Bab 28

102K 1.3K 60
                                    

Aku duduk di bangku di laman luar selepas mengemas. Aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Semua tetamu sudah pulang ke rumah masing-masing. Pinggan mangkuk juga sudah aku cuci. Dari siang tadi hingga sekarang aku tak berehat langsung. Sampai di rumah mama, selepas berbual dengan mama aku terus menolongnya memasak. Baru sekarang rasa letih yang amat sangat.

Huh.... nasib baik aku cerkap buat kerja di dapur walaupun tak pandai memasak. Di kampung dulu, aku selalu mengikut ibu rewang di rumah orang kahwin. Kerja aku selalunya potong bawang la, potong sayur la.... seronok sangat sambil mendengar makcik makcik bergosip.

"Lia..... Jom balik." Suara Hakim mengejutkan aku dari lamunan. Aku bangun dan menuju ke arahnya.

"Salam mama dan papa dulu...." Perintahnya. Aku masuk dan bersalam dengan mereka. Aku juga mengucapkan terima kasih.

"Lia dah sebahagian dari keluarga ini. Mama harap Lia dapat menjaga makan pakai Hakim ye." Pesan mama sambil kami berpelukkan.

"Baik mama...." Balas ku pendek. Kemudian giliran Hakim pula bersalaman dengan mama dan papanya.

"Mana kakak dengan adik ma....?" Tanya Hakim.

"Hmm.... tidurlah tu. Penat sangat agaknya." Jawab mama.

"Kirim salam dorang ye mama.... Cakap dorang terima kasih." Kata aku.

"Insyaallah..." Jawab mama.

"Kami balik dulu. Nanti kami datang lagi." Kata Hakim. Mama dan papa hanya mengangguk.

Hakim memimpin ku hingga ke kereta. Romantiknya. Aku tersenyum. Kami melambaikan tangan kepada mama dan papa dan kereta itu pu meluncur pergi.

Dalam kereta kami hanya membisu. Hanya suara radio yang kedengaran sahaja. Mungkin penat sangat sampaikan nak berbual pun dah tak larat.

Kami sampai selepas 15 minit. Masuk saja ke dalam rumah, aku terus baring di sofa. Nikmat rasanya.

"Amboi.... Syok ye baring. Pergi buatkan aku air? " Terkejut aku bila Hakim bersuara.

"Hah? Saya penat la.... Awak buatlah sendiri. " Jawab aku. Memang aku dah tak larat bangun ni.

"Kau cakap ape? Aku kahwin dengan kau bukan suruh kau jadi mem besar kat sini, pergi buat air! " Sergah Hakim.

Lagi sekali aku terkejut bila dia cakap begitu. Dan dia bahasakan dirinya 'aku'. Dah kenapa pulak suami aku ni? Tadi kat rumah mama bukan main lembut je ayat dia. Keliru aku dibuatnya. Aku ada buat dia marah ke? Mungkin dia penat sangat kot. Malas nak berteka teki lagi, aku bangun ke dapur dan membancuh air nescafe seteko untuknya. Air kegemarannya. Bila siap, aku membawa teko berisi air itu bersama sebiji cawan dan letakkan dihadapannya.

"Yang kau buat sampai seteko ni apahal? Kau perli aku ke? Kau ingat nescafe ni murah? " Aku diherdiknya lagi. Tak kan pasal air pun marah aku.
"Awak ni kenapa Hakim? Tetiba nak marah saya. Saya ada buat salah ke? Tadi kat rumah mama, awak okay je. " Soal aku. Tak tahan nak berteka teki lagi.

"Hahaha..... Memang aku marah dengan kau. Perempuan macam kau ni mana la tau kesalahan sendiri. " Jawab Hakim. Dia ketawa mengejek.

"Perempuan macam saya? Saya ni perempuan macam mana? Hina? Jijik? Habis tu, kenapa awak nak kahwin dengan saya? Cakap dengan saya apa salah saya? " Balas aku. Hakim ketawa mengejek.

"Kau ingat aku boleh lupakan apa kau buat dengan Mike semalam? " Mata Hakim tajam merenung aku.

"Err... Habis tu kenapa awak nak kahwin dengan saya jugak?" Aku membalas renungannya.

"Kau memang tak berubah eh? Tak ada sikit rasa bersalah dalam diri kau tu ye?"

"Nak buat macam mana? Benda dah jadi. So? Awak nak saya mintak maaf? Okay! Saya minta maaf wahai encik suami yang baik lagi budiman." Balas aku sambil buat muka comel.

Tiba-tiba cawan yang aku ambil tadi dibaling ke lantai dan pecah. Terperanjat aku dibuatnya. Tak menyangka keadaan menjadi begitu teruk. Hakim memandang aku lama. Matanya merah. Okay. Dia memang marah.

"Kau......!!!! Argh.....!!!! " Hakim menjerit kuat. Lantas dia masuk ke biliknya. Daun pintu dihempas kuat.

YA ALLAH!!!! Apa kau dah buat Lia? Kau baru bernikah tak sampai sehari, dah jadi begini. Aku terduduk di situ.

Sedarlah Lia! Kau patut bersyukur dia terima kau. Tapi aku..... Arghh!!! Air mata aku kembali mengalir.

....................................................................
*hai u all....
Sorry lambat update. Kesihatan tak mengizinkan. Lagipun handfon buat hal. Sorry sgt sgt.... :)
Thanks korang yg komen nak hadiah tu. Saya akan memilih pemenangnya nanti.
Jangan berhenti vote dan komen tau. Sokongan korang amat saya perlukan.

Xoxo

G.R.OWhere stories live. Discover now