Bab 9

135K 1.2K 4
                                    

Aku menjeling ke arah Tasya yang sedang bersiap. Sejak aku pulang tadi, kami masih tidak bertegur sapa. Serba salah aku dibuatnya. Sudahlah sebilik dengan dia. Sejak berada disini, kami tidak pernah bergaduh. Hubungan kami erat sangat walaupun dia lebih tua dari aku 2 tahun.

"Sya...." Panggil ku. Tasya diam dan tidak membalas panggilan aku.

"Ape ni? Sampai bila kau nak marah aku? Kat dunia ni aku ada kau sorang je. Tiada kedua tiada ketiga. Hanya diri mu sorang. Aku cinta pada mu Tasya." Kataku melawak. Cuba untuk membuat Tasya senyum.

"Bodo la kau ni. Aku tengah marah ni, kau nak buat lawak pulak." Akhirnya Tasya ketawa kecil.

"Hah cakap pun. Ingat dah bisu. Sorry Sya pasal kelmarin." Aku memaut bahunya.

"Tak pe. Bukan salah kau pun. Dah pi sana, aku nak bersiap. Kau tu kenapa tak nak siap lagi. Kang Mummy bebel, boleh nanah telinga ni."

"Aku dah siap kan ni?"

"Oi gila.... kau nak pegi beraya ke pakai baju kebaya segala ni." Tasya mencekak pinggang. Amboi... garangnya. Aku ketawa kecil.

"Eleh.... gurau pun tak boleh. Kau period ke? Untung laaa....." Teka ku. Bila lihat dia memakai seluar jeans, pasti tekaan aku betul.

"Ha ah.... aku period. Nape? Jealous? Tapi, untunglah orang tu bermalam di luar." Perli Tasya.

"Aku kerja Sya..... bukan berlibur pun."

"Amacam? Best tak? Cerita laaa...." Tasya datang menghimpit ku. Cis, sibuk je nak tahu hal dalam kain orang.

"Dah.... Dah.... aku nak siap." Aku terus melarikan diri untuk ke bilik air. Tak boleh layan si Tasya ni.

Malam ni seperti semalam. Kurang pengunjung. Makanya, kuranglah kerja aku. Aku hanya layan kepala mendengar musik yang diputarkan. Hari ni aku tak minum minuman haram tu disebabkan sakit kepala. Nasib baik pelanggan aku tadi hanya meminta melayan dia terus ke bilik tanpa minum dulu. Oleh kerana tak ramai hari ni, Mummy Allen terus menghantar kami yang senior ni pulang dulu. Hanya tinggal beberapa orang budak baru.

Sampai di rumah, aku terus baring. Alahai.... bosannya. Nak tengok tv, macam lagi bosan kot. Tak ada handphone. Orang sekarang sibuk dengan facebook, instagram.... Kami di sini je macam orang kampung. Duduk je bandar, tapi tak tahu guna teknologi sekarang.

Tiba-tiba aku teringat pada Mike. Rindunya. Dia rindu aku tak? Jangan mimpi la Lia. Dia cuma anggap kau pemuas nafsu dia saja. Macam jantan jantan kat kelab tu. Aku mengeluh kecil

Teringat perbualan tempoh hari dengan Tasya, aku termenung sekejap. Betul kata Tasya. Sampai bila aku nak layan semua kehendak Mummy Allen? Terlalu besar dosa yang aku tanggung. Lari? Tapi aku takut. Lagipun, kemana aku nak sembunyi. Mummy pasti tahu dimana aku tinggal. Lagipun kuncu kuncunya pasti mengawasi kami setiap masa.

Aku menangis. Entah kenapa hati ni rasa sedih sangat. Sedih kenangkan nasib ni. Kalau la arwah ibu ada lagi, pasti aku tidak berada disini. Ni semua salah jantan sial tu. Tergamak seorang ayah buat anaknya sendiri macam ni. Mengenangkan itu, hati ku sakit. Sakit sangat sangat.

G.R.OWhere stories live. Discover now