Gembira rasa hati bila Hakim melayan kerenah aku. Sejak dulu aku memang suka masuk ke kedai menjual bahan membuat kek. Aku memang tak pandai masak, tapi kalau buat dessert memang aku suka. Ibu selalu mengajar aku buat kek. Tapi bila dah lama tak praktis, banyak juga yang aku lupa.
Aku segera membeli bahan membuat puding. Resipinya mudah sebab itu aku ingat. Oleh sebab aku sungguh gembira di situ, Hakim menyuruh aku mengambil apa sahaja. Sempat aku mencapai bahan membuat kek coklat. Memandangkan tiada periuk kukus di rumah, aku mengambil satu. Nasib baik kat sini ada jual. Terperanjat Hakim bila aku ingin membelinya. Tapi dia tetap Membelinya.
Sampai di rumah, aku terus ke dapur. Aku menyimpan dulu barang yang tidak digunakan ke dalam kabinet dapur. Okay, misi dah boleh dimulakan.
Aku mengambil tepung kastard dan aku sukat menggunakan cawan. Cukuplah secawan tepung, banyak nanti dapatnya. Aku masuk ke dalam periuk kecil. Kemudian aku tuangkan air sebanyak 5 cawan. Sambil tuang sambil kacau. Ibu kata biar tepung senang larut. Kemudian aku tuang secawan susu cair. Ikutkan tak perlu guna susu cair tu, tapi aku suka pudingnya nanti rasa berlemak.
Selepas itu, aku masakkan bancuhan tepung di atas api sederhana. Masa ni kesabaran perlu ada sebab kita perlu mengacaunya supaya tidak bergentel. Sambil kacau, boleh la masukkan gula. Aku tak suka manis sangat sebab kuahnya nanti akan manis. Kacau lagi hinggalah pekat dan likat. Bila dah siap, aku masukkan ke dalam acuan kecil. Boleh je nak tuang ke dalam loyang, tapi aku tak suka. Hehehe... Padahal sama je kot. Dah siap tuang ke dalam acuan, aku masukkan ke dalam peti ais. Sekarang kena buat Kuahnya pulak. Yang ni senang sangat. Aku campurkan setin susu cair, segelas air dan gula. Oleh sebab aku guna ia nya manis, aku tambahkan sedikit susu pekat. Sekali lagi, masak di atas api hingga mendidih. Dah siap, tuang dalam bekas dan boleh disejukkan. Yeah.... Dah siap. Aku tepuk tangan sendiri.
Tetiba ada tepukan tangan di belakang aku. Pantas aku menoleh. Hakim sedang bersandar di dinding dapur sambil menepuk tangan. Aduh.... Malunya. Sejak bila dia perhatikan aku tadi.
"Tak sabar nak rasa puding kau tu. Agak-agak sedap tak ye?" Kata Hakim. Eleh, tadi kata takut cirit birit.
"Mestilah sedap. Mulanya saya tak nak bagi awak rasa, tapi oleh sebab beli bahan ni semua guna duit awak nanti saya bagi rasa. Tapi kena tunggu malamlah sebab makan mase sejuk lagi best." Jawab aku sambil mengemas dapur.
"Okay, kalau tak sedap kau jangan buat lagi puding tu. Faham tak?" Balas Hakim. Dia ni kalau tak sakitkan hati aku tak boleh agaknya.
"Baik bos. Saya masuk bilik dulu nak rehat." Aku menundukkan kepala kemudian berlalu meninggalkannya seorang disitu.
Selesai menukar baju, aku duduk di depan cermin. Dari dalam cermin, aku ternampak ada satu beg kertas di atas meja. Aku pusingkan kepala. Siapa punya ni? Aku bangun dan duduk di tepi katil pula. Aku capai beg kertas itu, dan melihat isi di dalam. Ada kotaklah. Aku keluarkan kotak itu. Wah.... Handphone! Aku membuka kotak dan didalamnya memang ada handphone. Aku lihat kotak itu lagi, Oppo F1. Mak ai nama handphone ni, peliknya.
Nasib baik pelanggan aku pernah ajar aku gunakan handphone canggih seperti ini. Aku tekan butang di tepi. Wah.... Jakun sekejap. Macam nak nangis pulak ada handphone sendiri. Tetiba handphone tu berbunyi nyaring. Aku hampir nak campak handphone ni sebab terkejut. Aku melihat skrin dan ada message yang masuk. Aku buka pesanan itu.
'Suka? Aku kesian tengok kau boring duduk rumah. Hp ni bukan untuk kau main games. Gunakan bila perlu dan kau boleh cari resipi masakan dalam ni. Jangan kau tengok porno sudah ler.... 😡'
Amboi.... Panjangnya pesanannya. Aku tersenyum. Aku godeh handphone tu sampai tak sedar aku terlelap.
Aku bangun bila Hakim mengetuk pintu bilik. Aku tengok jam di dinding. Jam menunjukkan ke angka 8. Lamanya aku tertidur. Puding aku!!
Aku terus keluar bilik dan ke dapur. Dah sejuk dah. Aku capai mangkuk dan keluarkan puding dari acuan. Aku tuangkan sedikit kuahnya. Untuk lebih sedap, aku membuka tin berisi buah buahan campur. Aku cedok sikit buah dan campur ke dalam puding. Aku sudukan sedikit dan masuk ke dalam mulut.Wah!!!! Sedapnya. Sama macam arwah ibu buat. Pandainya aku buat. Puji aku sendiri.
"Nak rasa.... " Hakim datang dekat lalu merampas mangkuk yang aku pegang. Dia sudukan sikit dan terus memakannya. Dia diam tanpa bersuara. Aku menanti penuh debar. Harap dia puji puding aku tu. Kemudian, dia sudukan lagi dan makan lagi sampailah habis. Aku tercengang melihatnya.
"Good Job." Katanya lalu menghilangkan diri.
Hampeh punya suami, itu je ulasannya. Tapi aku tetap gembira sebab ia habiskan puding ni. Maknanya sedaplah tu. Malam tu tiga kali aku tambah makan puding sehinggakan aku kekenyangan.
....................................................................
*hai....
Hari ni kite belajar buat puding ye. Heheheh.... Disebabkan tadi saya buat puding, so saya sharelah resipi di sini. Sekurangnya Lia pandai buat dessert kan?
Okay, jangan lupa vote dan komen ye.Xoxo
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)