkan hal Adam. Cuma apabila terserempak dengan Imran hari tu, aku jadi serba salah pada Imran dan keluarga.

Arghh.... Serabut kepala otak aku ni. Boleh gila jadinya. Apa kata aku keluar jalan-jalan. Boleh tenangkan fikiran. Lagipun, Hakim jarang bawa aku ke shopping mall. Boleh juga aku tenangkan fikiran. Aku mencapai handphone.

'Abang, saya nak keluar boleh? Boringlah duduk rumah.... Plzzz :)'

Aku menekan butang send. Harap Hakim bagi aku keluar. Kemudian, ada bunyi tanda pesanan masuk. Aku buka.

'Dengan siape? Naik ape? Nak pergi mane?'

Amboi.... Banyaknya soalan. Macam polis pulak..... Segera aku membalas.

'Bolehlah abang.... Sayang boring ni. Sayang naik teksi sorang. Kalau abang bagi, ingat nak pegi angsana ke city square ke.... Boleh ek?'

Sengaja aku menggedik bersayang-sayang. Mana tau suami ku bagi kebenaran.

'ok.... Jangan balik lambat, kalau pape call abang terus. Duit belanja ada dalam laci bawah buku. Take care.... Love u. Abang bz ni.... "

Yeay!!! Aku terus mandi dan bersiap. Duit belanja aku tak ambil memandangkan aku masih punya duit yang diberikan Mummy Allen. Cukuplah kalau setakat nak beli peti ais baru.

Aku sampai di City Square setengah jam kemudian. Mungkin hari ni hari bekerja, jadi tak ramai orang yang ke sini. Aku juga biasa di sini memandang sebelum ini Mummy Allen selalu membawa kami ke sini untuk membeli baju baju seksi yang baru. Rasa seronok pula jalan sorang-sorang tanpa ditemani sesiapa. Bebas keluar masuk mana-mana kedai yang aku mahu. Sempat juga aku mencapai beberapa barang peribadi.

Penat berjalan, aku singgah di starbuck untuk membasahkan tekak. Menyesal pun ya minum disini, mahal sangat harga air coffeenya. Benda dah order, terpaksalah bayar. Fuh.... Lapang sikit kepala ni. Rasa tenang sekejap. Walaupun aku tahu balik nanti pasti aku tetap memikirkannya. Imran sering kali mendesak aku agar aku pulang ke kampung.

"Hai baby.... " Ucap seorang lelaki sambil duduk didepan aku. Mulanya aku tak perasan siapa sebab wajahnya ditundukkan. Apa lagi dia memakai cermin mata hitam. Tapi suara macam kenal. Mike??

"Mike?" Tanya aku. Lantas dia menunjukkan wajahnya. Cermin mata dibuka. Oh my..... Macam mane dia boleh jumpa aku kat sini? Kalau Hakim tau, mampus aku.

"Ingatkan dah lupakan I. U dah pakai tudung.... Nampak cantik." Pujinya. Of course aku cantik. Kalau tak, tak la kau asyik cari aku je kalau ke kelab.

"U nak apa?" Soal aku. Berharap dia cepat pergi dari sini.

"I nak u. " Katanya seakan berbisik. Hampir tersedak aku dibuatnya.

"Kau gila?? Kau pun tau aku dah kahwin kan?" Marah aku.

"Wow.... Lia yang manja dan romantik sudah tukar jadi garang. I like.... But i hope u still daring in the room." Katanya. Aku mencebik mendengar kata-katanya.

"U tau.... Sebenarnya U jadi milik I. I dah plan nak bebaskan U, tapi Hakim cross my line. Apa U dapat bila kahwin dengan dia. I lagi kaya dari dia. Apa U nak, I akan bagi." Sambung Mike.

"Memang Hakim tak dapat bagi aku kemewahan. Tapi dia bagi aku kasih sayang." Suara aku sedikit meninggi.

"Hahaha.... Sayang? Layak ke seorang GRO mendapat kasih sayang?" Mike memerli aku. Aku memandangnya dengan perasaan marah. Dia siapa nak mempersoalkan kasih sayang aku dan Hakim. Tanpa membalas soalan Mike, aku segera bangun. Baik aku blah dari sini.

"Dia boleh terima Adam?" Soal Mike. Aku terkejut. Aku menoleh Mike tanda meminta penjelasan. Macam mana dia tahu pasal Adam? Lagi satu bala dah sampai. Aku mengeluh dan kembali duduk.

"Macam.... Mana.... Kau tau pasal Adam?" Soal aku. Badan aku sudah mula menggigil.

"Kau lupa nama aku, Mikael Bin Dato' Muhriz. Siapa yang tak kenal aku? Kau ingat, Mummy kau tu nak bagi ke kau keluar dengan orang sembarangan. Dan aku tau, Hakim guna nama aku bila dia nak bawak kau keluar. Dan aku tau juga masa dia nak beli kau. Sebab tu aku bagi dia pinjam duit." Cerita Mike. Aku mengeluh buat kali kedua.

"A....Adam.... Mummy jugak ke yang bagitau?" Soal aku pula. Aku tak nak ambil tau pasal benda lain lagi. Yang aku nak tahu, apa lagi dia tahu pasal Adam.

"Of course la baby.... So, Hakim tau?"

"Aku memang nak bagitau dia. Kau tak payah sibuk pasal aku." Kata aku. Aku kembali bangun.

"Okay..... Aku harap kau bagitau sekali siapa bapak anak kau tu." Mike tersenyum sinis. Aku terus pergi meninggalkannya.

Konon datang sini nak tenangkan fikiran, tapi bala lain pula yang sampai. Tak menunggu lama, aku terus menahan teksi untuk pulang ke rumah. Perasaan marah, takut, menjadi satu. Aku mesti beritahu Hakim secepat yang mungkin sebelum Hakim mendapat tahu dari orang lain.

Jam sudah pukul 9 malam. Hakim masih belum pulang. Tak pernah dia lewat macam ni sejak dia mula bekerja. Aku mula risau dan gelisah. Sudah berapa kali panggilan aku tak dijawabnya. Lepas tu, handphone-nya pula dimatikan. Aku buntu mana nak cari dia. Tak kan aku nak ke pejabatnya. Lagipun, aku tak tahu kat mana dia bekerja. Baru sekarang aku perasan yang aku tak pernah ambil tahu pasal dia. Kalau dia jadi perompak pun aku tak tahu. Tapi tak ada la sampai aku fikir kerjanya merompak.

Aku mahu telefon keluarganya, tapi nombor telefon rumah mertua aku sendiri pun tak tahu. Sekali lagi aku bodohkan diri sendiri. Mana pulak dia pergi ni. Janganlah apa-apa terjadi kepada dia. Akhirnya aku hanya duduk menunggu hingga Hakim pulang ke rumah.


G.R.OWhere stories live. Discover now