Bab 57

81.3K 1.2K 33
                                    

"Ayah Kim...... "

Senyuman aku melebar melihat Adam lari menerpa ke arah aku. Syukur Ya ALLAH......! Aku peluk Adam dan terus mendukungnya. Pipinya aku cium bertalu-talu.

Sarjan Saiful mendekati aku dan menepuk-nepuk bahu aku. Aku senyum ke arahnya. Air mata yang mengalir aku biarkan. Tiada lagi rasa malu. Beberapa pegawai polis yang berada di balai itu hanya tersenyum.

"Terima kasih Saiful.... " Ucap ku.

"Memang kerja aku. Hurm.... Macam mana kau tahu ni kerja si Mike tu?" Tanya Sarjan Saiful.

"Entah.... Aku cuma minta kau siasat je. Rupanya tekaan aku betul."

Aku cuma syak dia sorang saja. Siapa lagi yang mahu menculik Adam kalau bukan dia. Tak kan Lia pulak....

"Mana si bedebah tu? Aku nak shoot dia sekali. Aku nak tanya kenapa dia sanggup buat macam tu pada Adam." Aku mula rasa panas hati. Kalau Mike di depan aku sekarang ni, pasti teruk dia kena belasah dengan aku.

"Dah la tu, dia dah ditangkap. Biar undang-undang yang hukum dia. Yang penting, Adam dah selamat."

"Aku cuma tak sangka dia boleh buat semua ni. Erm... Terima kasih Saiful sebab tolong aku. Nanti aku belanja kau mamak."

"Mamak? Hish.... Kedekutnye kau ni. Lawyer kan gaji besar."

Kami sama-sama ketawa. Aku mengeratkan lagi pelukan aku. Adam dari tadi tak mahu lepaskan pelukannya. Mungkin dia berasa trauma lagi.

"Aku balik dulu... Adam pun dah penat sangat ni. Aku syukur sangat Adam tak de pape."

"Okay.... Tapi aku rasa baik kau bawa dia ke klinik buat check up. Mana tau dia ada rasa sakit kat mana-mana ke.... "

Aku hanya mengangguk. Selepas bersalam, aku terua membawanya pulang ke rumah papa. Semua sedang menunggu di sana.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Mak Eton terus memeluk Adam sambil menangis. Imran pula datang memeluk aku sambil mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih Hakim...." Ucap Mak Eton. Aku senyum saja.

"Adam anak saya, saya akan lakukan apa saja untuk dia mulai sekarang." Jawab aku. Kata-kata aku ada maksud. Aku harap Mak Eton dan Imran faham.

"Hakim.... Mak.... Rasanya dah sampai masa kite lepaskan Adam pada Hakim. Im tau mak risau dan tak sanggup nak pisah dengan Adam. Tapi bila dah jadi gini, lebih selamat Adam tinggal di sini. Bukanlah Im nak cakap mak tak pandai jaga Adam, kita bagi peluang pada Hakim menjaga Adam. Mana tau, bila Lia dapat tau... Dia akan balik." Kata Imran. Tubuh Adam dibawa ke dakapannya.

"Mak pun nak cakap macam tu, sekarang ni keselamatan Adam paling penting. Hakim.... Mulai hari ni, Mak Eton serahkan Adam pada Hakim. Jagalah dia elok-elok. Anak Lia, anak Hakim jugak kan. Walaupun berat hati Mak Eton nak lepaskan dia, tapi Mak Eton terpaksa juga." Mak Eton seka air matanya yang jatuh. Wajah Adam yang keletihan itu di pandang dengan penuh kasih sayang.

Aku memandang papa dan mama yang diam memerhati kami. Mereka mengangguk perlahan. Gembiranya hati aku.

"Terima kasih Mak Eton, Imran. Ada masa, aku akan bawa Adam ke sana."

Sudah dua minggu Adam tinggal dengan aku. Bila aku ke pejabat, aku hantar Adam ke rumah mama. Bukan main lagi mama, dia la yang paling sibuk melayan Adam. Manjakan Adam. Semua keperluan Adam, dia yang belikan. Papa pula yang merajuk kerana perhatian mama lebih kepada Adam sekarang.

Mama juga pernah cakap supaya aku tinggal di sana sementara Lia belum pulang. Tapi aku tak mahu. Aku menolak dengan baik. Aku mahu berdikari. Aku nak rapatkan lagi hubungan aku dengan Adam. Bukannya aku tak tahu, mama sekarang pun jatuh sayang pada Adam. Silap-silap kalau tinggal kat sana, mesti aku tak dapat pegang Adam langsung.

"Ayah Kim.... " Panggil Adam.

"Adam janganlah panggil Ayah Kim... Panggil Ayah je."

"A... Ayah... "

"Hah....sedap sikit ayah dengar. Ada apa sayang?" Tangan aku bermain di rambutnya.

"Ni ciapa?" Soalnya dengan pelat. Aku memandang ke arah jari telunjuknya.

Adam menunjuk gambar Lia di atas meja. Aku tersenyum.

"Ibu.... Ni ibu Adam. Cantik tak? Nanti ibu balik ye sayang. Kalau ibu tengok Adam, mesti dia terkejut sangat. Mesti ibu gembira tengok Adam dah besar. Comel pulak tu." Terang aku. Tak pasti adakah Adam faham apa yang aku katakan.

"Ibu.... Ibu cantik." Matanya masih di gambar Lia. Walaupun dia masih kecil, mungkin naluri sebagai seorang anak membuatkannya masih melihat gambar itu.

"Adam nak jumpa Ibu?" Tanya aku.

"Nak.... " Segera dia mengangguk.

"Kita doa kat ALLAH supaya ibu cepat balik ye."

"Ibu pegi mana? Adam nak jumpa ibu cantik."

"Sabar eh Adam. Ayah pun nak jumpa Ibu cantik. Ayah rindu sangat kat Ibu. Ayah buat silap. Ayah nak minta maaf kat Ibu. Ibu dah banyak menderita, Adam. Kita mesti bahagiakan Ibu." Aku menangis di depan Adam. Adam hanya memandang aku. Kemudian dia sapu air mata aku yang jatuh. Aku tak tahan lagi, tubuh kecil Adam aku dakap dengan erat.

Lia.... Abang rindu sayang. Baliklah... Adam ada kat sini. Abang dan Adam nak jumpa sayang. Sayang tak rindukan abang ke? Sayang tak kesian kat abang ke? Adam pun perlukan ibunya. Anak kita comel sangat macam sayang. Hensem macam abang. Balik ye sayang.....

G.R.OWhere stories live. Discover now