Bab 44

91.4K 1K 24
                                    

Tiga tahun lepas.....

Wajah Adam aku tenung dengan penuh perasaan benci. Anak hasil benih ayah kandungnya sendiri kini selamat dilahirkannya. Aku lahirkan Adam ketika usia kandungan aku 7 bulan. Ya, Adam lahir tak cukup bulan. Kata doktor, aku mengalami tekanan perasaan sebab itulah baby lahir tak cukup bulan. Ada aku kisah? Kenapa tak mati je sama macam bapak kau? Menyusahkan aku.

Adam diletakkan dalam jagaan hospital selama sebulan sebelum dia dibenarkan pulang. Doktor kata Adam sangat kuat. Dia dapat bertahan selama sebulan walaupun jantungnya lemah ketika dia dilahirkan. Doktor jangka Adam mungkin tidak dapat bertahan lama. Tapi siapa yang mampu halang kuasa ALLAH. Adam menjadi baby yang sihat.

Aku dijaga oleh Mak Eton yang merupakan jiran sebelah rumah aku semasa dalam pantang kerana aku tak punya sesiapa lagi dalam dunia ini. Ibu dah pergi, ayah pula perangai seperti binatang. Dia pun dah meninggal dunia disebabkan kemalangan. Tiada setitik air mata yang mengalir saat dia pergi.

"Lia, kenapa tak susukan Adam. Dari tadi asyik menangis je. Lia tak kesian ke kat Adam?" Kata Mak Eton. Aku hanya memandang Adam yang sedang menangis di sebelah aku. Tangisannya sangat kuat. Aku rimas.

"Boleh tak Mak Eton belikan botol susu dengan susu? Lia penatlah. Asyik nak menyusu je....Lia nak rehat pun tak boleh." Aku mencebik. Sudahlah badan keletihan, si Adam ni pulak asyik menangis saja.

"Kesian Adam, Lia. Adam kan lahir tak cukup bulan, susu ibu ni banyak khasiatnya. Boleh bantu pembesaran Adam." Pujuk Mak Eton lagi. Aku hanya mendengar tanpa apa-apa perasaan pun. Kasihan melihat Mak Eton merayu, aku ambil juga Adam dan bawanya ke riba aku. Aku susukannya. Barulah nangisnya berhenti.

Aku hormatkan Mak Eton macam mak aku sendiri. Sejak ibu dah tak ada dan waktu aku mengandung, orang tua inilah yang banyak menolong aku. Orang-orang kampung yang lain menyisihkan aku. Mereka pandang hina pada aku disebabkan aku mengandung anak luar nikah. Tapi mereka tak tahu siapa yang hamilkan aku. Aku tak mampu nak beritahu mereka kebenarannya, bukan kerana takutkan ayah aku tapi kerana menjaga nama baik arwah ibu aku. Hanya pada Mak Eton sahaja aku berani cakap. Itu pun aku minta Mak Eton rahsiakannya.

Setelah menyusukan Adam, aku keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu. Mak Eton dan Imran sedang duduk berbual. Imran adalah anak pertama Mak Eton. Kami berdua memang berkawan rapat.

"Mak Eton, Lia tak dapat nak bayar sewa rumah bulan ni." Kata aku. Rumah yang aku duduki sekarang ni rumah sewa Mak Eton. Sudah bertahun kami tinggal di sini.

"Jangan fikir sangat Lia.... Mak Eton pun tak meminta. Mak Eton tau masalah Lia ni." Balas Mak Eton sambil mengusap lengan aku.

"Lia, aku ada benda nak cakap. Aku dah cakap kat mak. Dia pun setuju." Imran mencelah.

"Apa? Kau ni buat suspen je lah." Tanya aku.

"Kita kahwin. Kau pun tau aku suka kat kau. Mak pun suka kat kau." Aku terkejut dengan kata-kata Imran. Gila ke si Imran ni.....

"Kau apesal Im? Kau simpati kat aku ke? Aku ni ibu tunggal, ada anak luar nikah. Kau tak malu?" Marah aku. Aku tak perlukan simpati sesiapa pun. Aku boleh hidup sendiri.

"Jangan salah sangka Lia. Aku ikhlas. Kita dah kenal lama. Aku tau perangai kau macam mana. Aku kenal siapa kau. Buat apa aku nak malu? Aku bukan kahwin dengan bini orang pun." Balas Imran.

"Betul tu Lia. Mak Eton tak kisah siapa pilihan Im. Lia pun dah Mak Eton anggap macam anak sendiri. Lagipun, Mak Eton dengan arwah ibu Lia selalu berangan untuk jodohkan korang berdua." Kini Mak Eton pula masuk campur.

"Maaf Im, Mak Eton.... Lia tak boleh. Lia masih mampu nak sara Adam. Kalau Lia tak mampu pun, Lia akan beri pada orang lain."

"Astaghfirullah.... Tak baik Lia. Adam tu anak Lia. Jangan diberi orang. Kalau Lia penat jaga Adam, biar Mak Eton yang jagakan." Pujuk Mak Eton. Aku hanya mendiamkan diri selepas itu. Imran sudah keluar, mungkin marah dengan aku.

2 minggu selepas itu....
Ketika aku sedang nyenyak tidur, pintu rumah aku diketuk. Aku bangun dalam keadaan marah kerana tidur aku diganggu. Aku pandang Adam disebelah. Nasib baik tidurnya lena.

Aku buka pintu dengan perasaan marah. Serentak itu, aku ditolak kuat oleh seseorang. Aku terdorong ke belakang. Ada dua orang lelaki dan seorang wanita cina masuk ke dalam rumah. Belum sempat aku ingin menjerit, mulut aku ditekup dengan tangan salah seorang lelaki yang masuk tadi. Orangnya berbadan besar. Aku hanya menelan air liur.

"Nama U Lia ka?" Tanya wanita cina itu. Aku mengangguk perlahan.

"Bapak u sudah mati kan? Sekarang u punya bapak sudah hutang sama I. Dia hutang 15 ribu. Amacam mau bayar?" Kata wanita cina tu lagi. Aku hanya mampu memandang lantai. Sial. Kau yang berhutang, aku pula yang nak membayarnya.

"I tau U tak ada itu wang. I sudah perhatikan U sudah lama. Sejak bapak u mati. Tapi waktu tu U tengah pregnant. I tak mahu kacau. Apa boleh buat dengan perempuan pregnant. Sekarang U sudah beranak, i datang mau tuntut itu wang. Kalau u tak ada itu wang sekarang, U kena ikot I." Aku menelan air liur. Ingin sahaja aku menjerit, tapi mulut ku masih ditutup.

Kemudian suara Adam menangis kedengaran. Cepat aku memandang ke wanita cina itu. Tolonglah jangan apa-apakan anak aku. YA ALLAH, bantu aku. Wanita cina itu beri isyarat kepada seorang lagi kuncunya. Kuncunya yang faham terus masuk ke dalam bilik aku. Kemudian dia kembali bersama Adam dalam pelukannya.

"I tak mau buang masa sekarang.... U mau ikot atau ini baby i ambil. U buat pilihan." Kata wanita cina itu. Air mata aku sudah mengalir. Walaupun aku benci dengan kelahirannya, tapi dia tetap anak aku. Darah daging aku. Mana mampu aku sebagai seorang ibu sanggup membiarkan anak sendiri diambil orang. Maafkan ibu, Adam.

Tangan yang menekup mulut aku di lepaskan. Segera aku mencari nafas yang hilang.

"Lepaskan anak aku. Aku ikut kau." Maaf, Adam. Ibu terpaksa. Moga suatu hari nanti kau akan faham kenapa semua ni terjadi.

"Pilihan yang bagus. Big boy, bawa dia masuk dalam kereta. Alex, bawak ini baby letak depan itu pintu rumah warna hijau." Wanita cina itu beri arahan.

"Bagi aku cium anak aku dulu. Tolong..... Aku merayu." Pinta aku. Air mata sudah merembes keluar. YA ALLAH, dugaan apa yang KAU berikan kepada aku.

Lelaki yang bernama Alex membawa Adam dekat dengan aku. Adam yang sudah tersedar dari tidur, tersenyum melihat ibunya. Aku menatap wajah itu kali terakhir. Dan menciumnya bertalu-talu. Entah bila kita akan berjumpa lagi. Atau mungkin tidak.

Aku hanya duduk sambil tangan diikat dan mata aku ditutup sepanjang perjalanan. Rasanya hampir 2 jam barulah aku diturunkan dari kereta. Tangan aku sudah dilepaskan. Tetapi mata aku masih ditutup. Beberapa minit kemudian, aku dapat rasakan yang aku sudah berada di dalam sebuah rumah. Penutup mata aku dibuka. Memang betul, aku kini berada didalam sebuah rumah.

Mata aku meliar melihat isi didalam rumah tersebut. Aku andaikan aku berada di dalam sebuah rumah apartment. Beberapa orang gadis sedang memandang aku. Pakaian mereka sangat seksi sekali.

"U boleh panggil I, Mummy Allen. Sekarang u kerja dengan I untuk bayar balik hutang bapak U." Kata Mummy Allen. Aku hanya memandangnya tanpa berkelip. Perasaan takut sudah mula menyelubungi aku. Kerja apa? Aku rasa aku tahu apa kerja yang dimaksudkannya. Oh tidak!!!! Tapi apa boleh aku buat, aku dah masuk perangkap buaya. Mana boleh terlepas lagi.

"Tasya...!!" Mummy Allen memanggil seseorang. Gadis yang hanya berpakaian biasa datang mendekati Mummy Allen.

"Ni budak baru. Nama dia Lia. I mahu u kasi tau apa kerja dia. I nak U ajar dia semua. I bagi U masa seminggu untuk ajar dia. Kalau tak, tau la u berdua apa I nak buat nanti. Ada paham?" Mummy Allen memberi arahan pada gadis yang bernama Tasya itu. Tasya hanya mengangguk. Wajahnya tampak takut.

Kemudian, aku dibawa Tasya masuk ke bilik. Dan bermulalah kisah hidup aku di bandar ini.



G.R.OWhere stories live. Discover now