Aku ketawa melihat Adam berlari-lari mengejar seekor arnab yang Tok Pa-nya belikan. Manjakan sangat cucu lelakinya. Sejak ada Camelia, mama dah beralih arah kepada si comel tu. Papa la yang paling suka sebab boleh layan Adam je. Kalau dulu, dorang asyik berebut je nak main dengan Adam.
Ali yang turut melihat keletah Adam juga ketawa sama. Ali juga sering bertandang ke rumah untuk layan si hero tu. Selalu sangat dia bagi hadiah pada Adam.
Aku berterima kasih sangat pada Ali kerana menjaga Lia ketika kami berpisah dulu. Ali sudah ceritakan semuanya. Walaupun aku marah pada mulanya, tapi aku akui apa yang dia buat adalah untuk kebaikkan kami. Hampir saja mukanya mahu aku tumbuk.
"Hoi... Apsal termenung?" Sergah Ali.
"Tak ada apa. Aku rindu Lia."
"Doakan dia."
Aku tersenyum. Kata kata Ali sering membuatkan aku tenang. Lagi sekali, aku bukan gay eh. Yelah, orang dah tinggi ilmu agamanya memang pandai menyusun ayat.
"Along.... Mama dah buatkan air ni. Jemputlah kawan along minum." Adik aku, Nur Aina datang membawa air panas dan juga pisang goreng. Juadah petang itu diletakkan di atas meja di taman bunga mama. Aku melihat Ali malu-malu. Wajah adik aku dipandangnya kejap.
"Adik aku tu belum habis belajar lagi. Kau jangan nak kacau." Usik aku. Ali cepat-cepat berdehem. Malulah tu.
"Kau ni Hakim, mana ada aku pandang. Aku tengok pisang goreng tu, macam sedap je. Kecur pulak aku tengok." Jawab Ali. Wajahnya sudah merah walaupun kulitnya gelap. Hahaha....
Nur Aina yang masih di situ hanya ketawa perlahan. Amboi anak dara ni, gatal jugak eh.
"Hai kakak.... Tak geti nak masuk? Sibuk je nak dengar orang berbual. Ke dah jatuh hati pada Abang Ali ni?" Nur Aina menjadi mangsa usikan aku pula.
Nur Aina menjelirkan lidah kemudian berlari masuk ke dalam. Hahaha...
"Kalau nak masuk meminang, tunggulah lagi 2 tahun. Aku sedia buka pagar rumah aku tu untuk kau. Walaupun kau gelap, janji hati kau putih. Cukup dah bagi aku sekeluarga untuk jadikan kau menantu di dalam rumah ini." Usik aku lagi.
"Woi... Apa ni? Kau kalau tak usik aku tak boleh ke? Tapi kalau dah jodoh, apa salahnya kan?" Kami berdua sama-sama ketawa. Andai Lia ada di sini, pasti Lia juga akan turut mengusik Ali.
Sebulan kemudian....
Aku memandang laut yang terbentang luas di depan. Seronok rasanya bila dapat bercuti lagi ke sini. Kali ini aku membawa anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain. Imran dan sekeluarga juga turut serta.
Pulau Sibu. Sentiasa menjadi lokasi favorite aku. Banyak kenangan tercipta di sini. Tempat honeymoon aku tu. Mestilah banyak memori yang sweet sweet. Aku melihat ahli keluarga aku yang sedang bercanda di tepi pantai. Nampak wajah gembira di wajah masing-masing. Yang paling happy, tentulah Adam. Suka sangat dapat main air laut. Camelia pula tak pernah lepas dari tangan mama. Camelia sudah pun mencecah usia 6 bulan. Aktif sangat macam abangnya.
"Sayang.... Buat apa kat sini? Tak join dorang ke?"
"Abang.... Buat terkejut je tau. Lia saja amik angin kat sini sambil tu tengok dorang main. Tengok tu Adam.... Seronok sangat"
"Ye ke? Bukan Lia tengah mengenangkan kisah kita kat sini?"
"Pun ada juga. Inilah tempat kita honeymoon, mestilah memori tu terpahat di hati Lia. Cewah.... "
"Yelah tu, patutnya abang dengan anak-anak je datang sini. Tak payah bawak Lia. Lia kan baru balik dari umrah, sibuk je nak ikut kiteorang cuti cuti malaysia."
Aku baru saja menunaikan umrah bersama Mak Eton dan juga Imran dan isteri. Hakim mahu join sekali tapi kesian pula dengan mama kena jaga Camelia. Lagipun Adam langsung tak boleh berenggang dengan ayahnya.
"Lia nak balik la macam ni.... "
Hakim mencapai tangan aku dan bawa ke bibirnya. Dia cium perlahan tanganku.
"Abang cintakan Lia."
Terharu.
"Love u too..... "
"Love u to three four five six seven.... "
"Dah dah.... Sampai million pun tak habis nanti."
"Hish... Kite baru nak romantik dengan dia dibawah pohon bambu, di sinari terik matahari, dihembus bayu laut biru..... "
"Abang.....!!"
Aku buat muka. Ni la kalau dapat suami suka loyar buruk. Sakit hati kite....
"Sorry.... " Hidung aku dicuit Hakim.
"Abang.... Abang bahagia tak dengan Lia?"
"Bahagia sangat. Rasanya abang tak salah pilih isteri."
"Walaupun isteri abang ni, bekas seorang GRO?"
"GRO pun manusia jugak. Lupa? Lainlah kalau robot... Sampai ke sudah abang tak dapat jadi ayah."
Aku ketawa mendengar jawapannya. Ada saja yang ingin di loyar burukkan. Tak romantik langsung. Saat ni, aku teringatkan Ali. Kalau bukan kerana Ali, aku tak tahu adakah aku masih di sini bersama Hakim. Rindunya pada Ali yang sudah aku anggap sebagai seorang abang. Mulanya Ali ingin join kami, tapi dia perlu ke Sabah untuk menyampaikan dakwahnya. Bangga betul aku dengan penghijrahannya.
"Sayang.... Dah ready?"
"Apa?" Aku kerutkan dahi. Tak faham.
"Tu.... Banana boat."Terbeliak mata aku bila melihat banana boat meluncur dengan laju. Seram akak..... Tak sanggup. Aku gelengkan kepala berkali kali.
"Kalau macam tu, sayang kena buat benda lain."
Hah.... Bunyi macam lain macam je. Ni pun akak seram jugak ni.
"Apa? Asalkan bukan berkaitan dengan banana boat."
"Please..... Dance for me tonight."
Hakim merenung aku dengan penuh makna. Dia mengangkat keningnya berkali-kali. Oh my....! Aku baru teringat! Malam tu.... Malam pertama aku dan dia. Mungkin juga malam penghasilan awal Camelia. Wajah aku sudah merah kerana malu.
"Standby tau.... Abang ada belikan hadiah untuk sayang. U will look sexy. Abang tak sabar. Budak-budak jangan risau, abang akan adjust supaya mereka tidur dengan mama atau Mak Eton." Bisik Hakim di telinga aku.
Kemudian dia bangun lantas menyertai mereka yang sedang bermain di tepi pantai. Aku tersenyum. I will abang.....
Terima kasih, ALLAH..... Akhirnya bahagia milik aku. Aku tak akan mensia-siakan peluang yang ada. Aku akan bahagiakan keluarga aku. Untuk ibu, terima kasih kerana jadikan anak ibu ni seorang yang kuat. Untuk ayah, Lia maafkan ayah walaupun Lia masih membenci ayah.
Andai anak aku bertanya, siapa ibunya ketika dulu..... Tanpa rasa malu aku akan beritahu dulu, aku seorang GRO.
............................Tamat.........................
Update
*Jangan lupa baca extra chapter.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)