Aku duduk bersila ditengah-tengah bilik. Kehidupannya terpisah dari dunia luar. Dia dihukum mengikut seksyen 363 yang dikenakan hukuman penjara 7 tahun. Sesal kemudian tiada guna lagi. Dia mengepal penumbuk. Matanya terbayang seseorang. Seseorang yang menghuru harakan hidup. Dia teringat perbualan antara mereka 2 tahun lepas.
"Hakim.... Please tolong aku. Gugurkan tuduhan tu. Kau peguam, kau tahu kan apa yang akan aku lalui nanti." Rayu aku. Kami duduk bertentangan tapi dipisahkan oleh cermin.
"Yang kau culik tu anak aku. Anak Lia tu anak aku. Aku tak kan maafkan kau sampai aku mati. Kau gila ke Mike? Budak tu baru 3 tahun!!!" Jawab Hakim berang.
"Kau bukan ayah dia, Kim. Please Kim, kita kawan dah lama. Walaupun aku bos kau, tapi kita macam kawan. Tak kan kau tak boleh bagi muka sikit kat aku. Kesian la kat daddy aku.....Mesti dia malu. " Aku masih merayu. Aku mesti keluar dari sini.
"Nasib baik ada cermin ni sial....! Kalau tak, dah pecah muka kau tu. Duduklah kau meringkuk dalam penjara ni. Aku akan pastikan kau tak kan terlepas. Daddy kau patut malu dapat anak macam kau. Semua tu salah kau sendiri. Kau tau Lia tu dah jadi isteri aku.... Tapi kalau kau anggap aku kawan kau, patutnya kau doakan aku bahagia. Tapi kau buat kerja yang boleh jerat diri kau sendiri. Kau lupa agaknya, kawan kau ni lawyer. Salah orang la wey kau nak cari pasal."
Hakim bangun ingin meninggalkan aku. Kalau la tak ada cermin ni, pasti aku melutut di depannya. Biar aku malu di depannya dari aku malu dengan semua orang.
"Hakim.... Aku....mintak maaf."
"Bukan mintak maaf dengan aku. Mintak maaf dengan Lia. Tapi aku tak pasti, nak ke dia pandang muka kau. Dah la Mike, aku datang nak tahu kenapa kau culik Adam. Walaupun kau tak cakap, aku tahu kau masih dendam dengan dia dan aku." Hakim pergi meninggalkan aku.
Ah.... Sial kau Hakim. 7 tahun tak lama. Kau dah hancurkan aku. Kau penyebab daddy aku sakit. Kau tunggu Hakim.... Kau tunggu Lia.... Aku akan balas.
Aku tak kan lupakan nama korang berdua dalam otak aku ni. Pergi jahanam la!!!!!! Aku akan seksa korang. Itu janji aku....!!
"Arghhhh.......!!!!!" Serentak itu dia menumbuk ke lantai berkali kali. Rasa sakit dan pedih tak dihiraunya lagi. Dendam yangembara di hati mengatasi rasa sakit.
Penghuni penjara dan warden mungkin dah lali dengar jeritan aku......................................................................
Hari ni majlis hari jadi Adam yang ke-6. Dah besar dah anak ibu dan ayah ni. Adam dah bersekolah tadika. Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat dan gembira.
Majlis yang diadakan di rumah papa hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja. Kecil-kecilan tapi meriah. Hari ni semua masakan dimasak oleh mama. Katanya hadiah untuk cucu sulungnya.
Adam begitu seronok. Sampai ke hari ini aku tak percaya bahawa anak yang aku benci suatu ketika dulu ada di samping aku sekarang. Melihat wajahnya, membuatkan aku rasa berdosa sangat. Kerana aku pernah berniat untuk menggugurkan kandungan. Tapi ALLAH lebih maha mengetahui. Aku masih ingat kali pertama aku melihatnya selepas aku melahirkan Camelia.
Hakim kembali ke bilik wad aku dengan membawa seorang budak lelaki. Aku yang masih lemah, hanya memandang. Dalam hati masih tertanya-tanya siapa budak itu. Ya... Baru aku teringat, budak lelaki ini pernah aku nampak bersama Hakim ketika aku sedang memilih baju baby di AEON.
Hakim mengajak budak itu datang dekat ke katil aku. Budak itu nampak takut-takut. Hakim memujuk sambil membisikkan sesuatu ke telinga budak itu. Aku masih penasaran nak tahu siapa dia. Janganlah kau kata itu anak girlfriend kau.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)