Bab 25

105K 1.1K 37
                                    

Hakim memanjat tangga untuk ke rumahnya yang berada di tingkat 2. Hatinya terasa girang. Tak sabar nak beritahu Lia tentang persetujuan keluarganya.

Sampai di depan rumah, aku terus membuka pintu. Eh, tak kunci. Mesti Lia lupa kunci pintu. Nasib baik kawalan di apartment ni ketat. Tak pernah lagi ada kes kecurian.

"Lia...." Aku terkejut melihat Lia di depan pintu. Lagi terkejut melihat Lia selubung satu badan dengan selimut. Demam ke? Kena tengking sikit dah demam ke budak ni.

Aku kaget melihat seseorang yang cukup aku kenali berdiri di belakang Lia. Bos? Apa dia buat kat sini? Aku pandang Lia. Wajah Wajah Lia tampak pucat. Aku melihatnya dari atas ke bawah. Baru aku faham kenapa Lia selubung macam ni. Cilaka.... Korang projek dalam rumah aku?

"Bos buat apa kat sini." Soal aku sambil menapak masuk ke dalam rumah. Pintu rumah aku tutup.

"Well.... Saya nak siasat sesuatu." Jawab Mike. Dia tersengih.

"Siasat? Siasat apa?" Soal aku pelik. Ingat rumah aku ni tempat jenayah ke?

"50k? U know what I mean, right? Tak sangka awak sanggup pinjam duit saya demi perempuan macam ni? Wow!! Saya sangat terkejut." Jawab Mike. Dia ketawa perlahan.

"Bos tak perlu amik tahu hal saya. Saya memang hutang dengan bos, tapi saya janji saya akan pulangkan secepat yang mungkin." Balas aku. Timbul perasaan marah dengan cepat.

"Oh ya, tolak 10k. Sebab saya dah rasa 'barang' yang awak beli ni. Sorry Hakim.... 'barang' awak masih memikat hati saya. Tapi, kalau awak tak nak lagi 'barang' ni awak boleh jual dengan saya. 40k tu saya halalkan." Perli Mike. Aku sudah mengenggam jari . Ni kalau aku shoot, memang teruk aku kerjakan. Aku fikir kau masih majikan aku je.

Lia masih diam di situ. Aku pandang muka Lia dengan perasaan yang amat marah. Sampai hati kau buat benda tu kat rumah aku.

"Terima kasih je bos. Esok saya akan bernikah dengan dia. Lepas tu, saya akan bayar hutang saya. Saya tetap akan bayar 50k. Anggap je perbuatan korang tadi hadiah perpisahan saya. Sebab saya akan resign selepas saya bayar hutang bos." Balas aku. Aku terus membuka pintu dan mempersilakan dia keluar.
Mike yang faham isyarat itu terus melangkah.

"I balik dulu ye baby, call me if u change your mind." Sempat lagi Mike berbisik di telinga Lia sebelum dia melangkah pergi.

Aku menghempaskan pintu rumah dengan kuat. Aku memandang Lia dengan rasa yang amat marah. Selepas aku buat semua ni untuk dia, sanggup dia khianati aku? Dalam rumah aku??? What the........

"Hakim......" Lia cuba bercakap dengan aku. Tapi cepat aku larikan diri. Lia mengikut aku dari belakang.

"Hakim.... please. Saya.... saya....." Lia memaut lengan aku. Kesabaran aku dah mula tipis. Aku pusing dan terus mencengkam kedua bahunya.

"Stop it Lia!!!! Susah sangat ke kau nak berubah? Kemaruk sangat dengan batang jantan ke??? Sampai dalam rumah aku pun, kau buat dengan jantan lain. Sial la...... Apa lagi kau nak aku buat? Rupanya jangkaan aku silap. Dulu aku yakin, kau buat kerja ni semua sebab terpaksa atau dipaksa. Tapi tengok keadaan sekarang, aku rasa kau memang rela hati dari dulu buat kerja terkutuk ni. Betul kan?? Dan untuk pengetahuan kau, tak kira kau suka atau tidak kau mesti nikah dengan aku esok. Kau ingat senang senang aku nak lepaskan kau? No way.....! Kau tengok apa aku buat dengan kau nanti. Jangan cabar kesabaran aku!" Entah apa yang merasuk aku. Aku hamburkan kemarahan aku pada Lia. Aku terus masuk ke bilik.

Pintu bilik aku dihempas kuat. Aku baring di atas katil. Rasa sakit di kepala terasa kuat. Aku memicit perlahan agar kesakitan aku reda sedikit. Kecewa rasa hati ini. Kenapa Lia sanggup buat macam tu? Kini perbalahan dengan bos pula. Macam mana bos tahu Lia ada di sini? Hahaha.... aku lupa. Bos ramai orang suruhan, siapa yang berani lawan perintahnya. Mesti dia siasat tentang aku.

Biarlah malam ni berlalu dengan cepat. Esok adalah permulaan baru untuk aku dan Lia. Lia..... tak akan sekali aku lepaskan kau. Itu janji aku. Tak kira kau bahagia atau tidak dengan aku, aku akan pastikan kau tak kan kemana-mana.

G.R.OWhere stories live. Discover now