Bab 27

101K 1.2K 40
                                    

Lagi setengah jam majlis pernikahan akan berlangsung. Baju nikah telah ku sarung. Tinggal selendang saja yang belum aku pakai. Aku mana tahu nak lilit-lilit selendang. Aku harap Hakim masuk ke bilik ni menolong aku menggayakan selendang ni. Tapi tak kan dia nak masuk ke sini pulak. Apa pulak kata keluarganya nanti. Nasib baik aku pandai menyolek. Bolehlah setakat colet bedak sikit, lipstik sikit.

Aku cuba menggayakan selendang ni. Tapi hampa. Nampak selekeh je. Hakim yang lelaki tu pun lagi cantik dia buat. Kenapa tak bagi aku tudung sarung je macam makcik makcik kat luar tu pakai, senang kerja aku. Aku mengeluh. Berdoa moga ada orang yang masuk ke bilik untuk memberi bantuan.

Tok...tok...tok....
Pintu bilik aku diketuk. Aku bangun dan membuka pintu. Adik perempuan Hakim tercegat di depan pintu.

"Kak Lia dah siap ke? Pak imam dah sampai." Tanya adiknya. Aku lupa pulak nama dia nana ke nini. Muka lebih kurang sama je.

"Belum lagi, adik tolong Kak Lia pakai selendang ni boleh? Kak Lia tak pandailah nak menggayakannya." Tanya aku. Fuh... Nasib baik ada penyelamat.

"Saya kakak lah... bukan adik. Mesti Kak Lia tak cam kami kan? Semua yang baru kenal kiteorang pun susah nak cam yang mana satu nana, yang mana satu nini. Ada yang cakap kiteorang kembar. Tapi tak pun. Umur je beza 2 tahun." Panjang lebar si Kakak ni bercakap. Aku dah la lambat.

"Okay kakak.... boleh tolong Kak Lia tak? Dah lambat kan?" Aku menunjukkan selendang yang berwarna putih itu.

Nana terus tersengih malu. Dia segera mengambil selendang itu. Aku duduk di depan cermin agar Nana dapat menggayakan dengan senang. Nana menunjukkan step by step cara nak lilit selendang dengan gaya yang ringkas tapi cantik. Aku cuba mengingat setiap langkah yang diajar.

"Okay siap. Cantiklah Kak Lia. Patutlah along terpikat." Nana memuji aku. Aku tersipu malu.

"Terima kasih kakak, sebab tolong Kak Lia." Aku memberi senyuman kepadanya.

"Jom.... dorang dah tunggu tu." Nana segera menarik tangan aku agar mengikutnya keluar ke ruang tamu.

Sampai di ruang tamu, semua tetamu memandang aku. Malu aku dibuatnya. Malam itu, tak ramai yang hadir. Adalah dalam 20 orang sahaja. Kebanyakkan semua aku sudah kenal sebelum aku bersiap. Mereka terdiri daripada Mak long sekeluarga yang merupakan kakak kepada mama. Maksu sekeluarga yang merupakan adik bongsu papa. Dan juga Tok Teh. Tok Teh ialah makcik kepada mama. Keluarga yang lain tinggal luar dari JB. Mama kata dia tak mahu menyusahkan mereka untuk datang malam ni. Nanti majlis persandingan barulah mereka dijemput.

Suara Pak Imam mengejutkan aku dari lamunan. Aku segera menoleh ke depan. Hakim membelakangkan aku jadi aku tak nampak wajahnya. Dia memakai baju melayu warna sedondon dengan aku. Beli pulak dia beli baju tu. Tak nampak pun tadi.
Sebenarnya ini adalah pernikahan kampung. Maksudnya pernikahan kami tidak berdaftar dengan pejabat agama. Papa kata dia tiada pilihan lain selain menikahkan kami dengan cara ini. Sah dari segi agama islam. Janji cukup syarat. Lepas ni baru kami akan daftar di pejabat agama mengikut prosuder yang telah ditetapkan untuk negara ini.

Entah bila Pak imam sudah berada di depan aku. Terkejut aku. Nasib baik aku dapat mengawal.

"Nur Atilia Binti Ismail?" Aku segera memandang ke depan bila nama aku disebut.

"Ya saya." Segera aku menjawab.

"Adakah Cik Atilia mengizinkan saya untuk menikahkan Cik Atilia dengan Muhammad Hakim Bin Sofian?" Soal Pak Imam.

Jantung ku berdebar dengan kuat apabila mendengar soalan itu. Dengan lafaz bismillah aku menjawab, ya.

"Saya difahamkan Cik Atilia adalah yatim piatu dan wali yang lain pun tak dapat dikesan. Jadi saya yang akan menikahkan Cik Atilia."

Aku mengangguk tanda faham. Pak Iman bangun dan kembali ke tempatnya. Dalam beberapa minit, aku akan menjadi isteri Hakim. Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku tika ini.

Suasana sunyi dikala upacara pernikahan sudah bermula. Aku berselawat didalam hati seperti yang mama pesan tadi.

"Aku terima nikah Nur Atilia Binti Ismail dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai." Hakim melafazkan akad nikahnya dengan sekali nafas.

Alhamdulillah, aku akhirnya telah menjadi isteri kepada Muhammad Hakim Haikal. Inilah jodoh aku. Tak sangka dalam beberapa hari je perkenalan kami, akhirnya kami disatukan. Betul kata Hakim, aku harus percaya pada takdir.

Selesai membaca doa, Hakim bangun dan melangkah mendekati aku. Dia duduk di depan aku. Dan aku mendongak menatap wajahnya. Hensem seperti selalu. Bertambah kacak apabila dia memakai baju melayu johor.

"Assalamualaikum....." Dia memberi salam.

Aku menjawab salamnya perlahan. Mama menghulur cincin kepada Hakim. Hakim ambil dan menyarung ke jari manis ku. Hakim menghulur untuk bersalam pula. Aku menyambut dan mencium tangannya. Hakim membalas dengan mencium dahi ku. Tika itu, aku merasakan aku perasaan halus yang sukar aku gambarkan. Adakah ini cinta? Aku keliru. Kerana aku tak tahu rasa perasaan cinta itu. Adakah seperti apa yang aku rasakan sekarang ini?


G.R.OWhere stories live. Discover now