Bab 38

116K 1.5K 65
                                    

Aku segera lari anak ke katil dan terus baring di sebelah Hakim. Selimut yang tebal itu segera ditariknya untuk menutupi tubuh badannya. Janganlah Hakim terjaga. Doaku dalam hati. Bila terasa ada pergerakkan disebelahnya, cepat-cepat dia menutup mata.

'Hish, kenapa pulak aku tak boleh lelap ni.' Aku memusingkan badan menghadap Hakim. Aku membuka sebelah mata untuk mengendap Hakim di depan mata.

"Argh...... " Terjerit aku dibuatnya. Hakim sedang merenung ke arahnya. Wajahnya begitu hampir hampir sekali dengan wajah ku. Aku mengurut dada perlahan kerana jantung ku berdegup dengan laju. Malunya!!!

Hakim ketawa perlahan. Selepas itu, dia mengambil tangan aku dan mengatakan maaf. Aku hanya mengangguk perlahan. Jari jemari aku dibawa ke bibirnya. Wajah ku sudah merah kerana berasa malu.
Ah.... Lia, kenapa kau perlu malu? Bukan ke tu suami kau? Sebab dia suami aku la, aku rasa malu sangat.

Hakim merenung mata ku dalam. Ada makna dalam renungannya. Sebagai bekas pemuas nafsu lelaki, aku faham makna renungan itu. Tetapi kenapa aku rasa serba salah? Rasa marah, rasa sedih menjadi satu.

Aku lepaskan tangan aku dari pegangan Hakim. Lalu bangkit dari pembaringan. Aku turun dari katil dan terus mengambil beg tangan aku. Aku selongkar barang-barang di dalam beg tangan aku. Aku keluarkan sekotak rokok dan mengambil sebatang rokok lalu aku hidupkan. Kemudian aku duduk menyandar di sofa. Dari ekor mata, aku dapat lihat Hakim bangun dan menuju ke arah aku. Dia mengambil kotak rokok itu dan keluarkan sebatang rokok dan menyalakan rokok. Aku cuma lihat tingkah lakunya.

"Awak bukan perokok." Kata aku. Hakim sudah duduk di sofa lagi satu.

"Bekas perokok." Balas Hakim. Aku hanya diam tanpa membalasnya.

Kemudian kami hanya diam melayan perasaan masing-masing. Mata Hakim tetap memandang kepada aku. Dia marah ke? Atau.... Dia sedang melihat tubuh aku yang terdedah ni. Aku dah tak rasa malu lagi, bukannya ini kali pertama dia lihat aku seksi. Malah aku pernah berbogel didepannya.

"So, apa masalah kau? Kau tak suka aku sentuh kau?" Tanyanya tiba-tiba. Aku rasa bersalah sangat dengan pertanyaannya.

"Saya.... Saya.... Entahlah. Susah saya nak cakap." Balas aku. Air mata aku sudah bergenang. Nasib baik hanya lampu tidur yang terpasang. Tak la dia nampak mata aku.

Hakim mematikan rokoknya lalu bangun dan duduk disebelah aku. Kemudian dia mengambil rokok dari tangan aku dan mematikannya. Hakim memegang kedua bahu aku dan menarik ke arahnya agar kami duduk bertentangan. Air mata aku tumpah akhirnya.

"Aku tau apa yang kau rasa. Aku tak kisah. Aku yang amik kau sebagai isteri aku. Tak ada paksaan. Maknanya aku terima kau seadanya." Kata Hakim perlahan.

"Tapi saya..... Awak tak tau apa perasaan saya. Sebab itulah saya berkeras tak nak kahwin dengan sesiapa. Awak patut dapat perempuan yang baik. Yang sempurna dan suci. Bukan saya yang dah kotor ni. Awak tak jijik ke dengan saya? Awak tak malu?" Air mata aku mengalir dengan laju.

Ya. Sebab itu aku rasa bersalah. Hakim seorang suami yang baik walaupun kadang kala perangainya amat menjengkelkan aku. Tapi semua itu bersebab. Aku tahu dia sengaja mengajar aku kononnya. Sampai hari ini, aku rasa malu dengan Hakim. Aku rasakan diri aku tak layak untuk sesiapa pun.

"Bukan ke aku dah cakap, kau tak percaya dengan takdir? Tak percaya dengan jodoh yang ALLAH dah tetapkan untuk kita semua? Jadi seorang pelacur atau GRO tak ada perasaan? Tak boleh mencintai atau dicintai?" Kata Hakim sambil mencengkam kedua bahu aku. Aku hanya terkebil kebil memandangnya. Cinta dan cintai?

"Awak cintakan saya?" Soal aku. Aku tenung matanya. Tapi segera dia larikan matanya. Pegangannya terlepas.

"Hmm.... Aku.... "

"Tak pe, saya faham. Saya tak kan tanya lagi. Hakim, saya nak ucapkan terima kasih sebab awak dah selamatkan saya dari tempat kotor tu. Awak tak kenal siapa saya, asal saya, masalah saya, tapi awak tetap tolonh saya. Terima kasih sebab bagi saya tempat tinggal, bagi saya makan sampai saya dah gemuk sekarang ni.... " Aku ketawa dalam sendu.

"Dan terima kasih sangat sebab sudi jadikan saya isteri awak yang sah. Tak terbalas budi awak pada saya. Saya pun nak minta maaf sebab kejadian masa Mike datang ke rumah. Saya rasa malu sangat dan rasa bersalah hingga sekarang. Kerana nafsu, saya khianati awak." Sambung aku lagi. Berjurai air mata aku keluar. Hakim menoleh ke arah aku. Dia ingin membuka mulut, cepat-cepat aku tutup mulutnya dengan tapak tangan aku. Aku tarik nafas panjang.

"Dan saya bersedia sekiranya suatu hati nanti, awak akan tinggalkan saya demi perempuan lain. Saya tak kisah. Dah banyak awak korbankan untuk saya.....duit, kerja, masa awak habiskan untuk saya. Kalau awak tak cintakan saya, saya sangat faham. Dan saya nak bagitau awak, yang saya dah mula sayangkan awak dan saya akan buat apa saja untuk orang yang saya sayang." Tenang dan puas hati aku bila dapat luahkan apa yang terbuku di hati.

Giliran Hakim pula terkebil-kebil melihat aku. Mungkin tak sangka aku buat karangan panjang macam tu. Atau dia terkejut mendengar luahan sayang aku tu. Aku mengelap air mata yang jatuh membasahi pipi. Mesti mata aku dah bengkak kerana banyak menangis. Aku menunggu kata-kata yang ingin diucapkan Hakim. Tapi dia masih diam merenung aku.

.....................................................................

*hai...
Ada yang meleleh air mata tak?
Ini je dapat disiapkan. Sis tak nak hampakan semua yang ternanti-nanti sambungannya.
Ok, next chapter mungkin malam nanti. Itu pun kalau sempat.
Thanks u all....
Maybe next ada story 'geligeli' ...
So, under age tu beware yer.
Jangan lupa vote tau 😍

Xoxo

G.R.OWhere stories live. Discover now