Mummy Allen mengejutkan aku bangun dari tidur pada awal pagi. Katanya ingin sarapan bersama. Buang tebiat agaknya. Tak pernah pula ajak aku sarapan bersama. Aku sendiri pun tak pernah sarapan pagi. Ye lah, bangun pun petang. Mandi siap-siap terus ke kelab. Makan pun kat sana.
Aku terus bangun. Mandi. Aku hanya memakai t-shirt longgar dan short pant. Tuala ku lilit di kepala. Malas nak sikat sebenarnya. Lagipun Mummy sudah menunggu di meja makan.
"Morning my beautiful girl..." Sapa Mummy Allen. Senyuman manis diberikan pada ku. Dah kenapa amoi tua ni pepagi macam gini. Seram pulak aku.
"Morning Mummy. Happy semacam je I tengok, kena nombor besar ke?" Balas ku. Saja nak layan perangai buang tebiat dia ni.
"Haiya, tak ada apa la. Jom duduk breakfast. Ah boy, mana air minum?" Big Boy disebelah terkejut. Tak pasal-pasal kena buat air pagi ini. Aku ketawa perlahan. Big Boy hanya menjeling kepada ku.
"Banyaknya makanan. Kenapa U tak kejut semua girl join kita." Aku sudah menelan air liur. Jarang sekali dapat makan makanan macam ni. Ada nasi lemak, mee hoon goreng dan bermacam-macam jenis kuih. Tak sabar aku nak makan.
"Mereka semua semalam balik lambat. Biarkan mereka tidur. U semalam tak kerja kan, pasti U dah puas tido. Jom makan...." Mummy Allen menyedukkan nasi lemak ke pinggan aku. Rasa macam bermimpi pulak. Mummy yang garang tu boleh jadi caring macam ni. Huh, lantaklah. Janji aku kenyang. Hati senang.
Kami makan bersama-sama. Big boy pun ikut sama. Sepanjang itu, kami berbual dan ketawa seperti kawan lama. Itu kali pertama, aku lihat Mummy Allen ketawa dan senyum dengan ikhlas. Big boy pun sama. Tak sangka dia sangat kelakar orangnya.
Selepas makan, kami bertiga duduk di ruang tamu. Mummy Allen menyandar di sofa sambil menghisap rokok. Aku juga. Tapi aku bukan perokok tegar. Setakat layan gitu-gitu boleh la.
"U tau ka Lia? Dalam ramai-ramai girl, I paling sayang U." Kata Mummy Allen tiba-tiba. Huh, nasib baik aku tak tercekik asap rokok ni.
"Apa ni Mummy, I ni biasa aja. Manyak degil. U tak ingat ke, banyak kali I kena pukul dengan U." Ops.... bukan niat aku nak mengungkit.
"I mintak maaf sama u okay. I harap U maafkan I." Kata Mummy Allen lagi. Apa ni? Apa ni? Ingat dah habis buang tebiat dia. Tak faham la. Keliru aku dibuatnya.
Akhirnya aku hanya membalas dengan senyuman. Mana mungkin aku maafkan kau. Sampai mati pun aku tak maafkan. Bisik aku dalam hati.
Selepas itu kami hanya membisu. Hanya suara hembusan asap rokok sahaja yang kedengaran.Deringan handphone Mummy Allen memecahkan sunyi. Cepat sahaja Mummy menjawab. Tiada perbualan lain selain 'suruh dia tunggu'. Kemudian talian dimatikan.
"Okay Lia, jom ikut I ke bawah. Ada orang mau jumpa." Ajak Mummy Allen.
"Now? I pergi bersiap kejap." Jawab ku tanpa soal. Mesti ada pelanggan. Patutlah layan aku baik. Fikir ku.
Aku terus masuk ke dalam bilik. Salin baju yang lebih seksi. Rambut ku sikat dan di tocang satu. Sedikit solekan sahaja. Tak ada mood pagi-pagi macam ni nak berhias bagai. Okay siap. Aku terus keluar dari bilik.
Sampai sahaja ke bawah, kelihatan Hakim sedang berdiri di sebelah keretanya. Kacak. Dia memakai pakaian pejabat. Dan berkata mata hitam. Hati aku dap dip dup.
Mummy Allen menyuruh aku tunggu di situ sementara dia melangkah ke arah Hakim. Aku hanya diam mengikut arahan Mummy Allen.
Beberapa minit kemudian, Mummy Allen kembali sambil menjinjing sebuah beg hitam. Huk... macam dalam drama gengster pulak.
"Okay, U pergi ikut Encik Hakim." Kata Mummy Allen.
Sebelum aku menjawab, dia terus memeluk aku dengan erat sekali. Itu adalah kali pertama dia memeluk aku. Perasaan aku sudah tidak tenteram. Apa makna semua ini? Dia melepaskan aku. Ada takungan air di mata Mummy Allen. Mummy menangis? Tapi kenapa?
Entah bila Big Boy sudah berdiri di sebelah aku. Dia menghulurkan sebuah beg baju berwarna merah. Beg siapa pulak ni?
"Ni semua baju dan barang Lia. Aku harap kau bahagia di luar sana." Kata Big boy.
Apa ni???
"U tau kan I sayang sama U. Sekali lagi I mintak maaf. Ini ada hadiah untuk U. Duit U yang selama ini I simpankan." Sampuk Mummy Allen sambil memberi aku sepucuk sampul berwarna putih. Aku ambil.
"Go..... Hakim dah tunggu." Mummy Allen menolak perlahan belakang badan aku. Aku hanya memandangnya tanpa berkelip meminta penjelasan. Dia hanya tersenyum.
Aku pun melangkah ke kereta Hakim. Aku tahu, Mummy telah menjual aku kepada Hakim. Patutkah aku gembira?
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)