Petang nanti Mummy Allen mengajak kami ke shopping mall untuk membeli pakaian. Tentulah dress dress yang seksi dan singkat untuk kerja. Mummy Allen akan membawa kami 2 minggu sekali untuk shopping baju, kasut dan juga alat solek. Tentulah wanita cina tu akan ikut sekali dan juga kuncu-kuncunya. Takut kami akan lari.
Aku bersiap ala kadar sahaja kerana tak ada mood disebabkan perbualan ku dengan Tasya malam tadi. Bertambah tak ada moodnya bila sebentar tadi aku dikerjakan oleh Malik, kuncu Mummy Allen. Kali kedua Malik kerjakan aku. Entah kenapa bulan ni dia masih mahukan aku. Dah la aku tak suka buat seks dengan dia.
Oh ya.... Mummy Allen akan membenarkan kuncu kuncunya bersama dengan para G.R.O sebulan sekali. Mereka boleh buat pilihan sendiri nak yang mana. Mummy Allen kata, dia sekadar untuk memastikan yang G.R.O bawahannya sentiasa memuaskan hati pelanggan. Selepas mengerjakan aku, Malik akan berjumpa Mummy Allen untuk memberitahu bagaimana prestasi kami. Nak tak nak, kenalah kami melayan mereka sebaik mungkin.
Kalau mereka buat aduan yang kami tak bagus, pasti kami akan dimarahi teruk dengan Mummy Allen. Celaka betul. Lebih celaka bila Mummy Allen sendiri yang akan turut berada didalam bilik untuk memastikan prestasi kami sentiasa bagus. Dan mengajar kami skill skill yang baru.
Petang itu, aku mendapat habuan 5 helai dress, beberapa helai tank top dan skirt. Mummy Allen kata bulan ini aku mendapat lebih banyak pelanggan dari yang lain. Dan kebanyakkan mereka memberi aku duit yang lebih dari harga yang ditetapkan.
Aku meneguk minuman berwarna kuning itu dengan banyak hari ni. Biasanya bila aku dalam keadaan tak ada mood, aku akan meneguk dengan banyak. Walaupun begitu, aku masih tak dapat menggembirakan hati sendiri.
Malam ni tak ramai pengunjung yang datang ke kelab disebabkan hari biasa. Fuh.... nasib baik. Sedang aku melayan lagu yang diputarkan, aku melihat seseorang berada disebelah Mummy Allen. Walaupun gelap, aku dapat melihat wajah lelaki itu. Hensem. Badan sado.
Oleh kerana rasa ingin tahu, aku menghampiri Mummy Allen perlahan. Mummy Allen yang menyedari aku sudah berada disebelah, segera menoleh.
"Hah Lia.... this is Encik Hakim." Mummy Allen memperkenalkan aku pada lelaki itu.
Tangan dihulurkan. Aku sambut. Jason memberikan aku senyuman. Aku membalas. Matanya memandang aku dari atas ke bawah. Kemudian die tersenyum lagi. Aku hanya tersipu malu. Hai Lia.... dah tergoda ke?
Mood aku terus berubah. Dari zero.... terus ke 100 peratus mood happy.
"Encik Hakim, ni Lia. Dia antara yang terbaik disini. So, how?" Kata Mummy Allen.
Seketika, Encik Hakim membisikkan sesuatu pada telinga Mummy Allen. Dan Mummy Allen tersenyum. Lepas tu, Mummy Allen membalas bisikan itu. Agak lama mereka berbisik. Aku cuba curi dengar. Tapi tak dapat mendengar sepatah haram pun sebab terlalu bising.
"Lia, pack your thing. And follow Encik Hakim. You are lucky tonight." Aku salah dengar ke?
Ke mana pulak Encik Hakim ingin bawak aku. Bukan ke syarat di sini, kami G.R.O tak boleh mengikut pelanggan keluar dari sini.
"Are u sure?" Tanya ku ingin kepastian. Mummy Allen sekadar mengangguk. Die memberi signal kepada Big Boy. Big Boy menggangguk lantas membuka pintu dan terus beredar dari situ. Kemudian, dia datang kembali dan memberikan handbag ku.
Encik Hakim memaut lengan ku. Dan terus menarikku untuk cepat beredar dari situ. Kami menaiki kereta honda city hitam.
'Macam mane dia boleh bawak aku keluar dari situ. Berapa dia bayar? Tengok gaya kereta ni, nampak macam dia bukan orang kaya. Mampus aku. Apalah helah Mummy dengan lelaki ni.' Bisik aku dalam hati.
Hati aku tak tenteram. Kalau tadi, mood happy aku 100 peratus. Kali ni, macam macam aku rasa. Rasa takut, rasa seram, resah, gelabah dan macam macam lagi. Dan lelaki ni terus mendiamkan diri dari keluar kelab sampai la sekarang.
"Awak nak bawak saya ke mana ni?" Amboi, sopan pulak aku bertanya.
Dia diam. Menoleh pun tidak. Fokus memandu.
Dalam 20 minit perjalanan, kami tiba di satu apartment. Dia menyuruhku keluar dari kereta. Aku menurut. Kami menaiki lif hingga ke tingkat 15.
Kami berdiri dihadapan satu pintu. Lelaki itu menekan loceng. 1 saat. 2 saat. 3 saat. 4 saat. 5 saat. Klikk....
..................................................................................
*Jeng.... jeng.... jeng....
Suspen tak?* Jangan lupa komen dan vote okay.
*Mana mana yang ter typo tu, harap dimaafkan.
YOU ARE READING
G.R.O
RomanceG.R.O "Sungguh. Aku tak nak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang semula. Aku terpaksa." -Atilia- (Cerita ini ada unsur 18sx.)