Bab 32

110K 1.1K 12
                                    

Sejak peristiwa malam kelmarin, aku selalu jauhkan diri dari Lia. Aku kecewa dengan diri aku sebab tewas dengan permainan yang aku rancangkan. Walaupun ianya halal untuk aku sentuhnya, tapi aku tak mahu lagi. Biarlah kami melakukannya demi cinta bukan nafsu semata.

Aku kahwin dengannya kerana aku suka kat dia. Entahlah. Susah aku nak gambarkan perasaan aku. Suka dan cinta dua perkara berbeza. Sayang? Siapa tak sayang bini oii....

Aku menjeling isteri aku yang duduk di sebelah. Sejak dari rumah wajahnya kelihatan risau. Entah apa yang difikirkannya.

"Kenapa tengok saya? Tengok depan tu, ada kang nanti excident. Tak sempat nak nikah lagi sekali." Kata Lia. Aku malu sendiri. Cepat-cepat aku fokus pada pemanduan.

"Kau kenapa nampak risau semacam je? Takut jarum ke takut darah?" Tanya aku.

"Tak boleh ke kita tak amik ujian HIV tu? Saya takut result dia nanti.... Erm.... Macam mana kalau saya ada HIV?" Tak sangka soalan itu yang dia soalkan. Sebenarnya aku pun pernah terfikir hal ni. Sebelum aku bernikah lagi dengannya. Aku yakin dia tak ada semua tu. Aku pernah bertanya hal ni dengan Mummy Allen dulu, dia kata jangan risau. Semua bebas dari sebarang penyakit sebab mereka ada doktor peribadi yang merawat mereka setiap bulan. Huish.... Dasyat betul perkhidmatan dorang kan?

"Kenapa nak takut? Masa kau buat semua tu ada tak kau fikirkan?" Soal aku balik.

"Dah la.... Saya tak nak bertengkar. Nanti apa yang saya cakapkan semua salah saya jugak nanti." Jawab Lia. Dia menoleh pandang ke luar. Aku tersenyum. Alahai.... Comel pulak kau buat muka merajuk kau tu.

Aku mengucapkan Alhamdulillah bila result kami keluar. Kami berdua tiada HIV. Lia yang paling gembira sekali. Kelakar jugak lihat wajahnya bila menunggu keputusan keluar. Macam nak menangis pun ada. Kejap duduk kejap berdiri. Aku hanya ketawa melihatnya.

"Macam mana kalau saya ada HIV? Awak masih nak saya lagi ke?" Soalnya ketika kami dalam perjalanan mencari gerai atau restoran untuk makan tengah hari.

"Aku tau kau tak ada HIV sebab tu aku kahwin dengan kau." Jawab aku. Harap dia faham jawapan aku tu. Tak kan aku nak cakap aku tak nak dia kalau dia ada HIV. Nanti dia sedih pulak. Lagi lagi bila kami memang dah jadi suami isteri yang sah.

Kemudian dia diam kembali. Aku ambil telefon dan menelefon mama untuk memberitahu yang kami sudah kursus kahwin dan test HIV. Sebab lepas ni, kami hanya menunggu keputusan mama bila tarikh majlis persandingan akan berlangsung. Lepas tu baru aku akan submit borang pernikahan.

"Mama kirim salam." Kata aku pada Lia. Dia tidak memberi sebarang respon. Akh cuba mengintainya... Tidur rupanya. Mesti dia kepenatan.

Aku membawanya ke gerai di tepian tebrau sebab ia dekat dengan rumah. Malas aku nak meredah traffic kalau jauh nanti. Mata aku pula dah mengantuk ni. Aku pandang Lia di sebelah. Dia masih tidur.

"Lia.... Bangun. Kita dah sampai." Aku mengejutnya perlahan. Lia membuka matanya sedikit. Dia kelihatan malu malu bila tersedar diri diperhatikan. Cepat cepat dia membetulkan duduknya. Shawl yang dipakainya senget. Aku cuba membetulkan tapi ditepis tangan aku. Malulah tu. Mentang-mentanglah dah pandai lilit shawl. Oh ya, sejak kali pertama jumpa mama, Lia sudah mengenakan tudung. Sukalah dia bila adik aku hadiahkannya beberapa helai shawl. Siap ajarkan lagi.

"Jom la turun. Yang awak mengelamun ni kenapa? Saya dah lapar sangat ni." Aku tersengih malu. Aku tutup enjin dan keluar dari kereta.

Aku memesan asam pedas ikan merah, sayur kangkung goreng belacan dan baby sotong goreng madu. Menu wajib bila aku makan di sini. Lia berselera sangat. Katanya dia suka sangat makan asam pedas tapi tak pandai memasaknya. Tanpa segan silu menyuruh aku mengajarnya masak.

"Saya teringin nak makan puding kastard yang arwah ibu saya buat." Katanya selepas kami selesai makan.

"Yang tu aku tak pandai buat. Kalau kau nak, aku boleh carikan mana ada jual."

"Tak nak. Saya nak makan macam yang ibu saya buat. Saya tahu resipinya. Dulu saya pernah tolong ibu buat." Katanya lagi dengan wajah yang confident . Aduh Lia.... Boleh ke kau buat dessert? Aku yang tak confident ni.

"Jadi kau nak buat? Tapi kau jangan paksa aku makan eh.... Ada kang aku kena cirit birit." Balas aku. Dia buat muka marah.

"Saya pun tak nak bagi awak rasa. Ermm... Kalau gitu, awak bawak saya pergi kedai ye. Saya nak beli bahan bahannya." Aku mengangguk perlahan. Sebenarnya aku suka bila dia kata dia nak buat puding. Sekurang kurangnya dia pandai buat sesuatu selain dari buat 'hal' atas katil.

G.R.OWhere stories live. Discover now