Sejak kejadian pagi tadi, aku duduk terperap di dalam bilik sahaja. Rasa marahnya belum reda terhadap Hakim. Aku marah sebab aku terasa malu diperlakukan begitu. Huh!!
Sudah berkali Hakim mengetuk pintu biliknya, tapi tidak dilayannya. Hatinya sakit mengenangkan kejadian itu. Ketika keluar dari bilik air, dia terkejut melihat Hakim berada di depan biliknya. Nak lari masuk semula ke bilik air, rasanya tak sempat.
Ya. Aku mengambil keputusan untuk tinggal di sini. Memang aku teringin hidup bebas di luar sana. Tetapi.... Aku takut. Aku tak pasti adakah aku mampu berdikari di luar sana. Aku bukan gadis yang lincah. Sebelum ini di kampung, aku hanyalah anak manja ibu. Semua keperluan aku, ibu yang akan siapkan. Dari menyiapkan makanan, membasuh baju, mengemas rumah semua ibu yang buat. Ibu kata itu memang tugasnya, bukan selamanya dia akan membuat semua itu. Namun kata-kata ibu satu doa, dia pergi meninggalkan aku bersama manusia yang bertopengkan syaitan.
Tok tok tok....
Pintu bilik aku diketuk lagi kali ke 4. Suara Hakim kedengaran memanggil namanya. Oleh kerana perut sudah kelaparan, aku bangun membuka pintu bilik. Hakim berdiri sambil tersenyum di depan pintu."Jom makan, saya dah belikan makanan. Tapi saya beli fastfood je. Sebab dah petang macam ni, kedai makan tengah hari dah banyak habis lauknya." Kata Hakim. Tanpa memandangnya, aku melangkah keluar dan menuju ke meja makan.
"Awak nak burger ke ayam goreng? Atau bubur? Saya tak tahu awak suka ape, jadi saya beli semua yang ada." Hakim cuba mengajak aku berbual.
Aku mengambil burger ayam sebab senang aku habiskan. Boleh aku masuk bilik semula. Tak mahu berlama-lama dengan Hakim. Bikin hati aku sakit lagi nanti.
Hakim yang melihat aku makan, dia turut makan bersama. Kami makan dengan senyap. Hakim meletakkan air di depan aku. Aku ambil dan minum. Wajahnya pun aku tak pandang.
Selesai makan, aku ingin kembali ke bilik tapi dihalang oleh Hakim. Dia menarik tangan aku ke ruang tamu dan memaksa aku duduk di sofa. Kemudian dia mengambil tempat bertentangan dengan aku. Kami diam seketika. Mungkin dia sedang menyusun ayat untuk bercakap kot.
"Lia, saya minta maaf okay. Memang saya yang mulakan dulu. Saya tak sedar. Saya hanyut dengan perasaan saya." Hakim memulakan bicaranya.
Yukk!!! Nak muntah aku dengar. Hanyut? Jiwang jugak mamat ni. Ni mesti ambil kelas sastera masa sekolah dulu. Entah kenapa aku ketawa. Tapi dalam hati je lah.
"Dan saya berterima kasih sangat kat awak sebab tak pergi dari sini. Saya ikhlas, Lia. Saya.... saya... hmm..... kite kahwin jom. Saya nak bertanggungjawab apa yang saya dah buat pagi tadi." Sambung Hakim.
Erkk! Kahwin? Aku ingat hal ni dah habis. Alahai......
"Kan aku dah cakap, aku tak nak kahwin dengan kau. Bertanggungjawab? Hahaha.... terima kasih je la. Aku ni bukan anak dara lagi. Dah berkali-kali ditebuk sang tupai. Tak payahlah nak tanggungjawab segala. Lagipun, tadi bukan kau tebuk. Sekadar cuit-cuit je. Kau kan tak berani. Pengecut." Puas aku dapat cakap. Riak wajah Hakim nampak berubah.
"Awak ni kenapa, Lia? Tolonglah faham niat saya ni. Saya tak ada niat nak buat awak macam tu tadi. Kan saya cakap, saya tak dapat kawal." Jawab Hakim. Ada nada marah disitu.
"Sama je la. Lelaki semua sama. Pantang tengok perempuan seksi, mula miang satu badan." Aku membalas.
"Tapi saya dah sedar tadi. Awak yang goda saya semula. Awak lupa?" Hakim membalas serangan aku.
Alamak!! Apa aku nak jawab ni. Bukan salah aku, siapa yang suruh goda aku dulu. Kalau dah mula memanaskan minyak, mestilah terus menumis dan seterusnya tunggu didih kemudian siap masak. Eh? Perumpamaan apa tu?
"Er.... er... Kenapa awak goda saya dulu? Kalau awak dapat kawal, itu awak punya pasal. Tapi saya..... er..... setiap permulaan mesti la kena ada pengakhiran." Jawab aku. Aduh... malunya. Aku terus berlari masuk ke bilik. Kunci pintu.
'Bodohnya ko ni Lia. Yang pi cakap macam tu kenapa? Malu aku. Nampak aku macam perempuan gatal pulak.'
Tadi pagi memang aku tak dapat kawal. Kucupan dan sentuhannya mengaktifkan sel sel nafsu aku. Sel-sel? Apa-apa je lah. Tak kan senang-senang dia nak turn off. Desahan dan rengekkannya menaikkan lagi ghairah. Rugi kalau aku tak teruskan. Tak kan aku nak fingerjob sendiri kot. Fingerjob? Apa aneh-aneh ayat aku pagi ni.
Ketukkan bertalu-talu di pintu, aku biarkan. Aku mengambil bantal lantas menekup kepala. Bingit dengan bunyi bising. Akhirnya aku terlena dengan perut yang kekenyang dan dengan hati yang sakit.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)