Sampai di rumah, aku terus membuka baju pengantin ni. Huh, seksa juga jadi raja sehari. Nasib baik baju ni ringan dan simple. Macam mana agaknya mereka yang pakai baju pengantin yang banyak sangat labuci tu ye. Tak penat ke nak membawanya. Tu la orang kata, nak cantik memang sangat menyeksakan.
Selesai mandi tukar baju, aku terus baring di atas katil. Tempat paling nikmat dalam dunia ini. Atas katil ni macam-macam boleh buat. Nak makan boleh, nak bersenam boleh. Nak kencing pun boleh, tapi baby je la. Bukan setakat nak tidur atau 'ehem ehem' je.
Tet tet, tet tet...
Handphone aku berbunyi. Apa pulak Hakim ni nak. Jangan cakap dia suruh aku masak malam-malam buta macam ni. Memang dapat maki nanti.'Masuk bilik aku kejap. Aku nak bagi kerja overtime ni. Kau jangan buat-buat lupa pulak.'
Alamak!!!! Aku ingat dia dah lupa. Apa kerja overtime ni? Dia nak 'tu' ke? Kalau dia nak 'tu', aku kena pakai seksi-seksi ni. Hahaha.... Sempat lagi aku buat lawak. Takut tapi suka.
"Lia....!!!! "
Jeritan Hakim sayup-sayup kedengaran memanggil namanya. Haih... Tak geti menyabar pulak dia ni. Aku bangun dan melangkah ke arah biliknya. Pintunya aku ketuk perlahan. Dia menyuruh aku masuk. Dengan lafaz bismillah aku masuk, tak nak bagi setan masuk kacau kami. Hahaha.... Buat lawak lagi kau ni eh Lia.
"Ye, patik masuk menghadap." Sapa aku. Terbeliak mata aku melihat Hakim sedang berdiri dengan hanya bertuala sahaja. Wow!!! Six pax dia. Sentiasa menjadi pujaan hati ku. Rambutnya yang basah menambahkan lagi keseksiannya. Aku menelan air liur.
Hakim berjalan mendekati aku dengan perlahan-lahan. Dup dap dup dap jantung ku laju berdegup. Dia berdiri begitu dekat sehinggakan aku boleh bau wangian sabun mandinya.
"Seksinya kau." Katanya perlahan. Seksi ke? Aku hanya memakai t-shirt longgar labuh dengan short pant je kot.
"Ada apa panggil saya ni?" Soal aku. Sebenarnya hati dah berdebar-debar ni.
"Overtime?" Soalan berbalas soalan pulak.
"Saya tahu.... Tapi apa yang overtime? Cepatlah.... Saya mengantuk." Tanya aku lagi.
Hakim merapatkan wajahnya ke telinga kiri aku. Tangan kanannya melingkar ke pinggang aku. Macam nak terkeluar jantung aku pulak. Hello Lia, this is not your first time okay! Tapi, perasaan aku malam ni lain macam. Susah nak gambarkan.
"Jom honeymoon.... " Bisiknya perlahan. Aku menelan air liur.
"Err....Now?" Soal aku. Agak bodoh jugak soalan yang aku aku berikan ni.
"Not today. Feri dah tamat perkhidmatan malam-malam macam ni." Bisiknya lagi. Apa?? Tak faham. Apa kena mengena dengan feri? Hakim menjauhkan dirinya sedikit."Tak payah buat muka terkejut sangat, esok kite pergi bercuti. Tapi pergi dekat-dekat je." Katanya lagi. Arghh... Malunya.
"Eh, tak payahlah susah-susah. Cuti kat rumah je." Balas aku. Aku tak tahu itu ayat perli atau memang ikhlas dari hati.
"Papa suruh. Kalau tak, asyik bebel je kat aku ni. Tapi, kite pergi dekat-dekat je lah. Kau jangan mengharap aku nak bawak kau pergi korea ke, paris ke.... Macam dalam novel tu." Eh, suami aku ni baca novel ke? Geli hati pulak memikirkannya.
"Awak baca novel ke? Tak sangka...." Perli aku. Hakim buat muka.
"Er.... Adik aku la yang suka baca novel. Dah... Jangan nak memerli aku. Sekarang ni keje overtime kau, pergi pack baju seluar aku masuk dalam beg warna hitam tu. Underwear aku dalam laci tu." Arahnya. Cis! Ni overtime aku? Menyesal datang ke biliknya. Kalau tahu, aku buat-buat tidur je tadi.
"Oh ya, sebelum tu.... Kau kene buat overtime lain dulu." Haih.... Apa lagi!!
"Apa?" Soal aku dengan agak keras.
"Aku penat. Urutkan aku cepat." Kata Hakim lantas meniarap di atas katil.
Amboi, amboi, amboi..... Kau ingat kau seorang yang penat? Aku pun sama la. Aku mendengus kuat tanda protes. Melihatnya diam saja, aku terus mendekatinya. Aku duduk di birai katil. Kalau ye pun, pakailah baju dulu. Tapi, nak urut buat apa pakai baju pulak kan? Bodoh kau ni Lia.
Aku mengambil sedikit minyak urut yang sudah tersedia di tepi katil. Nasib baik aku ada ilmu mengurut ni. Arwah ibu yang banyak mengajar aku tentang teknik mengurut. Mulakan di bahagian kaki, kemudian naik ke badan dan terus ke bahagian kepala. Sesekali Hakim menjerit kesakitan bila aku menekan di tempat urat bersimpul. Hehehe.... Sengaja. Bahagian peha dan punggungnya aku tak sentuh. Malu. Apa lagi dia hanya Bertuala sahaja.
Hampir satu jam aku mengurutnya. Mata aku dah terasa berat sangat. Hakim dari tadi senyap sahaja. Aku cuba membangunkannya tapi dia diam membatu. Tidur ke? Tak sampai Beberapa saat, kedengaran suara dengkurnya. Syoknya tidur. Aku memberhentikan urutan. Kasihan melihatnya seperti kesejukkan, aku menarik selimut dan menutupi sebahgian badannya.
'Selamat malam, suamiku.' Ucap ku dalam hati.
Aku terus mengambil beberapa helai baju dan seluar Hakim. Aku lipat dan masukkan ke dalam beg yang ditunjukkannya tadi. Kemudian aku menarik laci dan mengambil beberapa helai seluar dalam. Haish.... Malunya. Nasib baik dia dah tidur. Selesai semua, aku pun terus keluar dari bilik. Ikutkan hati, ingin saja aku tidur di dalam biliknya yang berhawa dingin ni. Sejuk. Sebab bilik aku hanya guna kipas je.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)