Kami pulang ke rumah setelah 3 hari 2 malam bercuti di Pulau Sibu. Banyak kenangan yang terindah kami ciptakan di situ. Kami sangat seronok di sana. Hakim melayan aku dengan baik sekali.
Tapi perjumpaan aku dengan 'dia' sedikit sebanyak menganggu fikiran aku. Sejak nama Adam disebut, aku jadi serba tak kena. Perasaan serba salah bertandang di dalam hati. Untuk sekian kalinya, aku sangat rindukan Adam.
"Kenapa termenung?" Tanya Hakim. Ketika itu kami sedang menonton tv. Siaran berita jam 8 menjadi pilihan.
"Tak ada apa la. Awak lapar ke? Awak nak makan apa-apa tak?" Soal aku. Tak mahu Hakim bertanya lagi. Aku takut aku tak mampu mengawal perasaan aku.
"Hmm... Kejap lagi masakkan aku maggi je lah. Lama pulak tak makan maggi. Jangan cakap kau tak pandai masak maggi eh." Aku ketawa perlahan. Mestilah aku pandai masak maggi, budak kecil pun tau. Eh, kenapa ada gambar Tasya kat dalam tv.
"Awak... Kuatkan suara tv kejap. Tu gambar kawan saya, Tasha."
"Seorang wanita dipercayai telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan 15 tingkat pada pukul 12 tengah hari tadi. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Natasya telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan yang kuat di bahagian kepala. Mangsa di bawa ke hospital untuk di bedah siasat. Polis masih siasat kejadian ini. Jika ada sebarang maklumat, bolehlah hubungi pihak polis berdekatan." Aku terasa ingin pengsan bila mendengar berita ini. Air mata aku gugur. Aku menangis kuat sehinggakan Hakim datang menenangkan aku. Aku dipeluknya.
Tasya..... Kenapa kau bunuh diri? Aku rasa bersalah sangat. Dia pernah mengajak aku lari dari Mummy Allen. Tapi tak pernah aku layan permintaannya. Akhirnya, aku sendiri yang terlepas dari Mummy. Pasti dia marah sangat dengan aku. YA ALLAH, apa kau dah buat ni Tasya! Aku minta maaf kalau ia berpunca dari aku. Tapi janganlah sampai kau bunuh diri. Aku meraung lagi didalam pelukan Hakim.
"Awak ada nombor telefon Mummu Allen?" Tanya aku bila tangisan aku sudah reda.
"Ada. Kejap eh." Hakim mengeluarkan handphone dari kocek seluar. Dia menyerahkan handphonenya pada aku selepas ada nada dering.
"Hello Mummy.... Ni Lia. Macam mana Tasya boleh terjun dari bangunan? Mummy ada buat sesuatu ke dengannya?" Tanya aku setelah talian disambung. Mummy menceritakan semuanya. Aku kembali menangis. Setelah 5 minit berbual, aku mematikan talian.
"Mummy cakap apa?" Tanya Hakim pula.
"Tasya larikan diri dari hotel masa dia di minta melayan seorang lelaki mat saleh. Masa lelaki tu sedang mandi, dia terus keluar dari hotel itu. Dah dua hari dia hilangkan diri. Puas Mummy cari tapi tak jumpa. Mummy tak berani nak report polis sebab awak tau kan. Jadi, petang tadi baru dia dapat berita yang Tasya terjun dari bangunan. Itupun ada informer yang bagitau. Saya rasa bersalah sangat. Dia pernah ajak saya lari, tapi saya tak layan. Lepas itu, saya pulak yang dapat keluar dari situ. Saya tak sempat nak jumpa dia." Aku menangis lagi.
"Sabar ye Lia. Kau pun tau, ajal maut ditangan tuhan." Hakim memujuk aku.
"Saya tau, mesti dia marah saya. Kiteorang dah macam adik beradik. Bila saya dah keluar, saya terus lupakan dia. Saya terlupa dia masih kat situ. Patutnya saya tolong dia. Awak tahu tak, dia tak ada keluarga lain. Siapalah nak uruskan jenazahnya." Kesiannya.....Aku terbayang wajahnya yang ayu itu. Senyumannya aku teringat-ingat.
"Tak pe, nanti aku cuba tanya kawan aku yang kerja hospital. Dah, jangan nangis lagi. Kalau dia tak ada waris, kita akan uruskan hal kebumian dia nanti." Pujuk Hakim lagi.
"Terima kasih, Hakim. Saya banyak susahkan awak. Saya masakkan awak maggi ye." Balas aku. Tenang hati aku bila mendengar kata-kata Hakim.
"Tak payah. Kau rehat je. Aku boleh masak sendiri." Kata Hakim.
"Tak pe.... Saya dah okay dah. Awak takut saya letak racun ke?" Aku bergurau. Aku terus bangun lalu ke dapur untuk masak maggi permintaan Hakim. Kasihan pula biarkan dia masak sendiri. Lagipun, ni je yang mampu aku membalas budinya.
Selepas menemani Hakim makan malam, aku meminta izin dari Hakim untuk masuk ke bilik. Fikiran aku bercelaru sangat. Aku menangis lagi saat memikirkan Adam dan juga Tasya. Dua orang yang amat aku sayang dan rindu. Sekali lagi ALLAH menguji aku disaat aku ingin 'bernafas'.
Hakim mengetuk pintu. Belum sempat aku ingin bangun, pintu sudah terbuka. Hakim masuk dan duduk disebelah aku. Bekas air mata yang meleleh disapu dengan jarinya.
"Kau tau solat?" Tanya Hakim. Aku tersentak. Aku mengangguk kemudian menggeleng.
"Tapi awak kena ajar saya. Banyak dah saya lupa." Kata aku jujur. Waktu di kampung dulu, aku bukanlah gadis yang rajin solat. Seminggu tu boleh dikatakan beberapa kali saja. Tu pun kalau arwah ibu dah membebel. Aku bukanlah anak yang mendengar kata pun. Tapi lebih kepada anak manja. Anak tunggallah katakan.
"Tak pe, kite sama-sama belajar. Aku pun bukanlah pandai mana pun. Tapi kalau kite boleh belajar kan?" Kata Hakim. Aku hanya mengangguk.
"Sorry, Hakim. Saya tak pandai agama. Saya malu dengan awak." Balas aku. Baru sekarang aku rasa malu dengan kejahilan aku.
"Aku pun bukanlah pandai, tak la alim mana pun. Solat tu macam chipmore, kejap solat kejap tak. Tapi sekarang aku dah ada isteri, jadi aku kena rajin solat. Ajar isteri dan anak-anak aku soal agama. Aku tak nak nanti aku disoal kenapa tak ajar keluarga aku solat, puasa dan soal agama yang lain." Kata Hakim lagi. Aku menundukkan kepala. Betapa jahilnya aku. YA ALLAH, banyaknya dosa aku pada KAU.
"Dah, jangan sedih. Sebelum tu aku nak tanya, kau pernah mandi wajib?" Soal Hakim. Sekali lagi aku tersentak. Aku tak pernah. Aku gelengkan kepala. Malu.
"Tak pe, jom masuk bilik aku. Bawak tuala dan baju bersih. Telekung mama ada kat bilik tetamu, nanti kau ambil sekali. Kau jangan malu-malu, kita dah jadi suami isteri. Apa dosa kau, sekarang aku dah tanggung." Eh, macam tahu je aku tengah malu. Betul jugak katanya, buat apa nak malu untuk belajar agama. Lagipun aku dah berazam nak berubah dan jadi isteri yang sempurna untuknya.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)